Jangan Sesekali Lupa Rumput di Bumi..
Ditulis pada November 17, 2009 – 8:28 pm | Oleh nuaeman Share
“Apa-apapun yang kita buat, kita sandarkan kepada Allah taala. Minta pada-Nya dan jangan sesekali putus asa. Tapi janganlah pula usaha ikhtiar sambil lewa. Kita kena kerja kuat. Saya ni pun hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat untuk berjaya,”
Kata-kata langsung dari mulut Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary ini dikongsikan oleh Hj Abu Hasan Morad di dalam buku beliau, ’Demi Masa’ terbitan syarikatnya sendiri, Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Isi yang terkandung didalam tutur kata Tan Sri Syed Mokhtar itu menusuk terus ke jiwa dan benar-benar buat aku bersemangat untuk merencana masa depan. Cukup kagum dengan usaha gigih beliau hingga sampai ke tahap sekarang. Kejayaan yang ditempa beliau bukan calang-calang. Dengan pelbagai projek yang dijalankan, aset yang dimiliki beliau telah menjangkau RM 8.55 billion sekaligus menobatkan Tan Sri Syed Mokhtar selaku individu muslim yang terkaya di Malaysia. Walaupun begitu, yang paling menambah rasa hormat aku kepada beliau adalah sikapnya yang tidak sesekali meninggi diri bila menutur kata. Ternyata walaupun dipenuhi dengan kerlipan bintang dilangit beliau tetap tidak melupakan rumput di bumi. Ini dibuktikan lagi dengan kerja-kerja amal yang beliau laksanakan seperti menaja tuisyen perdana 22,000 pelajar miskin seluruh negara, menubuhkan Yayasan Al-Bukhary serta membangunkan kompleks Universiti Antarabangsa Al-Bukhary.
Tan Sri Mohktar kerapkali menyatakan bahawa kita semua tidak ada beza. Baginya andai dia mampu melakukan maka tidak ada sebab bagi kita semua untuk berkata tidak boleh. Walaubagaimanapun setiap kejayaan itu tentu ada harganya. Sepertimana peringatan beliau bahawa hanya mereka yang tekun berusaha sahaja akan berupaya meraih hasil dan ianya bukanlah boleh diperolehi dalam masa yang singkat.
Mungkin juga kita salah seorang dari mereka-mereka yang bulat hati serta sanggup berusaha dengan bersunguh-sungguh hingga mencapai apa yang kita mahukan. Tetapi apabila telah berada pada satu tahap, tiba-tiba kita menjadi orang lain. Pengalaman tidak mematangkan kita tetapi menjadikan kita bongkak dengan taraf kejayaan yang dikecapi. Tutur kata kita bukan sahaja tidak memberi makna kepada orang lain malah lebih kepada menyakitkan hati. Kita lupa siapa sebenarnya yang mengurniakan nikmat serta rezeki. Keasyikkan menatap bintang – bintang yang bekerlipan telah membuatkan kita lupa pada hijau rumput tempat dimana kita berpijak. Kita rela menjadi Sa’labah alaf baru.
Jika diselidiki, selalunya punca menjadi begini kerana setiap perkara yang dilakukan kita tak bersandarkan kepada Allah sehingga membuatkan kita melupakan-Nya. Kita sangka segala kejayaan itu adalah 100% dari usaha kita. Walhal tanpa keizinan-Nya siapalah kita. Sikap yang ditunjukkan oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary wajar dicontohi. Disamping usaha yang gigih, beliau juga berjaya hasil dari doa orang ramai yang senang dengan peribadi beliau. Itulah kesan tidak melupakan rumput dibumi..
Entri Berkaitan:
























10 Responses to “Jangan Sesekali Lupa Rumput di Bumi..”
By msarbin on Nov 18, 2009 | Reply
alhamdulillah ada insan yang sebegini. moga kita dapat menuruti usaha2 beliau
[Reply]
By cj'alhafiz on Nov 18, 2009 | Reply
Tan Sri sangat berjaya..dulu pon saya pernah gunakan buku rujukan Yayasan Al-Bukhary. Mmg betul kalau tak ada usaha pasti kita ssh nak capai apa yang kita mimpikan… terima kasih atas nasihat dan info ini. salam…
[Reply]
By kitchenaid parts on Nov 19, 2009 | Reply
Usaha murni beliau patut kita semua contohi.
[Reply]
By hafizmd on Nov 21, 2009 | Reply
modah2 mudahan kite sentiasa sedar akan siape kite..setiap sesuatu adalah milik NYA..
tima ksih utk entri nie..:D
[Reply]
By nuaeman on Nov 21, 2009 | Reply
sama-sama hafiz.. wah pernah guna buku rujukan yayasan Al-Bukhary? Bagus tu
[Reply]
By nuaeman on Nov 21, 2009 | Reply
harap-harapnya begitulah.. yang penting ingat Tuhan
[Reply]
By nuaeman on Nov 21, 2009 | Reply
Betul tu
[Reply]
By nuaeman on Nov 21, 2009 | Reply
Kena selalu ingatkan diri ni.. kadang-kadang kita ni mudah terlupa..
[Reply]
By adamfaiz on Feb 4, 2010 | Reply
Teringat wawancara dengan beliau dulu…selepas berjaya pakai Mercedez…tapi lepas tu timbul kesedaran yang itu cuma menunjukkan status…akhirnya tukar kembali ke Proton Perdana..masih lagi selesa dan sampai ke tempat tujuan…
[Reply]