Aktiviti Cuti Sekolah : Berkhatan
Ditulis pada November 24, 2008 – 2:59 pm | Oleh nuaeman Share
Bagi budak-budak lelaki ini adalah salah satu aktiviti yang wajib mereka rasai semasa cuti sekolah. Bukan maksud aku tiap-tiap kali cuti sekolah kena berkhatan. Gila ape! Nak terangkan dengan detail ke? Err.. faham-faham sajalah yek.
Nak ikutkan berkhatan ni boleh dikirakan satu mimpi ngeri sebelum kena tapi jadi pengalaman indah setelah selesai. Ada yang lari lintang pukang masa nak kena berkhatan, ada juga yang rilek macam takde ape, dan ada juga yang nampak rileks tapi dup-dap dup-dap jugak jantung. Bercakap pasal yang lari lintang pukang aku teringat salah seorang teman sekampung yang dua kali tak jadi nak berkhatan. Sebabnya subuh-subuh dia dah melarikan diri dari rumah. Masa tok mudim datang dia dah hilang. Alhamdulillah kali ketiga dia tak dapat lari lagi tapi dengar cerita meronta-ronta jugak pada mulanya. Hehe.. macam -macam cerita kalau diingat-ingat balik.
Kalau dulu-dulu biasanya ibubapa mengkhatankan anak-anak lelaki mereka pada ketika darjah 4, darjah 5 ataupun darjah 6. Tapi sekarang budak 3 tahun pun ada yang dah dikhatankan ( Sila semak Hmetro dua hari lepas). Macam kes aku pulak, aku sendiri menyerah diri pada tok mudim. Bukan sebab aku berani tapi sebab takut jugak. Masa tu kebanyakkan kawan-kawan aku berkhatan ketika usia 11 tahun manakala mak dan abah aku pula plan nak khatankan aku pada usia 12 tahun. erk! setelah aku melawat kawan-kawan aku dari sehari ke sehari timbul satu perasaan kalau tahun depannya aku berkhatan mesti depa semua pakat lawat aku sorang. Adeh! tak bestnya. Dan kalau mereka semua dah sihat nanti aku sorang akan jadi budak kecik. Emm tak boleh jadi nih..
“Betul kamu nak berkhatan taun nih?” Abah cuba mintak kepastian dari aku. “Haahlaa Abah, Tengok Eddie dah,Husin dah, Asri ngan Mat Nor pun dah.. takkan taun depan saya nak khatan sensorang” Jawab aku “Emm.. malam ni kita pegi umah tok mudim” Maka malamnya aku ngan abah pegi jumpa tok mudim. Esoknya lepas subuh buat doa selamat sikit antara orang surau. Dalam 9.00 pagi aku dah selamat dikhatankan. Huhu.. itulaa serba sedikit mengenai pengalaman aku.
Berkhatan takde apa sebenarnya tapi bila ada gembar gembur cerita ngeri itu dan ini lepas berkhatan memanglaa kecut dibuatnya. Lagi kalau tengok kes sebagaimana apa yang dilaporkan oleh Harian Metro hari ni. Budak-budak yang nak berkhatan dah tentu jadi seram sejuk bila baca kawan mereka masuk ICU lepas berkhatan. Yang mana memang dah awal-awal takut mungkin akan sanggup cabut lari macam kisah kawan aku tadi.
Saat paling seronok adalah bila dah selamat dan sembuh sepenuhnya selepas berkhatan. Takdelaa nak kena berpantang lagi itu dan ini. Takut bentan katanya. Dah macam lepas bersalin pulak. Phew! Bila dah boleh jalan seperti biasa ( Sebelum tu mengengkang je ) maka mulalah satu perasaan timbul. Kira macam dah dewasalaa konon. Anggap mereka-mereka yang belum berkhatan ni semua budak-budak lagi. Solat dah boleh duduk saf depan. Dah boleh “sound” dah.. ” sape yang tak sunat lagi duduk saf belakang yee.. jangan ganggu orang tua” Ceh!
