Bila berkira-kira kerja jadi tak terkira…


Ditulis pada October 29, 2009 – 1:21 pm | Oleh nuaeman
Share

“Ini bukan saya punya kerja ni…, Ada ke ini pun nak suruh saya buat” rungut seorang staff berhubung tugasan yang diberikan oleh Mr Boss kepada beliau.

Dalam sektor pekerjaan banyak berlaku kes-kes sebegini. Pekerja merungut soal gaji, soal kerja lebih, kerja luar dari skop yang diberikan dan pelbagai lagi. Terlalu banyak merungut sampai kerja yang ada tak dijalankan dan tugasan yang diberikan pun lambat disiapkan. Bila ini berlaku kesalahan nak diletakkan atas bahu siapa?

Adakala seorang juruteknik merungut kerana kerja-kerja yang dilakukannya adalah merupakan tanggungjawab seorang jurutera dan dia seakan-akan telah lakukan sesuatu yang melampaui dari skop tugasnya sebagai seorang juruteknik. Jadi sebagai tanda protes dia lakukan kerja tersebut secara sambil lewa. Satu perkara yang juruteknik ini tidak nampak adalah PELUANG.

Dalam hal ini kita selalu berfikir terkebelakang. Mentaliti yang telah disetkan “Kerja lebih tapi gaji kurang” atau “ Kerja lebih tapi tak naik pangkat”. Tapi cuba tanya balik diri kita andai kita menjadi bos mahukah kita menaikkan pangkat atau gaji seseorang sebelum kita tahu kebolehannya untuk menanggung tanggungjawab lebih berat?

Memang ada juga terjadi sesetengah majikan yang mengambil kesempatan untuk berikan kerja lebih kepada pekerja, melampaui dari tugas yang sepatutnya tetapi jika kita berfikir positif, kita ambil dulu tanggungjawab itu dan belajar selok belok kerja tersebut. Sekurang-kurangnya ianya mampu menambah portfolio kita dan andai tiada apa-apa tindakan dari majikan dari segi imbuhan dan kenaikkan pangkat maka kita boleh cuba mengintai peluang-peluang pekerjaan lain dengan berbekalkan pengalaman yang telah ditimba dari tugasan-tugasan tambahan itu. Sebagai contoh juruteknik tadi, sekiranya beliau telah yakin dengan kemampuan diri maka tidak salah untuk cuba mengintai mana-mana peluang di tempat lain yang mahukan khidmat seorang Jurutera.

Membebel dan merungut dengan kerja yang diberikan hanya membuka ruang kepada fikiran-fikiran negatif untuk terus menguasai diri kita lantas menjadikan kita tidak ikhlas dalam melakukan tugas yang diamanahkan. Bila kita terlalu berkira-kira dalam soal kerja, secara langsung kita akan merasakan kerja kita terlalu banyak dan tak terkira walhal hakikatnya tidaklah sebanyak mana.

Akhirnya apa yang kita dapat??

Kerja yang ada tak mampu disiapkan dan tugasan yang diberikan tak menepati kehendak maka oleh sebab tidak puas hati dengan prestasi kerja kita Mr Boss yang punyai kuasa pun jadikan itu sebagai salah satu sebab kenapa gaji kita tak dinaikkan dan merupakan alasan utama kenapa jawatan lebih tinggi tak sesuai untuk kita.

Sekarang, Siapa yang rugi????

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Entri Berkaitan:

  1. 7 + 1 Sebab Mengapa Saya Mahu Berhenti Kerja Makan Gaji
  2. Bila matahari terbit dari barat…
  3. Leganya.. bila tunggul di kepala telah tiada lagi
  4. Kenapa ramai orang Malaysia takut nak ke saf depan bila solat?

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 374 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 8 Responses to “Bila berkira-kira kerja jadi tak terkira…”

  2. By megat on Oct 29, 2009 | Reply

    dulu masa aku kerja, aku suka cari peluang. sebab bagi aku jika kita diberi peluang bermakna si bos bakal melihat kesungguhan kita.

    rugilah kiranya mereka yang tidak merebut peluang tersebut atau mereka merasa cepat selesa dgn apa yg mereka miliki.

    ps – aduh lama rasanya tidak bekerja hu3

    [Reply]

  3. By taukey on Oct 29, 2009 | Reply

    hehehehe……….kadang kala bos ambik kesempatan utk naik pangkat sendiri dan gaji sendiri….tapi nak buat cemaner kan…..tapi bila dikata mengenai penambahan portfolio itu aku memang teramat setuju….aku rasa semu org mampu buat kerja dengan baik…yang penting peluang harus diambil dan pembelajaran harus dilakukan dari masa ke semasa

    [Reply]

  4. By Kujie on Oct 29, 2009 | Reply

    Masa kak jie keje, 2 thn berturut2 jadi pekerja terbaik tau…jenis buat sesuatu dgn sungguh2 ni..pekerja gred A puna…skrg cuba nak jadi isteri dan ibu gred A juga :p

    [Reply]

  5. By rohaizad on Oct 30, 2009 | Reply

    Memang betul tapi jangan lupa untuk melihat peluang yang sebenar jatuh kepada siapa. Sebab dulu masa aku bekerja dengan salah satu board listing company…. perkara sebaliknya yang berlaku.

    Kita yang buat, tapi bila masa meeting dan performance… orang lain pula yang dapat nama… cehhhh

    [Reply]

  6. By nuaeman on Oct 30, 2009 | Reply

    Tapi nak tengok juga keikhlasan bos dalam memberi peluang ni.. cuma kita bersangka baik jelah.. andaikata tiada peluang disitu kita boleh cari peluang tampat lain

    [Reply]

  7. By nuaeman on Oct 30, 2009 | Reply

    Aku tak nafikan tu taukey.. memang terjadi macam tu.. tapi benefit pada kita pun ada jugak.

    [Reply]

  8. By nuaeman on Oct 30, 2009 | Reply

    Lembu punya susu.. sapi dapat nama.. sepertimana aku dah katakan hal ini selalu terjadi.. aku sendiri pernah mengalaminya beberapa kali.. tapi benefit pada kita tetap ada hasil dari pengalaman buat kerje-kerja tersebut.

    [Reply]

  9. By farahaznil on Nov 5, 2009 | Reply

    ok jika nak buat pengalaman..tp perlu berjaga2 supaya tak dipijak kepala buat selama2nya!

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled