Apakah kita serius dalam mencapai matlamat ?


Ditulis pada June 22, 2008 – 9:21 am | Oleh nuaeman
Share

Hujan mencurah-curah di JB hari ni.. tak kemana jugaklaa aku. Lepak kat rumah melayan kerenah dan telatah anak aku yang dah masuk setahun 4 bulan. Tak habis-habis nak tunjukkan kehebatannya memanjat tangga dan berlari.. yang penatnya akulaa.. huh.. tapi camtulaa kita pun masa kecik-kecik dulukan.. Aku rasa hampir semua dari kita bermula dari kitaran yang hampir sama, cukup positif untuk mencuba sesuatu yang baru.., bermula dari mengesot,merangkak,berjalan hingga mampu berlari. Tetapi bila dah cukup segala segi dengan akal fikiran yang dikurniakan tuhan ni ramai diantara kita yang mula sangkak walhal tuhan dah jadikan kita ni sebaik-baik kejadian.

Aku tak pasti ada yang bersetuju dengan aku atau tidak kerana apa yang aku perhatikan sifat-sifat positif yang ada pada diri kita ketikamana kita kecil dulu telah semakin menghilang. Kita semakin manja.. kalau dulunya kita cukup teruja untuk memanjat bilamana melihat kanak-kanak lain boleh melakukannya, bukan sekadar mengangankan tapi turut mencubanya kerana kita percaya kita mampu melakukan dengan adanya keinginan yang begitu tinggi lalu kita terus-terusan mencuba walau beberapa kali terjatuh. Sikap-sikap sebegitu dah semakin terhakis dan yang tinggal hanya elemen-elemen negatif.

Sekarang, ramai diantara kita yang cuma mampu memasang impian tetapi sendiri meletakkan jurang bahawa kita tak upaya melakukannya. Kita selalu menyerahkan pada takdir dan mencipta pelbagai alasan yang kononnya menjadi penghalang untuk kita mencapai sesuatu dalam hidup. Sebagai contoh, kalau tengok seseorang dapat menghasilkan puluhan ribu ringgit di internet kita juga ada keinginan untuk meraih jumlah yang sama tetapi bila percubaan yang pertama tak berjaya kita mula putus asa lalu terkeluarlah kata kata si polan ni memang dah dilahirkan sebagai usahawan.. heh betul ke? bukahkah kita semua dilahirkan sebagai bayi.. :) . Memang ada manusia-manusia yang dibekalkan anugerah tetapi secara hakikatnya kita adalah sama.

Sebenarnya kita tak cukup serius dan bersungguh dalam mencapai sesuatu matlamat. Letakkan satu keazaman yang tinggi untuk meraih apa yang kita inginkan kerana segalanya adalah terletak pada diri kita.. bak kata Thomas B.Smith seorang penulis professional US “If it is to be Its up to me“. Aku bawakan satu video yang membuktikan pada kita tiada yang mustahil dalam dunia ni dan dengan adanya burning desire dalam diri kita..,kita mampu melakukannya!! Layan…

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Blog ini mencapai tahap bengong dengan Celcom broadband
  2. Apakah kita bersyukur diciptakan sebagai Manusia?
  3. Hasil benih Matlamat yang dituai dengan Usaha
  4. Apakah Mereka Mengerti?
  5. Projek Dalam Tandas : Bila Nafsu dah tak terkawal

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 3 Responses to “Apakah kita serius dalam mencapai matlamat ?”

  2. By farahaznil on Jun 22, 2008 | Reply

    hmm..tu anak first ko ke??hahaha…weyh…best tak jadi ayah??apa ko rasa??hehehe…soalan interview nih..

    [Reply]

  3. By nuaeman on Jun 22, 2008 | Reply

    yee anak first. :) .. penat pakcik.. seronok mmg seronok jadi ayah ni.. tapi pada peringkat ni nak kena banyak sabar.. yelah.. anak first tgh meragam.. org umah pun tgh mabuk..

    [Reply]

  4. By sangilapi on Jun 6, 2010 | Reply

    “you become what you think”.
    bila bayi itu membesar,semakin lama semakin hilanglah potensi dirinya sehingga dia berusaha mengembalikan semula akan potensi itu :)

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge