Bersedia untuk Bertindak??
Ditulis pada November 18, 2008 – 1:03 am | Oleh nuaeman Share
Bertitik tolak dari salah satu soalan uji minda aku semalam ada perkara yang ingin aku perkatakan hari ni. Ingat lagi soalan berkenaan 3 ekor katak tu. Soalan tu sebenarnya aku dapat dari buku Azizi Ali yang bertajuk “Millionaires are from a different planet!“. Ada cerita disebalik soalan tu dan entri aku semalam adalah sebahagian dari apa yang ingin aku sampaikan ini hari.
Okeh, pasal kisah katak tu.. ada sambungan sedikit.. ya sebagaimana jawapan yang diberikan oleh mereka yang menyertai kuiz tak rasmi semalam ada 3 ekor katak yang tinggal di atas daun teratai tu kerana seekor daripadanya hanya berkeinginan untuk melompat tetapi belum lagi melakukannya. Sambungan dari kisah tu.. selang beberapa minit ketiga-tiga ekor katak itu lenyap kerana dibaham oleh seekor ular. Sekarang apa yang korang dapat dari kisah ni?
Itulah yang selalu terjadi dikalangan kita yang mana acap kali kita berkeinginan terhadap sesuatu tetapi kita melengahkan masa untuk bertindak yang akhirnya akan memakan diri sendiri. Aku bagi satu contohlah , ramai antara kita yang berkeinginan untuk mencari wang diinternet. Kalau boleh ingin bergerak secara fulltime (aku kee tu..) tetapi benda tu hanya ada dalam kepala otak sahaja dan tak diterjemahkan kepada tindakan. Pelbagai kaedah dan peluang dah dikongsikan oleh para-para blogger dan juga IM bagaimana nak menjana pendapatan di internet tetapi kita hanya suka melihat statement pendapatan diorang. Lepas tu cakap dalam hati “nanti aku cuba..” Eh beb! taknak kee jadikan amount yang sama tu berada kat akaun korang? Kita hanya meniti satu peluang ke satu peluang yang dikongsikan tetapi untuk cuba.. HARAM… (mungkinlaa benda ni tak berlaku pada korang tetapi secara jujur ia pernah berlaku keatas diri aku)
Memetik sedikit apa yang dikongsikan oleh Azizi Ali didalam bukunya “Kita boleh punyai segala pengetahuan dan juga kebijaksanaan, tetapi tanpa tindakan tiada apa yang akan berlaku.” Kita hanya dikedudukan dimana kita berada sekarang tanpa berganjak sedikitpun.
Orang yang hanya suka menangguhkan keinginan ni akan menjadikan perkara tu satu tabiat dalam diri dan akhirnya sampai kesudah mereka tak dapat apa-apa. Yang pelik mereka masih mencari dan memburu peluang seterusnya tetapi bila sesuatu dah berada didepan mata mereka menjadi katak sebagaimana dalam soalan uji minda tu.. hanya meletakkan kenginan tanpa bertindak yang kesudahannya memusnahkan dan menghancurkan hidupnya sendiri.
Dah faham maksud tersirat disebalik kuiz tak rasmi aku semalam? Macammana?
Bersedia untuk Bertindak??
* Bercakap Tentang Peluang aku ada satu peluang yang masih panas lagi dan mampu memberi pulangan untuk korang kerana ia tak melibatkan modal. Ianya produk dari The reds. Hanya download dan edarkan sahaja. Ianya percuma. Korang diberikan RM 1 untuk setiap referral yang download dari link korang. Menarik? hah! Tunggu apa lagi..
Entri Berkaitan:







22 Responses to “Bersedia untuk Bertindak??”
By Richie on Nov 18, 2008 | Reply
cantek..aku dah link back bro..hoho
Richie’s last blog post..Mr Tang Teman Lelaki Terbaru Nasha Aziz
[Reply]
By callister on Nov 18, 2008 | Reply
betul la citer katak ni…
contoh yang sy nak bg plak , sy selalu rasa nk update blog tapi asyik duk tangguh je last2 xberupdate…
moral of the story, sy mesti update jugak blog hari ni..
dah bersawang dah 2..
callister’s last blog post..Skeleton in my closet
[Reply]
By ijamidayu on Nov 18, 2008 | Reply
Bertindak!! Aku pun pernah alami benda nie. Apa pun tanpa USAHA maka impian tingal impian.
Apa pun thanks la nah!
