Rahsia Besar menjana wang di Internet


Ditulis pada February 2, 2009 – 2:19 pm | Oleh nuaeman
Share

Kita semuanya lebih kurang sama, sentiasa cuba mengintai ruang dan peluang untuk beroleh rezeki. Ada yang suka dengan kerja-kerja yang bermajikan dan ada yang suka bekerja sendiri. Di tengah-tengah kegawatan ekonomi ini ramai pula yang cuba-cuba untuk mencari pendapatan sampingan dan salah satunya adalah dari Internet.

Satu mitos yang selalu bermain dikepala ramai orang, menjana pendapatan diinternet ini adalah satu perkara mudah. Boleh releks duduk rumah, goyang kaki dan duit masuk akaun setiap masa, tak perlu modal dan pelbagai lagi ayat-ayat manis. Jadi bila mereka-mereka yang berfikiran begini mahu mencuba menjana wang diinternet mereka akan mengharapkan keuntungan dalam jangka masa singkat. Apabila mereka tak dapat apa yang mereka mahu maka mereka akan mula mengatakan pendapatan online ini karut, yang jual produk itu dan ini semua tipu, hype dan macam-macam lagi.

Aku sedar ada segelintir manusia yang cuba menipu dengan menjual produk sampah dan dimainkan dengan hype atau janji-janji manis pada surat jualan. Tetapi bila kita cuba nilaikan balik, benda-benda macam tu yang orang kita suka. Takde modal kemudian untung berjuta. Ceh! Cuba kalau diletakkan ada perlu untuk buat itu dan ini nanti ramai pulak yang tak suka. Dah memang mentaliti yang dipegang nak kerja mudah pastu boleh goyang kaki dan duit masyuk.

Kita mencari-cari lagi rahsia-rahsia menjana pendapatan dari Internet dengan produk-produk yang tertumpu kepada perkataan “RAHSIA” tetapi bia kita dah dapatkan rasa macam takde apa. Kita tertanya-tanya mana rahsianya. Huh! aku teringat pada filem animasi “Kungfu Panda“. Ringkasnya didalam filem tersebut kononya ada satu jurus terbaik warisan tok guru yang menjadi rebutan tetapi bila dah diperolehi rupanya ianya tak lebih dari satu scroll kosong. ‘Po’ (watak hero filem tu..) rasakan dia seperti tertipu tetapi mula mengubah persepsi  beliau apabila bertemu ayahnya “seitik” penjual mee. ‘Po’ bertanya  kepada ayahnya apakah “secret recipe” yang membuatkan mee ayahnya disukai ramai. Ayahnya mengatakan yang sebenarnya tiada rahsia apapun dan realitinya yang menjadikan sesuatu tu hebat adalah diri kita sendiri.Ahuh!

Jadi kita berbalik dalam soal nak menjana pendapatan di internet ni. Kita nampak seseorang tu melakukan sesuatu perkara macam senang jee nak buat duit tetapi bagi kita ibarat terlalu sukar. Kenapa?? Kita tahu tak bagaimana dia berusaha? Dan kita, apa pulak yang kita buat? setakat beli ebook sahaja belum cukup.. Rahsia besar dan sebenarnya adalah  diri kita sendiri. Segalanya merangkumi usaha, kesungguhan, tahap sabar, disiplin, istiqamah dan akhirnya bertawakkal. Tetapi ingat! Walau bagaimana hebat  pun usaha kita, harus ada kesedaran bahawa kita tak mampu menolak takdir dan sekiranya segalanya dah dilakukan tetapi masih belum berhasil, ada kemungkinan ianya tak sesuai buat kita.

Jadi bagi yang bertanya kepada aku bagaimana aku mampu buat duit di internet, (tak banyak manapun… sebenarnya) inilah jawapannya. Aku bukan otai atau terer manapun.. aku hanya laksanakan urusan aku dan soal rezeki itu urusan tuhan. Tetapi jangan pula salahkan ketentuan dari langit sekiranya belum diperolehi apa yang kita mahukan. Dia  maha mengetahui dan siapa tahu ada sesuatu yang lebih baik buat kita.. wallahuaklam..

Sebelum terlupa aku nak ucapkan terima kasih kepada saudara Hafiz dari Jerteh, Terengganu kerana mendapatkan pakej blogcashblueprint dari link aku. Aku doakan beliau berjaya meraih sesuatu dari pakej tersebut. Banyak yang boleh dipelajari sebenarnya.

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Provide Servis di Internet: Kaedah Pantas Buat Duit Online
  2. Jana Wang melalui Wang Pos: Halal atau Haram?
  3. Menjana Pendapatan sambil membuat Link Building (Bahagian 2)
  4. Melayari Internet dengan Keberkesanan Allah
  5. Menjana pendapatan sambil membuat Link Building ( Bahagian 1)

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 7 Responses to “Rahsia Besar menjana wang di Internet”

  2. By nadinezuharra on Feb 2, 2009 | Reply

    seronok dengar kwn2 yang sudah menjana pendapatan yang memuaskan dari kemudahan Internet.Mungkin satu hari nnti tiba giliran saya pula.. insyaAllah..

    nadinezuharra’s last blog post..:: Kereta dan Kita

    [Reply]

  3. By samdaddycool on Feb 2, 2009 | Reply

    Aku suka perumpamaan cerita Po kungfu panda tu. (aku tgk byk kali gak cerita ni)…

    .Yg perlu kita percaya, Allah akan bagi pada kita kalau kita berusaha dan minta padaNya.. Insyaallah.

    samdaddycool’s last blog post..WTF

    [Reply]

  4. By eZad on Feb 3, 2009 | Reply

    Aku suka ayat ini “aku hanya laksanakan urusan aku dan soal rezeki itu urusan tuhan” aku mahu beli ayat ini..

    [Reply]

  5. By D. Ayu on Apr 4, 2009 | Reply

    Menarik entri2 saudara. Mohon izin utk saya link ke blog saya. Terima kasih.

    [Reply]

  6. By nuaeman on Apr 6, 2009 | Reply

    Takde masalah… boleh jee..

    nuaeman’s last blog post..PR oh PR !

    [Reply]

  7. By Nadia @ Johor Bahru on Nov 22, 2011 | Reply

    Tertarik dgn perumpamaan cerita Kungfu Panda dengan perkataan ‘Rahsia’ tu. Menarik… =)
    Nadia @ Johor Bahru recently posted..Popular Mega Book Fair 2011 @ Danga City Mall, Johor Bahru

    [Reply]

  1. 1 Trackback(s)

  2. Feb 4, 2009: Blog Nuaeman » Blog Archive » Menjana Pendapatan sambil membuat Link Building (Bahagian 2)

Post a Comment

CommentLuv badge