Allah Lebih Mengetahui…


Ditulis pada February 9, 2010 – 1:28 pm | Oleh nuaeman
Share

“Camna Mad, Ko rasa nak buat Jugak ke?” tanya Shaffik yang sama buntu dengan aku waktu tu.

“Aku serba salah, aku kesiankan mereka yang dah buat pembayaran, harapan diorang tu.. kalau nak postpone.. bila lagi?”  Jawab aku berkilas dengan soalan.

Puas berbincang, kami sepakat untuk meneruskan juga Bengkel Asas Blogging yang telah dirancangkan pada 6 hingga 7 Februari tempoh hari walaupun pesertanya hanya 4 orang yang benar-benar memberikan persetujuan. Pada awalnya ada sedikit resah di hati kami berdua dek penyertaan yang terlalu sedikit ini dan timbul juga persoalan mengapa lebih separuh daripada mereka yang menghantarkan penyertaan tiba-tiba menarik diri. Menjadi tanggungjawab kami untuk mencari sebab serta punca berlakunya perkara tak diduga itu.

Selesai sahaja bengkel pada Ahad lalu kami rasa antara jawapan kepada persoalan tersebut telah terjawab. Sebagaimana kita telah sedia tahu, yang mana kita hanya mampu membuat rancangan tetapi yang memastikan samada ianya menjadi kenyataan atau tidak adalah Tuan Yang Empunya Dunia kerana Dia Yang Maha Mengetahui. Sebenarnya 4 orang yang hadir tempoh hari memang memerlukan komitmen penuh dari kami. Terfikir juga kami andaikata kesemua  peserta (lebih kurang 20 orang)  mengesahkan penyertaan , mampukah kami memberi kepuasan pada kesemuanya dalam tempoh 2 hari. Bertitik tolak dari itu aku dan Shaffik mengambil keputusan untuk  menetapkan angka maksimum untuk bengkel blogging pada masa akan datang adalah 10 orang. ITU PASTI!!

Selepas berjaya melaksanakan Bengkel Asas Blogging ini aku akan teruskan dengan projek-projek berikutnya sebagaimana yang telah dicatatkan pada hujung tahun lalu. Aku akan cuba realisasikan ebook pertama aku hasil usahasama dengan Madrasah Arabiah di Kluang Johor. Terima kasih buat Ustaz Mohd Kamal  Mohd Said yang merupakan pengetua bagi madrasah tersebut kerana sudi bertandang ke Johor Bahru beberapa minggu sudah untuk membincangkan projek ini. Diatas itu adalah antara bannernya yang telah pun siap. Sesiapa yang nak menjadi tukang review bagi diletakkan di surat jualan boleh hubungi aku.

Kemudian Projek buku fizikal. Terdapat dua buah modul buku yang berada di dalam fikiran aku sekarang. Salah satunya insya_Allah merupakan kerjasama aku bersama teman baik online. Siapa?? tunggu sekiranya buku tersebut menjadi kenyataan. Manakala yang keduanya pula sedang ditulis dan harapan aku mampu disiapkan di dalam tahun ini. Ianya berkenaan dengan dunia blog juga tetapi di ulas dalam konteks Antara Syurga dan Neraka. Terima Kasih tak terhingga buat rakan karib aku sewaktu di Politeknik Kota Bharu saudara Razali Saaran yang memberikan ruang untuk aku melontarkan sedikit idea di dalam bentuk buku. Untuk pengetahuan semua beliau baru sahaja menghasilkan buah tangan pertama yang bertajuk “Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik“. Sebuah buku yang patut dibaca, lebih-lebih lagi untuk para-para guru diluar sana.

Kalau nak dikira-kira memang banyak perancangannya dan aku akan cuba realisasikan satu persatu. Walaubagaimanapun segalanya tetap tak terkecuali dari bersandarkan aturan Allah. Kerana Dia Lebih Mengetahui hikmah baik dan buruknya sesuatu perkara…

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Kerana Dia yang Maha Mengetahui…
  2. Sesungguhnya Janji Allah itu Benar…
  3. Disangka Malapetaka, Rupanya Allah nak Beri Rezeki
  4. Pertolongan Allah itu dekat..
  5. Perlu Lebih Fokus!

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 15 Responses to “Allah Lebih Mengetahui…”

  2. By samanosuke_04 on Feb 9, 2010 | Reply

    shoot! gempak2 projek ko bro.. hohoho, mintak2 laa takde aral melintang.. hehehe, amin… goodluck!

    [Reply]

  3. By Shukor on Feb 9, 2010 | Reply

    Salam,

    takper bro. Tak ramai hadir tak bermakna tak mendapat sambutan. Mungkin ada hikmah disebaliknya…

    P/S: Komen pertama kat blog nuaeman :)

    [Reply]

  4. By fiezaradzi on Feb 10, 2010 | Reply

    kita hanya merancang, Allah yang tentukan…

    [Reply]

  5. By SuperKhairull on Feb 10, 2010 | Reply

    Betul tu..sentiasa berfikiran positif…pasti akan dtg lebih banyak perkara2 positif yang datang..hmm buku tu terbitan mustread ker..salah sorang pengarah dia kwn baik aku tu..org kg…huhu..

    [Reply]

  6. By hafizmd on Feb 11, 2010 | Reply

    InsyaAllah bro..suatu perkara yang baik itu akan dipermudahkan Allah..hanya DIA yg tahu ape yg terbaik utk kite..

    p/s – moge sentiasa sihat dan terus sukses..

    [Reply]

  7. By nuaeman on Feb 11, 2010 | Reply

    Amin.. harap-harap begitulah hendaknya..

    [Reply]

  8. By nuaeman on Feb 11, 2010 | Reply

    Hikmahnya kami dah mengerti..

    P/s: terima kasih kerana komen disini ye.. syukor.. :)

    [Reply]

  9. By nuaeman on Feb 11, 2010 | Reply

    betul tu fieza.. sokong sangat

    [Reply]

  10. By nuaeman on Feb 11, 2010 | Reply

    haah terbitan mustread.. wah kawan baik tu.. boleh mintak percen tinggi sikit nih.. hehe

    [Reply]

  11. By nuaeman on Feb 11, 2010 | Reply

    Terima Kasih hafiz..

    [Reply]

  12. By titan on Feb 11, 2010 | Reply

    good luck. Semoga berjaya. Buat aje. Bukan senang orang nak percaya dengan kita kan? Apapun, tahniah. Ya. Allah lebih mengetahui.

    [Reply]

  13. By sangilapi on Feb 11, 2010 | Reply

    cikgu mat,jumlah peserta untuk akan datang tu sebenarnya tak menjadi persoalan,aku sudi membantu kalau diperlukan,bantu setakat mampu-jasa cikgu2 kenalah balas.

    [Reply]

  14. By Kak Long Mawar Merah on Feb 12, 2010 | Reply

    Menarik projek tu nuaeman..
    Tahniah. Semoga berjaya.
    Teringin juga nak buat review tu kalau berkesempatan.

    [Reply]

  15. By menj on Feb 12, 2010 | Reply

    Nanti aku cari kat kedai buku ni.

    [Reply]

  16. By Paper Presentations on Feb 16, 2010 | Reply

    Thanks for sharing, please keep an update about this info. love to read it more.

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge