Akur dengan Rancangan Tuhan..


Ditulis pada December 9, 2008 – 3:14 pm | Oleh nuaeman
Share

Sepatutnya hari ini aku berada di kampung. Mengikut jadual asal semalam lepas solat sunat aidiladha aku akan berangkat ke kampung halaman di Mersing. Sepertimana yang telah dirancangkan dalam pukul 9 pagi aku telah mula bergerak dari JB. Cuaca nampaknya agak kurang baik dengan hujan yang mencurah dan belum menunjukkan tanda-tanda untuk reda.

Apapun semua tu tak menjadi penghalang untuk aku balik ke kampung. Alhamdulillah perjalanan dari Johor Bahru ke Kota Tinggi tiada masalah dan kereta aku terus meluncur ke destinasi akhir. Hujan yang masih tidak berhenti agak merisaukan tetapi aku tetap meneruskan perjalanan. Setelah melepasi Felda Tengaroh aku nampak air dah mula naik di kiri dan kanan jalan tetapi selagi tidak menghalang perjalanan ianya tak menjadi masalah.

Sehinggalah aku hampir sampai ke Jemaluang iaini kira-kira 30 KM lagi dari Mersing. Kini aku tidak mampu lagi mengelak. Berpuluh kereta dan lori tersadai di persimpangan jalan. Bila aku kehadapan sedikit aku tak nampak lagi jalanraya untuk dilalui kerana semua telah dilitupi air. Aku belum terfikir lagi untuk berpatah balik walau sudah ada beberapa kenderaan yang membuat keputusam begitu.

Setelah kira-kira 30 minit aku nampak air mula surut sedikit dan beberapa kenderaan mula meredah banjir. Melihat tiada kenderaan yang bermasalah untuk merentasi air aku juga memberanikan diri untuk mencuba. Alhamdulillah aku melepasi rintangan ini dan perasaan berbunga kembali untuk bertemu mak ngan abah serta adik beradik lain di kampung. Aku membuat panggilan ke kampung bagitau mak aku dah berjaya melepasi banjir.

Tetapi sangkaan aku rupanya meleset sama sekali. Dihadapan kira-kira 1 KM dari banjir yang aku lepasi tadi terdapat satu lagi keadaan yang serupa bahkan kali ini lebih dalam sehinggakan bas juga tidak berani untuk melalui. Aku memberhentikan kereta dan bertanyakan para pemerhati disitu bagaimana dengan keadaan banjir. ” Ini lagi dalam.., tapi kalau nak lalu jugak kena tunggu dalam 2-3 jam lah.., itupun kalau hujan tak lebat lagi” Jawab salah seorang dari mereka.

Dengan keadaan hujan yang semakin lebat aku rasa tiada harapan untuk aku sampai ke kampung. Risau juga kalau kawasan pertama banjir yang aku redah  tu dinaiki air nanti tak mampu kemana pulak aku. Jadi sebelum jadi apa-apa akhirnya aku ambil keputusan untuk berpatah balik ke JB. Aku telefon mak bagitau aku tak dapat balik. Dihujung talian dengan nada suara mak aku dapat rasakan yang betapa sedih dan terkilannya dia tak dapat melihat anak dan yang pasti cucunya. Walaubagaimanapun apa aku boleh lakukadn kerana aku hanya mampu merancang tetapi sebagai manusia aku perlu akur dengan rancangan tuhan…

Petang semalam abang aku bagitau ” Mak tunggu kamu dari pagi, semalam.. terkilan dia kamu tak dapat balik..” aduh.. sedihnya.. :(

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Kalau Tuhan dah tentukan…
  2. Hebatnya kuasa Tuhan…

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 17 Responses to “Akur dengan Rancangan Tuhan..”

  2. By chuckiesd on Dec 9, 2008 | Reply

    Broo..kita hanya mampu merancang..DIA yang memnentukannyer…bersabar laa…ada masa weekend balik laa..

    [Reply]

  3. By ezad on Dec 9, 2008 | Reply

    Lor kesiannya, xpela ujung minggu nnti balik ler yek.. =)

    Jgn lupa main bunga api..ngehngehngeh :p

    [Reply]

  4. By titan on Dec 9, 2008 | Reply

    tak dapat semalam. balik hari ini. hehe..

    [Reply]

  5. By rohaizad on Dec 9, 2008 | Reply

    Yang penting nyawa.

    rohaizad’s last blog post..Motivasi (unsur motivasi) ada di mana-mana.

    [Reply]

  6. By chuckiesd on Dec 10, 2008 | Reply

    betil tu bro….kalau ader masa weekend ni balik laa…mungkin mak ko dah rindu family ko terutama cucunya tu..

    [Reply]

  7. By nuaeman on Dec 10, 2008 | Reply

    Yep, Insya_Allah nanti cuti panjang boleh balik lagi..

    [Reply]

  8. By nuaeman on Dec 10, 2008 | Reply

    haha.. bunga api.. ? mana ko dapat supply ni ezad? :)

    [Reply]

  9. By nuaeman on Dec 10, 2008 | Reply

    hehe.. hujung bulan kot.. panjang sikit cuti. :)

    [Reply]

  10. By Callister on Dec 11, 2008 | Reply

    sbr je la ek..
    tapi memg sedih ek kalo kita tau mak kita tunggu kat umah..

    Callister’s last blog post..Keys and worm

    [Reply]

  11. By samdaddycool on Dec 11, 2008 | Reply

    .. takdir.. redha je la.. setiap yang terjadi, pasti ada hikmah..

    samdaddycool’s last blog post..Painting for money, blogging for what??

    [Reply]

  12. By mazuki selangor2u on Dec 11, 2008 | Reply

    terharu aku dgr crite ko…bersabar jela…

    mazuki selangor2u’s last blog post..Cicak Man 2 Di Pawagam 11 Dec 2009 (Besok)

    [Reply]

  13. By megat on Dec 11, 2008 | Reply

    pergh dah jauh perjalanan tu. apa pun yg pasti keselamatan diri dan keluarga diberi keutamaan.

    ada masa boleh balik kg. org tua tak kira ibu bapa sendiri atau mertua perlu diberi keutamaan juga.

    ps: balik dr kota tinggi, jem hingga 2 jam lebih huhu.

    megat’s last blog post..Trajedi Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa, Bicara Dari Langit

    [Reply]

  14. By nuaeman on Dec 11, 2008 | Reply

    betul betul beul.. memang sedih.. :(

    [Reply]

  15. By nuaeman on Dec 11, 2008 | Reply

    Yee.. sememangnya aku redha.. dan percaya ada hikmah disebalik kejadian

    [Reply]

  16. By nuaeman on Dec 11, 2008 | Reply

    mekasih… yep aku hanya mampu bersabar..

    [Reply]

  17. By Callister on Dec 11, 2008 | Reply

    dah mintak maap dgn mak??

    [Reply]

  18. By nuaeman on Dec 12, 2008 | Reply

    Dah.. lepas tu terus call.. insya_Allah nanti aku akan balik jugak..

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge