Antara pengalaman mencabar seorang bapa


Ditulis pada February 10, 2009 – 10:29 am | Oleh nuaeman
Share

Dah beberapa hari aku tak dapat kemaskini blog. Masalahnya aku tak perlu beritahulah kan buat sakit hati jee nanti.. Jadi dalam beberapa hari yang lepas aku ambil kesempatan untuk pulang ke kampung. Rehatkan minda sikit sambil bawak anak sulong aku jalan-jalan tengok pantai. Ibunya dengan baby baru kene tinggal rumahlaa sebab belum habis pantang lagi.

Dalam melayan kerenah anak sulong aku yang hampir memasuki 2 tahun terdetik juga dihati. Begitu pantas masa berlalu.. dari seorang penuntut aku memasuki alam pekerjaan kemudian bertemu jodoh dan kini sudah bergelar bapa kepada dua orang putera. huh! Banyak sebenarnya pengalaman baru untuk seorang lelaki bila dah bergelar bapa ni. Antara yang boleh dikatakan pengalaman-pengalaman mencabar ialah..

Menguruskan Uri

Ini masa bayi baru lahir. Kira tugasan untuk hari pertama dan kedua setelah bergelar bapa. Ada sesetengah orang lelaki ni penggeli dan takut tengok darah tetapi bila bab uri anak sendiri takkan nak campak kat orang lain jugak. Benda ni sememangnya berdarah dan hanyir. huhu.. boleh periksa post aku tentang menguruskan uri.

Menguruskan Bayi ( mandi, tukar pampers, cuci tali pusat)

Terus terang ini memang aku belum cukup mahir. Biasanya dalam tempoh 2 ke 3 bulan ni orang rumah serta mak mertua aku yang uruskan. Ada gakla tengok-tengok. Chewah.. cover nampak.. hehehe. Tapi bila dah beberapa bulan lepas tu memang aku buatlaa..

Buat susu

Alamak apa susahkan.. masuk air dalam botol susu lepas tu masukkan susu kemudian goncang. ahah! memang senang tapi sukatan pun nak kena tahu. Yang lebih mencabar ialah bila buat susu time-time tengah malam. Dikala asyik dibuai mimpi.. tiba-tiba “Uwekk..!!! Uwekk..!!” orang rumah pun cakap.. “bang, tolong buat susu bang..” Ahaa.. masa tu baru boleh tengok sejauh mana kehebatan seorang bapa.. jangan susu kemana botol kemana sudah.. Aku pernah tertuang air dalam bekas susu.. ngantuk punya pasal.. esoknya isteri aku tanya “apasal susu ni keras bang yek?” “Err.. masuk angin agaknya tuu..” Opss..!

Beli baju

Lelaki ni selalunya simple jee kan.. apa rasa nak beli dia beli. Kalau anak lelaki macam aku ni takdelaa rasanya susah sangat nak belikan baju tapi kalau anak perempuan aku kurang pasti pulak. Pernah juga  terjadi time-time aku tengah beli baju untuk anak aku ada seorang abang sapa aku suruh bagi pendapat tentang baju yang nak dibeli untuk anak perempuan dia. Orang dah mintak pendapatkan bagi jee laa.. apapun aku terus terang jugak yang aku sendiri takde anak perempuan. Yang tak bestnya bila kita beli.. sampai rumah orang rumah kata tak cantik.. emm itu sebab kalau aku nak beli baju untuk anak-anak ,aku pergi beli sorang-sorang. Pstt.. kalau pergi ngan orang pompuan ni cerewet skit.. syhhh hehehe..

Itu yang setakat ni aku mampu coretkan. Kalau sesiapa rasa nak tambah lagi.. tambahlaa. Mungkin ada beberapa lagi yang aku lupa letakkan kat sini. Apapun seronok sebenarnya jadi bapa ni.. kalau balik kerja tu.. anak-anak sambut. Hilang rasa penat..dengan melihatkan telatah mereka.