[Reply]
By megat on Nov 18, 2008 | Reply
contoh perumpamaan di atas jika ianya hanya melibatkan minda, mungkin boleh berlaku dengan mudah. tetapi apabila ianya melibatkan hati juga maka pelbagai alasan akan diberikan.
mudah kata kita perlu belajar kawan hati kita dan mengoptimiskan pengunaan minda!
megat’s last blog post..Semakin Tenang, Keluar Dari Rumah Dan Berpindah
[Reply]
By Richie on Nov 18, 2008 | Reply
yeap..tindakan adalah yg paling penting..pk dalam kepala saja tak guna
[Reply]
By titan on Nov 18, 2008 | Reply
kalau malas. tak dapat apa-apa. simple kan?
titan’s last blog post..Komisen ke 6 dari Freebies4Webmasters
[Reply]
By samdaddycool on Nov 18, 2008 | Reply
satu mesej yang dalam dengan peumpaan yang sangat ‘simple’..
samdaddycool’s last blog post..eBay..?? Haiwan apakah ituuu???
[Reply]
By nuaeman on Nov 18, 2008 | Reply
Trimas bro.. rajin-rajinlaa kemari ye
[Reply]
By nuaeman on Nov 18, 2008 | Reply
Update jangan tak update bro. Tak elok dibiarkan lama-lama.. tapi kalau dibiarkan tapi ada masyuk . ok lagi..
[Reply]
By nuaeman on Nov 18, 2008 | Reply
Tanpa usaha dan tindakan kita tak kemana.. apa yang perlu buat sekarang rancang dan laksanakan..
[Reply]
By nuaeman on Nov 18, 2008 | Reply
wah bro.. cam bersangkutan ngan entri bro tuh bila bercerita bab minda ni.. tapi bila berlaku sekatan minda kadangkala usaha kita jadi tergendala sekejap.. bila bercampur dengan kelemahan hati.. terus jadi lemah..
[Reply]
By nuaeman on Nov 18, 2008 | Reply
Betul.. betul.. betul.. hehe.. cam upin dan ipin lak
[Reply]
By nuaeman on Nov 18, 2008 | Reply
Yep, bila difikirkan secara mudah itulah konsepnya.. macam ko yang dah banyak share tetapi sesiapa kata sukar nak make money dari apa yang telah ko kongsikan.. aku rasa mereka tak bertindak.. kalaupun bertindak setakat sign up.. ini biasa berlaku.. berdasarkan pengalaman sendiri
[Reply]
By callister on Nov 18, 2008 | Reply
nape panggil saya bro??
lelaki kah sy??
wa~~~
callister’s last blog post..Skeleton in my closet
[Reply]
By nuaeman on Nov 18, 2008 | Reply
Owhh hawa kee. maaflaa sis.. che tak tau.. hang ni cam catzer laa dulu aku ingat bro gak rupanya.. haawa.
[Reply]
By callister on Nov 18, 2008 | Reply
punya la ayu sy ni..
sy hawa tau..
callister’s last blog post..Skeleton in my closet
[Reply]
By titan on Nov 18, 2008 | Reply
yup. tepuk dada, tanye selera. aku akui setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Tetapi kalau sampai tahap malas. Aku tak dapat kata apa-apa. Nasihat pun dah tak makan saman. Baik aku wat keje aku sendiri aje.. hehe
kekadang. aku bengang gak kat orang yang mintak pandangan atau nasihat kat aku pasal bab2 buat duit ni. Aku dah cite dan bagi tunjuk ajar. Tapi still malas..aii. Siapalah aku nak mengubah mereka..
titan’s last blog post..Komisen ke 6 dari Freebies4Webmasters
[Reply]
By nuaeman on Nov 19, 2008 | Reply
Kisah ni ada terkandung dalam buku yang aku hadiahkan kat ko tu sam..
[Reply]
By nuaeman on Nov 19, 2008 | Reply
Betul tu titan.. tak jawab orang kata sombong.. tapi bila soalan sama berulang kali ditanya.. adei letih den..
[Reply]
By samdaddycool on Nov 19, 2008 | Reply
Seriously.. buku tu aku belum berkesempatan baca… Aku akan cuba luang masa yang sesuai untuk baca sikit2…
samdaddycool’s last blog post..Blogging Challenge… year end 2008
[Reply]
By farahaznil on Nov 22, 2008 | Reply
tu katak puru ke?akakakakaka
farahaznil’s last blog post..Malunya aku kalau……
[Reply]
By nuaeman on Nov 22, 2008 | Reply
AKu pun tak pasti katak apa tuh.. huhu..
[Reply]