Apa yang membuat si Kaya menjadi Kaya?


Ditulis pada July 1, 2008 – 8:18 am | Oleh nuaeman
Share

Kusut melayankan kerenah anak-anak buah aku di tempat kerja ni.. yang si Supervisor mengadu hal masalah dengan orang tu.. , yang si engineer ngan kerani pulak mengadu masalah dengan orang ni.. hishh.. buat hilang selera makan tengahhari aku jee.. tak habis – habis ngan office politic.. dah macam cerita panas kat luar pulak.. nasib baiklaa takde sesapa yang mengadu diliwat.. kalau tidak.. erk..!! haru sungguh..!

Bila datang hal-hal macam ni.. mulalaa bermain kat kepala aku.. memikirkan tarikh yang sesuai untuk tinggalkan semua nih. Sebab kalau dah nama kerja ngan majikan kat mana-mana pun situasinya hampir sama. Tapi.. kalau nak tinggalkan pun kena pastikan kantung aku cukup.. ape aku dah cukup kaya kee..? hoho.. tak boleh.. tak boleh… . Perlu kerja keras sikit nii.. kene kaji balik camne orang-orang yang rich and famous ni menempa kejayaan macam John D. Rockefeller,Bill Gate ataupun Thomas Edison. (ada ramai lagi tapi tak laratlaa nak sebut semua… :) )

Aku ada terbaca sedikit kisah Thomas Edison ni.. ramai yang kenal beliau sebagai pencipta mentol tetapi hakikatnya tidak.. sebenarnya beliau hanya menyempurnakannya sahaja padahal sebelum itu sudah ada orang yang terlebih dahulu mencipta mentol tetapi masalahnya ia kurang praktikal. Mentol yang mula-mula dicipta tidak mampu menyala dengan lama dan penciptanya juga tak mampu menerangkan bagaimana mentol boleh menghasilkan nilai komersil maksudnya buat duit dari mentol tu…leee.. :) jadi Thomas Edison lah yang lakukan . menarik..?

Thomas Edison

Sebelum menjadi seorang multi-millionaire Thomas Edison pernah digugurkan dari sekolah kerana gurunya merasakan beliau tidak cukup bijak untuk berada di sekolah tersebut. Beliau kemudiannya bekerja sebagai penjual gula-gula dan juga majalah . Dari situ beliau telah mengembangkan kemahiran berbisnes hinggakan tidak lama selepas itu beliau telah mula mencetak akhbarnya sendiri dan mengambil sekumpulan kanak-kanak sebagai pekerja, kali ini bukan hanya menjual gula-gula tetapi turut menjual akhbar beliau. Dalam masa setahun beliau telah mengambil lagi 12 orang kanak-kanak untuk dijadikan sebagai pekerja . Hebat tak?

Itulah lebih kurang kisah bagaimana Thomas Edison memulakan karier bisnes. Dari sini kita dapat lihat satu transformasi dalam hidup beliau dari seorang pekerja kepada seorang pemilik bisnes (business owner). So kalau nak kaya ( kaya bertakwa ok… :) ) kenalaa berusaha menjadi pemilik bisnes. Minda pun kene ubah.. kat malaysia pun tak kurang individu-individu yang boleh dijadikan contoh.. Yang terbaru si Labanon tuu… baru 17 tahun.. jangan asyik ternganga jee camne dia dapat 10k tapi belajar dan buat kaji selidik bagaimana beliau mampu menghasilkan keuntungan macam tu.(Ebook dia pun dah adakan.. beli je laa) Kemudian praktikkan.. yang jadi masalah kita selalunya.. nak jadi kaya tapi malas berusaha.. jawapannya… Lu pikir laa sendiri!! kata Nabil :)

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. 10 benda yang pernah menjadi sebahagian dari hidup nuaeman
  2. 3 usd untuk mereka yang berjaya Jawab 10 soalan uji minda ini
  3. Menjana pendapatan sambil membuat Link Building ( Bahagian 1)
  4. 11 Jajan yang popular dulu-dulu

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 6 Responses to “Apa yang membuat si Kaya menjadi Kaya?”

  2. By abdfatah on Jul 1, 2008 | Reply

    orang kaya akan simpan duitnya untuk menjadikan diri mereka kaya raya….

    [Reply]

  3. By yazidyahaya on Jul 2, 2008 | Reply

    aku rasa la..yang buat kaya tu sebnarnya aalah dari diri sendiri..kalau kita tidak usaha..bahkan macamana nak jadi kaya

    [Reply]

  4. By titan on Jul 2, 2008 | Reply

    mana ada orang kaya nak jadi miskin. So. depa kayakanlah lagi diri diorang. Itu prinsip orang kaya.

    [Reply]

  5. By xmindfreakx on Jul 2, 2008 | Reply

    ahha..orang kaya tak pernah berhenti berpikir dari nak mengkayakan diri mereka..sebab itu mereka sentiasa cuba menambah kekayaan mereka

    [Reply]

  6. By nuaeman on Jul 2, 2008 | Reply

    Alamak.. macam salah faham nii maksud entry ni.. ialah apa yang membuat mereka-mereka tu jadi kaya. so sebelum mereka menjadi kaya tuu apa yang dah mereka lakukan..

    [Reply]

  7. By sangilapi on Jun 6, 2010 | Reply

    cara dioarang berfikir-aku punya pendapatlah.

    ketiga-tiga nama yang disebutkan di atas,sangat menarik dibincangkan.siapa sebenarnya mereka ini hingga membolehkan mereka digelar rich and famous ni :)

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge