6 Pelaburan terbaik Nuaeman

Posted by | Posted in Pengalaman | Posted on 24-08-2008

Pelaburan apa yang paling baik untuk aku ceritakan yek.. apakah perlu aku nyatakan beberapa pelaburan skim cepat kaya yang pernah menghanguskan sebahagian duit aku dan orang ramai sewaktu aku baru berjinak-jinak untuk mengetahui apa itu pendapatan dari Internet.. Masa tu.. kalau orang tanya dengan megahnya mereka-mereka yang terlibat dengan pelaburan-pelaburan sebegini akan menjawab.. ” Err.. kita buat biz e-dagang.. emm.. bisnes Internet..” Jawapan selamba macam orang tak bersalah jee.. Hampeh!

Kalau tengok pada tajuk entri aku ni.. pelaburan-pelaburan sebagaimana yang aku sebutkan diatas adalah tak patut dan tak layak untuk berada dalam ranking 6 pelaburan terbaik aku.. mungkin ianya boleh disimpan untuk kisah pelaburan terburuk.. heh! Jadi kalau nak kira pelaburan terbaik.. seharusnya ia amat-amat mendatangkan faedah kepada aku.. sudah semestinya keuntungan yang aku dapat dari pelaburan-pelaburan ini bukan untuk masa yang singkat.. err.. aku perlu berikan top 6 sebagaimana yang dinyatakan oleh Titan dalam entrinya. Aiyakk! takpe.. aku cuba imbau satu persatu..

1. Senaskhah Al-Quran

Harganya hanya belasan ringgit sahaja tetapi apa yang aku perolehi darinya adalah tak ternilai. Boleh dikatakan ini adalah sahabat yang paling setia walaupun kadangkala aku pernah terlupakannya. Teman baik aku ini sudah hampir lapan tahun mendampingi aku.. aku sedar aku kurang memahami keseluruhan isinya tetapi Nur yang ada padanya sedikit sebanyak memberi satu ketenteraman jiwa kepada makhluk tuhan seperti aku yang sudah barang tentu banyak kelemahannya.

2. Isteri

“Aku terima nikah ……binti…… dengan mas kahwinnya $22.50 Tunai!”. Ahhh.. dengan satu nafas aku cuba menghabiskan Lafaz akad yang kedua . Peluh jantan menitis keluar bila lafaz yang pertama tak diterima oleh saksi, kalau sekali lagi disuruh ulang.. mungkin aku dah tak tahu dimana aku lepas tu.. Beserta wang hantaran yang sederhana aku selamat diijabkabulkan pada hari Jumaat 19 Ogos 2005 lebih kurang seminggu setelah si Mawi menjuarai Akademi Fantasia. Sebagaimana dikata pernikahan itu pelengkap iman dan penyambung zuriat.. alhamdulillah.. aku cukup bahagia dengan pelaburan aku ini. Dengan usia perkahwinan yang baru sahaja genap 3 tahun aku telah dikurniakan seorang cahayamata lelaki dan Insya_Allah menanti kehadiran seorang lagi penghuni baru keluarga ini sekiranya diizinkan Allah.

3. Proton Wira Aeroback 1.5 Auto

Aku sekali-kali tidak akan menafikan jasa besi buruk ni. Ya, itulah yang orang kata kereta aku ni besi buruk dan bila nak ditukar. Bagi aku selagi ia tak memberi banyak masalah kepada aku tidak ada alasan untuk aku gantikan dengan yang baru… hampir 6 tahun bersama aku dia tidak memberikan masalah yang besar kepada aku.. Aku memilikinya dengan secara tak disangka sebenarnya.. tidak ada niat untuk membeli kereta tika tu.. aku buat keputusan untuk membeli kereta ni yang pastinya second hand setelah kakak aku kehilangan suami kesayangan.. yang meninggal dunia tanpa sebab yang pasti.. jadi setelah berfikir panjang aku nekad untuk beli kereta ni dan beri dia pakai dahulu.. sebelum aku mengambilnya semula setelah kehidupannya dah agak stabil.

4. Komputer Riba Toshiba Satellite

Jangka hayat notebook ini dengan aku hanyalah baru menjangkau 2 tahun. Tidak begitu lama nak dibandingkan dengan yang lain-lain tetapi.. jasanya juga cukup besar.. memang rezeki itu datangnya dari tuhan.. tak siapa yang boleh nafikan.. cuma cara disampaikan ada pelbagai cara.. dari notebook ini aku mula belajar bagaimana mencari rezeki dengan cara yang betul di Internet.. tak aku sangka juga sebenarnya.. kerana niat aku membeli notebook ini adalah semata-mata untuk aku siapkan kerja-kerja office dirumah dan pada masa yang sama menjadi tempat untuk aku menonton DVD-DVD juga CD-CD kuliah dan ceramah sekiranya aku pulang ke kampung.. hinggalah bila arus besar pelaburan Internet melanda dan juga meragut ribuan ringgit wang rakyat Malaysia termasuk aku. Maka mulalah pemburuan mencari kaedah yang sebenarnya apa yang dikatakan Perniagaan Internet. Sehinggalah kini aku menjana ribuan ringgit setiap bulan secara tak langsung dari notebook yang kadangkala lembab tak tentu pasal nih! Ikutkan aku perlu sebut talian Streamyx sekali sebab tanpa Streamyx aku juga tak boleh online dan jalankan bisnes. Heh!

5. Beg Outdoor Hitam

Apa ada dengan beg Outdoor nih! heh.. jangan dipandang ringan.. kalau jasanya tak cukup bagus aku tak senaraikan kat sini.. dia antara makhluk tak bernyawa yang juga agak lama bersama dengan aku.. 7 tahun.. emm.. boleh dikata satu tempoh yang agak panjang.. yang pasti dia mampu bertahan.. sudah semestinya kualitinya tak perlu dipersoal.. aku dapatkan beg ni dengan harga 10 dollar ketika bersiar-siar di pekan Torrance, California berdekatan dengan hotel yang aku tinggal. Dah pelbagai tugas aku berikan pada dia dan sekarang dia menjadi tempat untuk aku sorokkan notebook aku. Sehingga kini tiada tanda-tanda ia akan reput ditelan zaman.. cuma wajahnya agak usang sedikit..

6. Handphone

Siapa yang berani kata handphone tak memberi jasa pada mereka. Gaji aku yang pertama telah aku gunakan untuk membeli sebijik handphone Ericson T10. Dengan hanphone yang ada aku dapat gunakan untuk bertanya khabar pada mak dan abah setiap minggu. Melalui handphone juga aku digesa memiangkan diri membuat panggilan pada seorang awek jambu yang sekarang telah selamat menjadi teman hidup aku. Sepanjang 8 tahun aku telah menukar pakai 6 biji handphone. Setelah pelbagai teknologi aku mencuba sehingga kini hanya Nokia 1110 yang kekal dengan aku.

Emm.. eh.. aku dah sebut 6 ke.? aiseh ada banyak lagi dalam senarai nih.. emm. takpelah cukup laa tu harap jawapan ni memuaskan hati Titan yang baru sahaja menge”tag” aku pulak tadi malam.. tak puas pun buat-buat puas laa eak.. aku dah mengantuk dah nih.. woah.. dah hampir 3 pagi rupanya.. seeloknya aku menamatkan tulisan aku ni.. tilam dan bantal dah beberapa kali menguit aku..

Kalau ikut pada pantang larangnya aku harus melebarkan pulak soalan ni kepada 6 rakan blog yang lain. Emm.. siapa yang aku rasa layak untuk diberikan tugasan tak bergaji nih yek.. Oklah.. aku akan sebutkan 6 nama dibawah nih.. kalau dirasakan perlu korang jawab.. kalau dah pernah jawab.. boleh abaikan je.. tiada paksaan disini. heh!

6 Blogger yang bertuah :

Catzer

Megat (Baru kenai ko bro.. nasiblaa.. heh)

UncleG

Muhafis

Din Beramboi (ko dah kene ngan kakerukan.. aku kasi tambah pulak.. heh!)

Ijamidayu

okey.. selamat menjawab..

Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Related posts:

  1. Masa terbaik untuk berhijrah Dalam keghairahan menunggu ketibaan tahun baru masihi kita sebenarnya baru...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

10 Comments

  • At 2008.08.24 15:31, aeropama dot com said:

    biasalah bro…dh namanya melabur. rugi itu pasti…untungnya belum tahu. yg penting usaha. pasti ada balasan yg baik dariNya…

    semoga kau berjaya jd usahawan bro…keep it up

    • At 2008.08.25 06:07, nuaeman said:

      Betulla tu yang penting usaha.. thanks bro

      • At 2008.08.25 08:32, Uncle G said:

        erkhhh… pakcik pon kena tembak… takpe… nanti pakcik jawab ye.. skrang bz skit arr…

        • At 2008.08.25 08:49, nuaeman said:

          Ok takpe.. pelan.. pelan pakcik.. :) mungkin ada satu lagi untuk pakcik nanti hehehe..

          • At 2008.08.25 10:13, Raja Kamil said:

            Erm, bagus ar hang ni. Sama macam aku lak. Quran gak :)
            Betul tu. Quran ni byk berjasa kepada kita.
            Kalau tak, sudah tentu PAS tak wujud kat muka bumi ni
            ;)

            • At 2008.08.25 14:12, samdaddycool said:

              semua pelaburan nih memang best..

              • At 2008.08.25 15:55, Blog nuaeman | Kena Tag pulak.. said:

                [...] digunakan untuk menjawab “Tag”. Kalau sebelum ni aku dah cerita serba sedikit tentangĀ  6 pelaburan yang boleh dikatakan terbaik untuk aku.. ini ada satu lagi Tag yang diberikan oleh orang yang sama.. Titan.. selalu lak nama aku [...]

                • At 2008.08.26 03:45, chot said:

                  mmg yg di listkan tu satu pelaburan yg baik..terutama senaskah Al-Quran tu..

                  • At 2008.08.26 03:59, nuaeman said:

                    Nuaeman>Chot Thanks Chot sebab sudi mai teratak aku nih.. heh

                    • At 2008.09.07 09:54, muhafis said:

                      oo.. enko bawu berumah tangga.. hehehe.. ak ngatkan dah 10 taun ke.. ape kan..

                      (Required)
                      (Required, will not be published)
                      fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
                      Qatar Flights Flights to Johannesburg
                      Find Deals Discount Fares