Lepas tu sudah tiada lagi igaun ngeri untuk menuju alam remaja. Ada yang hati dah berbunga-bunga untuk melakar episod cinto. Adei.. Macam-macam hal, apapun itulah saat yang penting untuk seorang budak lelaki Islam. Rasa kelegaan bercampur seronok sukar untuk digambarkan..
Entri Berkaitan:
Tags: Aktiviti, Cuti Sekolah, Khatan























17 Responses to “Aktiviti Cuti Sekolah : Berkhatan”
By callister on Nov 24, 2008 | Reply
hehe..aku perempuan, xpernah la merasa berkhatan mcm org laki2..
tapi aku tgk adik aku khatan, duit byk je dpt..
callister’s last blog post..Michael Jackson now is a Muslim
[Reply]
By megat on Nov 25, 2008 | Reply
ingat balik time berkhatan dulu, seronok betul. siap mandi ramai-ramai sejuk tu wahaha.
lepas tu dapat duit byk, apatah lagi ketika itu aku di terengganu yang mmg meriah sambutan majlis berkhatan. setiap orang datang melawat pasti menghulur duit eheh. kalah tabungan duit raya.
[Reply]
By ezad on Nov 25, 2008 | Reply
Untung la budak skang ada PS2 masa aku dulu main gak game, game cartridge Mario Bros..eheh, Tp terpikir bbdak yg kuargenya xmampu camne plak? diorang main ape?
[Reply]
By catzer on Nov 25, 2008 | Reply
wah..musim potong memotong dah bermula
catzer’s last blog post..Derma Darah – Bantulah Mereka Yang Memerlukan
[Reply]
By chuckiesd on Nov 25, 2008 | Reply
aku pulak…berkhatan di Hospital…yer laa bapak aku sibuk time tu..nak gerak ngan kawan2 lain berkhatan sama kat umah tok mudin terlepas…last gi hospital jer…hehehehe…
[Reply]
By zaidawi on Nov 25, 2008 | Reply
pengalaman aku lagi seronok sunat beramai-ramai kat rumah ketua kampung. satu kg tengok tu dan yg paling malu sekali perempuan pun dok tengok mana taknya sunat kat ruang tamu depan…huhuhu..
[Reply]
By nuaeman on Nov 25, 2008 | Reply
haa.. itu yang best tuh.. dapat duit.. hehe..
[Reply]
By nuaeman on Nov 25, 2008 | Reply
Best aa camtu.. aku berkhatan sorang-sorang jee.. ish ish.. tu pun terlambat dari orang lain.
[Reply]
By nuaeman on Nov 25, 2008 | Reply
Aik camne boleh masuk cerita game ni jad.. ko salah masuk post kee.. hehe
[Reply]
By nuaeman on Nov 25, 2008 | Reply
Kalau ko nak kena potong pun boleh catz..
[Reply]
By nuaeman on Nov 25, 2008 | Reply
kat hospital pakai laser ke? aku takde pengalaman pulak buat kat hospital..
[Reply]
By nuaeman on Nov 25, 2008 | Reply
Best aa ramai-ramai zaid.. syok sikit ada kawan.. part pompuan tengok memang malu aa.. adus…
[Reply]
By ezad on Nov 26, 2008 | Reply
Ye ler, kan bbdak khatan dpt hadiah game la,mcm2 janji masin ibu bapa..hehe
[Reply]
By Callister on Nov 26, 2008 | Reply
hehe…kalo sunat 2 leh wat byk kali, dah ramai yang cari duit dgn berkhatan kan??
hehe~~
Callister’s last blog post..Michael Jackson now is a Muslim
[Reply]
By chuckiesd on Nov 27, 2008 | Reply
alaa samer jer…jahit jugak…cumer skang ni deorang ckp tak pakai jahit…pakai cam staple…
[Reply]
By azrul on Dec 2, 2008 | Reply
seronok bile terkenang zaman kecik2 dulu. Aku sunat darjah 6, kat klinik. Tak best sbb kalau dengan tok mudim sure lagi best, kenangan tu!!
[Reply]
By nazri on Aug 31, 2009 | Reply
assalammualaikum
saya meminta tlg tentang keragan
kisah=
Aktiviti Ketika Cuti Sekolah
[Reply]