Habis kalau bini sambut tak hilang penat ke.??! Errr.. hilang juga.. heh!

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Kasih Seorang Ayah..
  2. Antara Syukur dan Redha
  3. Kematian anak : Antara dugaan hidup paling besar
  4. Hari Yang Sedikit Mencabar.. Arghh!!
  5. Antara Sajak Kematian dan Puaka Niyang Rapik

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 30 Responses to “Antara pengalaman mencabar seorang bapa”

  2. By |1f34|-|1r3 on Feb 10, 2009 | Reply

    kalau bab beli benda subjektif…aku nak soh callster belikan..spt baju baby…kang dia tak berkenan payah lak aku nanti…aku lebih rela dok kat kedai kopi dalam shopping complex tunggu dia pegi beli..haha..kejam tak?

    |1f34|-|1r3’s last blog post..How to get automatic notification on page rank changes

    [Reply]

  3. By samdaddycool on Feb 10, 2009 | Reply

    Jadi bapa memang best…. sebab tu aku ‘samdaddycool’

    samdaddycool’s last blog post..Rabbit for sale, hamster for stew

    [Reply]

  4. By Hady on Feb 10, 2009 | Reply

    Betul juga tu ada sesetengah orang yang baru bergelar bapa tak tahu macam mana nak uruskan uri. Perkara camni dah terjadi pada aku juga masa dapat anak 2 taun lepas. Masa tu barulah dapat aku belajar camne nak uruskan uri dari ayah aku. Next baby aku akan uruskan sendiri…

    [Reply]

  5. By Callister on Feb 10, 2009 | Reply

    huhu..memang kejam..
    xkira, kalo kena beli barang baby, pcik kena ikut jugak..

    Callister’s last blog post..Darwin Award

    [Reply]

  6. By Callister on Feb 10, 2009 | Reply

    sbenarnya bile aku tgk bapa2 muda wat keje2 mcm ko ckp di atas 2, aku rasa mcm comel lak..
    hehe…

    Callister’s last blog post..Darwin Award

    [Reply]

  7. By pcuserz on Feb 10, 2009 | Reply

    it’s really feels great to be a DAD!

    pcuserz’s last blog post..Calling all photographers – KL PhotoAwards 2009

    [Reply]

  8. By nadinezuharra on Feb 10, 2009 | Reply

    teruskanlah misi nuaeman utk jadi bapa mithali.. tak rugi suami rajin membantu dalam urusan rumahtangga ni.. selain berpeluang kumpul pengalaman..dalam masa yang sama hubungan bersama keluarga pun bertambah erat..kan..?

    nadinezuharra’s last blog post..:: Upin,Ipin & Geng – Pengembaraan Bermula..!

    [Reply]

  9. By zariel on Feb 10, 2009 | Reply

    wuhuuu… entri ko ni bisa buatkan aku termenung woo… tak lama lagi anak sulung aku bakal lahir… pejam celik pejam celik tgk2 dh abih skolah dh dia… err..

    huhu… syok ada, risau ada…

    zariel’s last blog post..Tugasan Selesai – Untuk Sementara

    [Reply]

  10. By rohaizad on Feb 10, 2009 | Reply

    Bila aku nak kahwin nih…

    [Reply]

  11. By areryp on Feb 10, 2009 | Reply

    korg termenenung aku lak melopong sbb aku lom kawin lg..hehe..
    pape pon nice entry bro..info yg sgt2 berguna..lg2 pasai uruskan uri tu..

    [Reply]

  12. By megat on Feb 10, 2009 | Reply

    uik dh sampai seru ke!?

    [Reply]

  13. By ijamidayu on Feb 10, 2009 | Reply

    Huhuhhuhuhu…..

