Bersediakah Anda keluar dari Zon Selesa?

“Ekonomi dah tak berapa stabil sekarang, aku ingat nak cari kerja part time laa untuk tambah pendapatan, aku tengok ada orang buat duit kat internet senang jee.. kalaulah ada sesiapa yang tahu dekat-dekat sini.. aku nak belajarlah..” rungut seorang kawan.

“Emm.. aku ada seorang kawan ni, dia ada buat couching pasal nak buat duit dengan blog tapi kena modallah bayar dia sikit untuk dapat ilmu tu” rakannya cuba memberi cadangan

“Nak kena modal ke.. takpelah kot.. sebab aku rasa dah selesa dengan kehidupan aku sekarang, lagipun blog-blog ni aku bukan suka sangat, chatting oklah!” Lantas jawapan yang diberikan berubah 360° dari apa yang dah dikeluhkan sebelumnya.

Ini situasi biasa yang mana ramai manusia nak senang tetapi mereka tak mahu bersusah dahulu dan kalau boleh nak sesuatu tu dalam sekelip mata tanpa mengeluarkan modal senang cerita nak benda free jee.. ( Banyak cantik..!)

Lumrah manusia sepertimana kata Irfan Khairi didalam bukunya “Nota Jutawan,Nota Motivasi” yang mana setiap kali kita nak keluar dari zon selesa kita, secara psikologi akan menarikkan kita kembali ke zon selesa. Macam kawan kita sepertimana perbualan diatas tadi, dia ada hasrat untuk melakukan sesuatu tetapi berundur selangkah bila satu perkataan masuk dikepalanya iaitu MODAL. Sebab utama dia berikan jawapan demikian kerana dia telah ditarik kembali untuk berasa puas hati untuk terus berada didalam zon selesa nya. Sikap ini juga akhirnya boleh mendatangkan sifat taknak berusaha atau lebih senang disebut MALAS.

Dalam hal sebegini kita memerlukan sesuatu alasan yang kuat untuk mendorong kita berusaha untuk keluar dari zon selesa tersebut. Memikirkan tanggungjawab terhadap masa depan anak-anak serta isteri telah menolak aku keluar dari zon selesa untuk lakukan sesuatu bagi membina legasi buat mereka. Bagaimana pula untuk kawan-kawan semua. Dah bersedia untuk keluar dari zon selesa??

p/s : Entri ini tercipta selepas aku diundang berkongsi pengalaman sewaktu seminar blogging saudara Rohaizad di UTM semalam.

Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

8 Comments

  • At 2009.10.19 18:55, motokriss said:

    betul bro,

    Zon selesa sememangnya boleh dikatakan kepada zon MALAS. Aku sendiri mengalaminya dan amat sukar untuk keluar.

    Dapat keluar sekejap kemudian terjerumus kembali ke zon tersebut. Amat sukar. Kadangkala aku pon tak tahu apa yang perlu aku buat untuk keluar dari “ZON’ tersebut..pening.. pening

    • At 2009.10.21 10:37, nuaeman said:

      Kadangkala kita kena paksa juga diri kita.. biasanya kesusahan akan melonjakkan kita.. contohnya company kita kerja dah kurang stabil dan ada ura-ura nak buang orang jadi nak tak nak kita akan paksa diri kita..

    • At 2009.10.19 19:16, Kak Long said:

      Sangat sukar untuk keluar daripada zon selesa, kerana kita keselesaaan menyebabkan kita malas mahu melakukan sesuatu anjakan.
      Sebab itu kita perlu menghadiri sesuatu kursus/ seminar ataupun sering mendengar ceramah motivasi supaya selalu disuntik semangat.

      • At 2009.10.21 10:38, nuaeman said:

        Terkadang bila dah selasa sanagt berasa selesa.. walau kedudukan tak selesa pun kita tetap akan malas kerana dah jadi habit

      • At 2009.10.20 01:29, Mantra said:

        Jangan jadikan Alasan sebagai penghalang kejayaan. Ilmu ada dimana-mana. Yang penting tuntutlah ilmu sebanyak mungkin. Lagi-lagi dengan otai-otai macam Bro Nueman.

        “Bersediakah Anda keluar dari Zon Selesa?”

        jawapannya Ya :D

        • At 2009.10.21 10:39, nuaeman said:

          Untuk keluar kita kena paksa diri kita untuk lakukan sesuatu..

          p/s ” saya bukan otai ye mantra.. suka makan petai pun bukan :)

        • At 2009.10.20 17:09, titan said:

          bergantung pada diri kita sendiri. Jika selesa, memang susah orang kita nak pergi ke zon susah nih..

          • At 2009.10.21 10:40, nuaeman said:

            Betul.. betu.. betull..

            haa ini baru otai.. :)

          (Required)
          (Required, will not be published)