Celcom Broadband.. Alangkah Bahagianya..


Ditulis pada August 20, 2008 – 3:08 pm | Oleh nuaeman
Share

Dalam dok sibuk-sibuk dua tiga hari nih.., aku baru tersedar yang rupanya hari ni dah 20 Ogos.. Aiseh dah terlepas ulangtahun perkahwinan aku semalam.. wife aku pun bleh ikut sama lupa.. ni semua Celcom broadband punya pasallah.. ish..

Dari Isnin sampai le ke hari nih aku sibuk berurusan dengan Celcom tentang nak mendaftar Broadband.. dua kali ulang alik pasal ada satu masalah besar.. nama aku blacklist.. adeh! camnelaa aku yang seumur hidup tak pernah guna talian Celcom dan Tmtouch boleh tersenarai blacklist lak kat dua-dua servis ni. Dalam kedua-dua perkhidmatan tu.. ada bil yang tertunggak atas nama aku bertahun tak bayar.. argh!! sape laa malaon yang dengan senang lenangnya guna nama aku nih.. camne lak depa boleh tiru signature aku semua… termasuk salinan IC aku.. akhirnya aku tak boleh mendaftar Celcom Broadband.. atas sebab-sebab yang disebutkan tadi.. jadi semalam aku buat pendaftaran sekali lagi atas nama orang umah aku… harap no problem..

Berbangkit isu Blacklist ni.. sebenarnya kes ni dah lama.. dah 4 tahun berlalu.. aku dah buat laporan polis dan segalanya aku dah serahkan pada Celcom.. menurut mereka masa tu kalau takde isu berbangkit maknanya kes ni selesai.. tapi sebenarnya tidak.. adeh.. parah aku.. bila mereka cakap selagi takde bukti aku kena bayar segala bil tertunggak tuh.. eiii.. aku tak tahu nak syak sape.. cuma aku terfikir pasal aku register talian Maxis aku nih kat satu kiosk dulu.. mungkinkah depa yang tak bertanggungjawab ni yang buat.. sebab mereka jelah yang ada segala dokumen pasal aku.. emm.. tak baik lak kan tuduh-tuduh.. kiosk tu pun dah tak wujud.. penin.. penin..

Setelah segala urusan selesai hari ni aku mula mencuba Celcom Broadband yang selamat didaftarkan atas nama wife aku.. mula-mula merungut gak awatlaa.. lembab amat nih.. bila periksa balik.. rupanya aku ter”set” under GPRS so jadilah speed dia tahap dial up.. hampeh! Tapi bila aku dah ubah setting kepada 3G.. ahh.. alangkah bahagianya.. hehe.. akhirnya settlelah masalah aku nak online setiap malam walau kat mana pun.. alhamdulillah…

So malam ni buat pertama kalinya aku melayari internet menggunakan Celcom Broadband.. tamatlah keseksaan aku yang kadangkala terpaksa ke Cybercafe dan kena lak dengan kelajuan internetnya yang lemau tahap gaban.. itu tak campur ngan suasana hingar bebudak main games.. huh! Oleh kerana happy sangat melayari internet guna broadband nih.. aku sekali lagi terlupa nak ajak wife aku makan-makan malam nih.. aiseh.. takpelah.. kita lantak meggi jelah malam ni erk? heh..

Adios..

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Entri Berkaitan:

  1. Blog ini mencapai tahap bengong dengan Celcom broadband
  2. Insiden Memalukan di Bulan Puasa : Alahai Celcom Broadband…
  3. Mungkin aku perlu ucap Selamat Tinggal kepada Celcom Berukband
  4. Aku bukan sengaja tak mahu reply Komen di blog ni..

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 363 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 9 Responses to “Celcom Broadband.. Alangkah Bahagianya..”

  2. By catzer on Aug 21, 2008 | Reply

    letih aku meracun ko pakai broadband akhirnya…kekekekekeke…erm..aku tak pernah pun pakai broadband lagi takpe lah nanti ada duit lebih gatal2 mahu pakai celcom broadband..:P

    [Reply]

  3. By nuaeman on Aug 21, 2008 | Reply

    Takpe lepas beli sofa nanti ko bolehlah sambar lak satu.. hehe.

    [Reply]

  4. By megat on Aug 21, 2008 | Reply

    baguslah. setakat ini aku pakai CB ni ok je. cuma tak leh dload fail besar-besar cam movie, sbb ada limit bandwitch. hu3.

    ps – orang tua kau kat kg makan ka? siapa eh!?

    [Reply]

  5. By nuaeman on Aug 22, 2008 | Reply

    Kampung makam aa bro.. :)

    Haah orang tua aku kat sana.. Ayah aku Pak Daud.- bilal surau sana serta pengutip duit khairat Mak aku Mak Som – yang sebelum ni jual kuih depan surau.. err.. ko kenal ke bro

    [Reply]

  6. By aeropama dot com on Aug 22, 2008 | Reply

    wow! pakai broadband tu. aku pun tgh nunggu celcom broadband yg kompeni aku nk bagi ni. heheheh

    [Reply]

  7. By TH on Aug 23, 2008 | Reply

    hoho..pakai suda. Tak apalah, aku numpang kfc atau mcD ajela..:)

    [Reply]

  8. By Shaffik on Aug 26, 2008 | Reply

    Wah akhirnya termakan jugak untuk pakai celcom broadband. Semoga ko teruskan usaha menjanakan wang di internet dengan Celcom Broadband.

    [Reply]

  9. By senapang on Sep 16, 2008 | Reply

    aaa syok ke celcom broadband?
    bape yek speed die?
    klu aku dok kat klang, bape ey speed die?
    ada sapa2 yg dr klang pakei celcom broadband tak sinih?

    [Reply]

  10. By nuaeman on Sep 16, 2008 | Reply

    Klang mungkin ok kot.. depend pada pakej yang ko ambil.. bro ada RM 68 dan RM 98 monthly. Register kene 499 tak silap.. harga aku dapat tu rege promosi..

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled