Perlu Lebih Fokus!
Ditulis pada June 28, 2008 – 12:31 am | Oleh nuaeman Share
Dah seminggu aku menulis dan meng”update”kan blog yang begitu mentah ni… Terima kasih tak terhingga buat mereka-mereka yang sudi berkunjung dan memberi komen. Kalau nak ikutkan… menulis dah memang sebahagian dari kerja aku sebab sebelum ni pun (hingga sekarang pun..) selain tugas harian di tempat kerja, aku memang cari makan dengan setiap patah perkataan yang aku tulis cuma untuk berblog secara serius tu baru sekarang terlaksana.. dan harapnya berterusanlah.
Apa yang aku risau pasal nak berblog ni sebenarnya.. kalau kalau aku tak mampu beri fokus yang sebaiknya hingga hilang kemahuan dan juga semangat nak mengemaskini. Mungkin aku berjaya untuk seminggu ni tapi bagaimana untuk hari-hari seterusnya.. huhu.. perjalanan masih jauh.. hasrat aku memang nak blog ni bertahan lama supaya bolehlah menjadi tempat yang dapat menghiburkan aku bilamana aku bergerak secara fulltime nanti. Itupun bila aku dapat pulangan bersih 5 angka sebulan secara stabil. Boleh ke?? hehe.. insya_Allah dengan fokus dan kesungguhan aku percaya boleh!

Menurut Napoleon Hill melalui bukunya “Think and Grow Rich” terdapat 6 langkah praktikal yang perlu dilaksanakan bagi membakar semangat kita untuk terus berusaha dalam mencapai impian.
1. Sematkan didalam minda kita angka ataupun lebih tepat nilai yang ingin dicapai. Tidak cukup dengan hanya mengatakan saya mahu wang yang banyak adalah lebih baik nyatakan secara lebih jelas berapa nilainya .
2. Nyatakan apakah yang kita sanggup berikan untuk mencapai sasaran yang telah kita tetapkan. Nakkan sesuatu kita mestilah sanggup laburkan sedikit masa, wang ringgit.. emm bukan senang nak senangkan..
3. Tetapkan bilakah tarikh yang kira rasakan segala impian itu akan dicapai. Ini sebagai satu psikologi untuk kita lebih serius dengan matlamat.
4. Rangkakan satu plan yang efektif apa yang nak dilakukan dalam usaha mencapai matlamat kita. Haa.. bukan setakat cakap sahaja tapi kenalaa.. ada perancangan yang teliti.. baru boleh fokus.
5. Tuliskan pada satu kertas atau buku kesemua yang dah kita tetapkan tadi bermula dari target kita, apa yang sanggup dilaburkan, bila tarikh yang sesuai untuk kita grab semua tu. Masukkan sekali pelan jangka panjang tu…
6. Baca apa yang dah kita tulis tu dua kali sehari. Sekali sebelum kita lelapkan mata dan lagi sekali setelah bangun dari tidur. Ini semua untuk membakar semangat.. serta memotivasikan kita supaya sentiasa berada dilandasan yang betul kearah hala tuju kita.
Nampak macam taklaa susah mana cuma masalah utama kita selalu hilang fokus.. tapi aku rasa kalau kita cuba betul-betul praktikkan apa yang dah disarankan ni.. insya_Allah tak mustahil untuk capai semua yang kita inginkan.. aku pun perlu didik diri aku untuk lebih FOKUS!
Entri Berkaitan:






















3 Responses to “Perlu Lebih Fokus!”
By Rafhz on Jun 28, 2008 | Reply
ape yg napelon hill tu ckp mmg betul, kite ptt lebih fokus, tulis blk impian kita… tulis cara nk dapat kan impian (planning), kene praktikal benda2 mcm nie… klu x kite x nmpk… tick mane yg dah buat… baru kite tau dah jauh mane progress kite… benda2 mcm nie aku da blaja mase keje jd busines developt dulu.. cume skunk nie aku betul2 terdesak nk cari keje… hmm.. pe plak aku ngarut kat sini… hehe… tp aku nk ckp it a good advice nuaeman…
[Reply]
By aNddy on Jun 29, 2008 | Reply
ya..easy say than done..bt ya thx..u remind me bout it.thx mate!
[Reply]
By Shaffik on Sep 24, 2008 | Reply
Betul laaa bro….sememangnya segala kejer yang kiter buat mestilah fokus…
Dahulu aku mmg byk tak fokus…mcm2 kerja internet aku buat…tetapi sebab tak fokus tu laaa…aku raser cepat bosan…..
sebab takder plan yang betul tu laaa aku bosan….
Thanks nuaeman memberikan tips yang baik untuk aku…
Skang ni aku dlm proses memperbetulkan diri aku untuk menjadi lebih fokus….
dari kejer full time sampai laa kejer part time……Thanks bro,,,,,
[Reply]