    Urus uri.. :D Salin lampin.. Melalak tgh mlm kembong lagi…

    Nak2 keje melambak kat opis siang tue.. Cobaan…

    [Reply]

  14. By Uncle G on Feb 11, 2009 | Reply

    awal2 jadi ayah mesti gabra kan…

    Uncle G’s last blog post..Edit Gambar Guna Picnik.Com

    [Reply]

  15. By j_hafiz on Feb 11, 2009 | Reply

    molek3. saye lg 4tahun kut menikah. tp rsnye smua 2 da set smua,tggjwb tu.da reti la smua tu.leh manage la i/Allah. part uri baby tu,xpasti la cmne nnti.. xpernah rase lagi ,2la psl.hik3

    j_hafiz’s last blog post..EAVista Directory – Submit your link for FREE

    [Reply]

  16. By nuaeman on Feb 11, 2009 | Reply

    Bagus tu.. elok kita yang uruskan sendiri

    nuaeman’s last blog post..Antara pengalaman mencabar seorang bapa

    [Reply]

  17. By nuaeman on Feb 11, 2009 | Reply

    Korang ni suami isteri kee.. laa baru aku tau..

    nuaeman’s last blog post..Antara pengalaman mencabar seorang bapa

    [Reply]

  18. By nuaeman on Feb 11, 2009 | Reply

    Comel ke.. ?? huhu..

    nuaeman’s last blog post..Antara pengalaman mencabar seorang bapa

    [Reply]

  19. By nuaeman on Feb 11, 2009 | Reply

    harap-harap begitulaa.. doa-doakan.. :)

    nuaeman’s last blog post..Antara pengalaman mencabar seorang bapa

    [Reply]

  20. By nuaeman on Feb 11, 2009 | Reply

    Anak pertama.. emm tapi excited woo anak pertama ni.. masa kecik-kecik tu ko akan tertanya dlm hati bilalaa nak besar utk main2 ngan ko.. hehe..

    nuaeman’s last blog post..Antara pengalaman mencabar seorang bapa

    [Reply]

  21. By nuaeman on Feb 11, 2009 | Reply

    Calon ramai.. kawin jee lee… boleh aku makan nasi myk free. heheh..

    nuaeman’s last blog post..Antara pengalaman mencabar seorang bapa

    [Reply]

  22. By Adry on Feb 11, 2009 | Reply

    Herrmmmmm bila la agaknya aku kahwin… huhu

    Adry’s last blog post..NO Valentine for me…

    [Reply]

  23. By Shaffik on Feb 11, 2009 | Reply

    Setelah menjadi seorang bapa ni memang best. kadang bila anak menangis nak susu pun kita masih boleh tersenyum lagi. Bila melihat si kecil tersenyum itulah nikmat yang tak ternilai harganya..

    [Reply]

  24. By Callister on Feb 11, 2009 | Reply

    haha…perli nampak…

    [Reply]

  25. By Callister on Feb 11, 2009 | Reply

    ye…serius aku rasa comel…
    mc best je kan..

    Callister’s last blog post..Darwin Award

    [Reply]

  26. By nuaeman on Feb 11, 2009 | Reply

    Aikk.. ada macam perli ke.. hehe.. tapi serius aku tak tau korang ni suami isteri.. ok apa.. comel gak nampak..kih3

    [Reply]

  27. By Calllister on Feb 11, 2009 | Reply

    haha..kitaorg pasangan kekasih la..
    syg menyayang…
    belum kawin lagi..

    [Reply]

  28. By catzer on Feb 12, 2009 | Reply

    erm…bestnya ada baby erk..kekeke

    [Reply]

  29. By titan on Feb 13, 2009 | Reply

    aku takde anak lagi nih..waa..

    titan’s last blog post..Bayaran Komisen ke 16 dari TNX

    [Reply]

  30. By kamal on Sep 9, 2009 | Reply

    bab shopping baju raya anak2, aku bagi duit je kat wife pastu suruh dia pilih sendiri. aku lebih rela duduk kat luar pintu SOGO tu 3jam drp. joint dia pilih baju…

    [Reply]

  31. By homtom on Dec 29, 2011 | Reply

    The first chapter of their own children will not want to throw someone else.
    homtom recently posted..50 UPF Sun Protection Straw Hat by BagnBasket BagnBasket

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge