Berita baik dan mendukacitakan 12 Ramadhan 1430
Ditulis pada September 2, 2009 – 2:06 pm | Oleh nuaeman Share
Pagi-pagi lagi aku menerima satu mesej dari Haji Nalzaron berhubung duit bayaran produk Affiliate beliau. Tak banyak mana pun tapi alhamdulillah. boleh buat tambah-tambah duit raya. Produk beliau tu dinamakan Exam Combat Kit merupakan satu panduan bagaimana untuk meraih keputusan cemerlang di dalam peperiksaan berdasarkan pengalaman beliau sendiri. Dengan prinsip Usaha+Doa+Tawakkal bagi aku ini adalah satu produk yang jujur untuk membantu serta memberikan faedah kepada pembeli. Insya_Allah ada masa nanti aku boleh buat review sikit. Ini adalah salah satu dari berita baik aku terima.
Seterusnya satu lagi yang buat aku tersenyum ialah jumlah yang terpapar pada akaun nuffnang aku hari ini. Macam tak percaya bila lihat bakinya adalah RM 62.43 bermakna aku telah melepasi jumlah minimum untuk pengeluaran. Mungkin pada sebilangan orang amaun ini biasa-biasa sahaja tetapi untuk aku yang belum pernah menerima cek dari nuffnang agak mengujakan jugalah bila pertama kali mencecah jumlah minimum walaupun begitu butang ‘cash out’ belum bersedia lagi untuk ditekan.
Terima kasih ya Allah..
Rezeki juga satu ujian…, Untuk melihat sejauh mana kesyukuran seorang hamba yang mengakui segala nikmat adalah dari tuhan..
Selain dua berita yang mengundang senyum dibibir ada pula perkara tak disangka berlaku yang menghantui aku sehingga sekarang. Buntu memikirkan bagaimana semua ni boleh terjadi. Cuainya aku sehingga boleh tak sedar langsung yang benda ni dah tak berada disamping aku entah sejak bila. Pening, geram, sedih aduh.. tak teringatkan langsung apa perkara terakhir yang telah aku buat sehinga menyebabkan KAD PENGENALAN AKU TIADA LAGI DALAM DOMPET!. Yang peliknya barang lain semua ada tetapi hanya Kad Pengenalan yang hilang.
Allahuakbar..
Satu lagi ujian yang perlu dihadapi… apakah hambanya kini punya cukup kesabaran…?
Entri Berkaitan:






6 Responses to “Berita baik dan mendukacitakan 12 Ramadhan 1430”
By Kujie on Sep 2, 2009 | Reply
alhamdulillah….semua nilai bermula dari 0
mugkin tercicir kat mana2, kadang2 masa nak guna mmg cari tak jumpa
[Reply]
By titan on Sep 2, 2009 | Reply
cuba ko cari mana-mana. dalam kete ke..dalam beg bini ke..anak ko terambik ke sebab papa dia handsome sangat..
[Reply]
By fikri on Sep 2, 2009 | Reply
ko ingat tak haritu de polis tahan ko psl bawa muatan berlebihan dlm kete? ko dah check kat polis tu x? kalo2 ko tinggal kat dia ke…
ps: nuaeman berkata; “apa merepek bdak ni… ntah bila masa aku kena tahan pon ntah.” wahahahs! :p
[Reply]
By samdaddycool on Sep 3, 2009 | Reply
aku tergelak la plak baca ‘budak ni merepek’.
… Kalau jatuh ke tangan tak bertanggungkjawab, naya IC tu, nanti kena klon.
nuffnang dapat min payout! caiyok!
[Reply]
By MyDailyBlog.Info on Sep 5, 2009 | Reply
pergh….taniah kat ko..kerana berjaya dapat menjana dgn nuffnang nie…biasalah nak dapat income ngan nuffnang nie bukannya mudah…dia just kita trafik unik sahaja….
[Reply]
By Kak Long on Sep 5, 2009 | Reply
Tahniah dan takziah..
kena ucap dua-dua sekali sebab baca berita gembira dan dukacita.
Semoga ic tu dijumpai segera.
Kalau tak kena buat laporan polis segera.
memang membimbangkan kalau disalah guna oleh orang tak bertanggungjawab.
[Reply]