Perjalanan seorang anakmuda membina empayar dengan Facebook
Ditulis pada November 22, 2008 – 2:31 am | Oleh nuaeman Share
Berapa ramai yang kenal dengan Mark Zuckerberg. Tetapi kalau ditanya pernah dengar Facebook? aku pasti cukup ramai yang tahu serta mempunyai akaun disana. Sebagaimana yang telah kita sedia tahu Facebook adalah salah satu laman Social Networking yang tak kurang popular di Internet tika ini. Tahukah kita bahawa pemiliknya adalah seorang remaja awal 20-an. Siapa lagi kalau bukan Mark Zuckerberg yang pernah dinobatkan selaku jutawan termuda dalam sejarah!
Sebenarnya matlamat awal penciptaan Facebook adalah untuk membina satu tapak Social Networking bagi pelajar kampus sahaja. Mark yang ketika itu menuntut di Universiti Harvard merancang untuk membina satu platform bagi menghubungkan rakan-rakan satu kampus. Tidak hairanlah nama yang dipilih adalah “Facebook” yang mana ianya merupakan nama sebuah buku yang mencatatkan nama-nama anggota komuniti berdaftar di dalam Universiti. Kebiasaannya buku ini diberikan pada pelajar atau staf yang baru supaya mudah mengenali mereka-mereka yang telah sedia ada di Universiti.
Dengan kepakaran yang ada pada beliau, Mark berjaya menghasilkan laman web Facebook dalam masa 2 minggu sahaja pada tahun 2004. Beliau tak mengambil masa yang lama untuk mengumumkan laman web nya itu kepada rakan-rakan Universiti. Sesuatu yang menakjubkan apabila Facebook berjaya menarik lebih dua per tiga mahasiswa Universiti Harvard dalam waktu yang sungguh singkat.
Mark terus mengorak langkah apabila membuka keahlian Facebook kepada pelajar-pelajar kolej pula dan pada pertengahan 2006 ianya telah berjaya mempunyai 7 juta pengguna berdaftar yang mana kebanyakkannya adalah dikalangan pelajar universiti dan kolej. Mark mula merancang untuk lebih serius dengan Facebook dan dengan bantuan tiga rakannya Andrew McCollum, Dustin Moskovitz, dan Chris Hughes, Mark terus mengorak langkah dengan membuka keanggotaan Facebook kepada umum.
Usaha Mark tak terhenti disitu. Bagi menjadikan laman social networking nya lebih menarik dan bermanfaat Mark telah menambah pelbagai aplikasi yang menjadikan Facebook bukan sekadar tempat untuk bersosial sahaja. Demi keselesaan pengguna, Facebook akhirnya mempunyai 9373 aplikasi yang terbahagi kepada 22 kategori. Sekarang orang ramai sudah boleh berchatting, bermain games, dan juga membuat duit di Facebook dengan kepelbagaian aplikasi yang wujud didalamnya. Semua ini menjadikan Facebook kian popular dan dikenali ramai. Untuk tahun 2008 Mark menyasarkan untuk mempunyai 200 juta pengguna berdaftar.
Dengan nama besar yang telah ditempa oleh Facebook khabarnya ia turut dilamar oleh Microsoff. Kononnya untuk memiliki saham sekitar 1.6 peratus sahaja Microsoft perlu mengeluarkan dana sekitar 240 juta USD. Hasil usaha dan ketekunan, Mark telah berjaya membina empayarnya sendiri dan melayakkan beliau dinobatkan sebagai jutawan termuda yang hanya baru berusia 23 tahun. Hebatkan?
Membaca kisah kejayaan Mark Zuckerberg memang amat mengujakan. Semua orang ada impian tapi tanpa usaha yang gigih, ketekunan dan kecekalan ianya takkan kemana.
Entri Berkaitan:





23 Responses to “Perjalanan seorang anakmuda membina empayar dengan Facebook”
By callister on Nov 22, 2008 | Reply
huhu..baru la tau..
umur 23 dah jadi jutawan??
hebatnye..
part yang last dan di boldkan itu memg tepat..
callister’s last blog post..Am i hot stuff? You tell me
[Reply]
By samdaddycool on Nov 22, 2008 | Reply
.. Seseorang yang bernasib baik, menggunakan peluang. Mungkin ramai orang ada peluang yang sama tetapi tidak mengolah / ‘explore ‘ setiap ruang yang ada.
Orang yang berjaya adalah orang yang pandai mengambil peluang..
p/s – aku nak mengintai peluang.
samdaddycool’s last blog post..AUCTION – Blue Beach batik contemporary painting original artwork
[Reply]
By KampungBoy on Nov 22, 2008 | Reply
Kadang2 kita tidak menjangka sesuatu yang bakal dilakukan itu, boleh cipta kejayaan. Bezanya kita tidak mencuna….Mencuba ke arah kejayaan…
KampungBoy’s last blog post..Pakej Evolusi Internet Dilancarkan….
[Reply]
By encikizzat on Nov 22, 2008 | Reply
wahh..menarik ahh crite ni..
[Reply]
By farahaznil on Nov 22, 2008 | Reply
hohohho…aku tahu benda ni masa gi seminar add math hr tu…sir aku ckp ( dia ni teror bab it gak )…kalau dah pandai main PC n IT..segala kebolehan tersebut kita boleh erubah hdup kita..cuma kita je kena tahu mcm mn nak olahkannya..huhhuu
p/s – best ke facebook??aku rasa mcm tak je..hohhhoo
[Reply]
By topo on Nov 22, 2008 | Reply
hohoh aku pernah buat assignment pasal facebook vs frenster.. hohoo banyak aku buat kajian pasal mamat ni.. hohoho terlupa plak bnak buat post.. hahahha
topo’s last blog post..cabaran 24 jam tanpa firefox bersama topo…
[Reply]
By nuaeman on Nov 22, 2008 | Reply
Baca kisah kejayaan orang ni memang membakar rasanya.. tapi kita pun nak pandai intai peluang yang bersesuaian dengan kepakaran kita..
23 tahun jutawan.. aku dah 29..huhu merangkak-rangkak lagi..
[Reply]
By nuaeman on Nov 22, 2008 | Reply
Selalunya macam tu laa sam.. bukan takde peluang tapi fokus kita tak terarah pada satu-satu perkara.. hasilnya semua benda tak jadi..
ko tgh intai peluang ape..? hehe
[Reply]
By nuaeman on Nov 22, 2008 | Reply
Yep.. cuba mengambil peluang.. langkah pertama tu penting..
[Reply]
By nuaeman on Nov 22, 2008 | Reply
Selamat datang Izzat.. memang menarik. dapat jadi camtu lagi menarik..:)
[Reply]
By nuaeman on Nov 22, 2008 | Reply
Sempat lagi kalau ko nak buat post pasal dia ni topo.. aku cerita secara ringkas jee.. huhu
[Reply]
By topo on Nov 22, 2008 | Reply
hohoh takpe lah.. entry ni dah cukup lengkap dah pon.. kalo ada sesiapa tanya senang aku rujukkan ke post ni je. hohoho
topo’s last blog post..cabaran 24 jam tanpa firefox bersama topo…
[Reply]
By callister on Nov 23, 2008 | Reply
mungkin kita lmbt belajar,sb 2 merangkak lagi..
betul x?
callister’s last blog post..Am i hot stuff? You tell me
[Reply]
By samdaddycool on Nov 23, 2008 | Reply
mengintai dari tirai kamar.. muahahahhaa…
samdaddycool’s last blog post..AUCTION – Blue Beach batik contemporary painting original artwork
[Reply]
By nuaeman on Nov 23, 2008 | Reply
Betul! Betul! Betul!.. hehe.. kita kadangkala tak sedar peluang depan mata
[Reply]
By nuaeman on Nov 23, 2008 | Reply
Betul apa yang ko cakap.. tak kiralah kemahiran apapun tapi kalau kita pandai menggunakan ke jalan yang betul dan manfaat mesti ada keuntungan.
Best ke facebook..? emmm aku tak berapa aktif walau dah ada akaun.
[Reply]
By callister on Nov 24, 2008 | Reply
kena bukak mata luas2 lagi ni..
callister’s last blog post..Am i hot stuff? You tell me
[Reply]
By chuckiesd on Nov 24, 2008 | Reply
Muda-muda dah jadi jutawan kan…bagus…dengan usaha yang gigih akhirnya terbalas..
chuckiesd’s last blog post..Kenali Bao Xishun
[Reply]
By megat on Nov 24, 2008 | Reply
hebat! tapi boleh difikirkan kembali kenapa orang kafir senang untuk mencapai kejayaan!?
megat’s last blog post..Walimatul Urus, Hari Pernikahan Semakin Hampir
[Reply]
By nuaeman on Nov 25, 2008 | Reply
Ini boleh dikategorikan sebagai istidraj jugakkan Megat
[Reply]
By nuaeman on Nov 25, 2008 | Reply
Kita bila nak jadi jutawan.. hehe..
[Reply]
By chuckiesd on Nov 27, 2008 | Reply
Nuaeman…kita ni on the way nak jadi jutawann…tak tau sampai ke puncak jutawan ker tak…yg penting KENTALLLLL…
chuckiesd’s last blog post..When you buy a computer…
[Reply]
By mijie on Jun 4, 2010 | Reply
memang dia muda, tapi untuk menjadi org seperti mereka…kita kena mencipta sesuatu yang luar biasa dari kebiasaan
[Reply]