Palestin- Suatu Sorotan ( Bahagian satu )
Ditulis pada January 9, 2009 – 1:13 pm | Oleh nuaeman Share
Satu demi satu berita yang menyayat hati kita terima dari bumi Palestin. Mungkin dari sini kita tak mampu mendengar dentuman bom serta menyaksikan sendiri dihadapan mata mayat-mayat yang bergelimpangan. Setakat melihatnya didada akhbar ataupun di televisyen tak ramai yang benar-benar merasakan kebimbangan, geram, pilu dan marah keatas perbuatan Israel durjana ini.
Bagi yang masih tidak merasakan apa-apapun, aku ingin membawa kita semua berfikir sejenak. Katakanlah..
Satu hari datang seorang tamu untuk tumpang bermalam dirumah kita. Atas dasar menghormati tetamu lalu kita memberikannya sebuah bilik untuk menginap. Pada malamnya pula tiba-tiba tetamu tersebut mengusir anak-anak kita dari berada di ruang legar untuk menonton televisyen. Apakah kita tidak merasakan apa-apa terhadap tindakannya ini?
Keesokkannya pula kita lihat tetamu tersebut membuang beberapa harta kepunyaan kita ke luar rumah. Dengan tanpa rasa hormat dibawa pula rakan-rakannya kerumah kita. Tanpa bertanyakan kepada kita terlebih dahulu rakan-rakannya telah mengambil bilik anak-anak kita untuk bermalam mengakibatkan anak-anak kita sendiri tidak ada bilik untuk menginap. Tak cukup dengan itu mereka telah mengusir kita sekeluarga dari rumah kita sendiri. Apakah itu bukan satu perbuatan yang kurang ajar?
Kerana merasakan itu adalah hak kita maka kita tidak mahu berganjak dari rumah tersebut.Tanpa diduga mereka telah membunuh anak-anak kita bagi memaksa kita keluar dari rumah tersebut seberapa segera. Dihadapan mata kita sendiri mereka telah memperkosa isteri dan anak- anak perempuan kita demi melemahkan dan mengusir kita. Kita seakan telah menjadi penumpang dirumah sendiri dan bukan itu sahaja mereka memandang kita seolah-olah bagai sampah. Dalam keadaan itu apakah kita masih boleh berdiam diri?
Kalaupun ianya tidak berlaku kepada kita tetapi terjadi pula kepada saudara terdekat dan sahabat handai. Mampukah kita untuk hanya melihat sahaja? Apa pula bezanya dengan apa yang berlaku kepada saudara seislam kita di bumi Palestin. Selesakah kita disini bersuka-suka sedangkan mereka disana bermandikan dentuman bom setiap hari. Kalaupun pertolongan dari segi fizikal kita tak mampu. Sebagai seorang Islam senjata ampuh kita adalah doa. Panjatkanlah doa untuk mereka dan juga moga Allah memberi pembalasan yang setimpal keatas Israel dan sekutunya.
Dibawah ini adalah satu dokumentari pendek mengenai apa yang berlaku di Gaza, Palestin. InsyaAllah akan aku cuba bawakan sedikit sorotan sejarah berkenaan apa yang berlaku dibumi Palestin pada bahagian-bahagian seterusnya.
Entri Berkaitan:






9 Responses to “Palestin- Suatu Sorotan ( Bahagian satu )”
By titan on Jan 9, 2009 | Reply
susah hendak cakap. bukan tak terasa. tapi, aku cuma mampu buat apa yang termampu..
titan’s last blog post..Kaleidoskop dan Kehidupan Buara
[Reply]
By muhafis on Jan 9, 2009 | Reply
kite cume mampu berdoa aje, paling kesian kat budak2 kat sane.. klu lah ak lahir kat palestin…….. cemana lah kan.. sukur ak di Malaysia.
[Reply]
By ChekguBH on Jan 10, 2009 | Reply
Semoga Allah lindungi dan rahmati mereka. Semoga Allah memusnahkan Israel semusnah-musnahnye…
ChekguBH’s last blog post..Cara Nak Bantu Palestine?
[Reply]
By rohaizad on Jan 10, 2009 | Reply
Menyirap…. menyirap….!
rohaizad’s last blog post..Wooohoooo…! Kalau sehari 10 klik, sebulan dah RM3000 !!!
[Reply]
By aman on Jan 10, 2009 | Reply
aku pun hanya mampu berdoa saja…
aman’s last blog post..F.E.A.R 2 Demo PC Bakal Keluar Bulan Ini
[Reply]
By chuckiesd on Jan 10, 2009 | Reply
Geram memang geram beb. Kanak-kanak yang tak berdosa menjadi mangsa. Ada PBB pun tak boleh buat aper2..aper laa…
[Reply]
By izzat on Jan 11, 2009 | Reply
geram dan sakit hati. sikap sesetengah pemimpin Islam yang ambik mudah tanpa lakukan apa2 amat mengecewakan. malu dengan tindakan seorang pemimpin bukan Islam yang sanggup usir duta Israel dari negara dia. pemimpin negara Islam???!! sekadar melihat saudara sendiri dilanyak.. entah apa dunia ni nak jadi, tiada lagi keadilan dan kebebasan..
[Reply]
By famia on Jan 12, 2009 | Reply
walaupun dah tertulis ajal dan maut di tangan Allah..
dan mati itu pasti..
tapi kalau kita berpaling daripada saudara2 Islam yang mati demi menegakkan agama.. memang kita zalim.
berdoa.berdoa. dan berdoalah..
bukan mudah nak lahir dan bangkitkan Salahuddin Al-Ayubi akhir zaman ni. kan.
[Reply]
By hafiz abdul on Feb 4, 2009 | Reply
aslkm kita boleh membantu palestin dengan apa yang termampu namun untuk mendapat kemenangan tu susah sebab dalam hadith akhir zaman ada memberi tahu yang palestin akan ditawan oleh israel hinggalah datang nya imam mahdi jadi bersama2lah kita berdoa semoga mereka di beri kekuatan hingga datang nya imam mahdi seperti yg di sebut dalam hadith.
hafiz abdul’s last blog post..mujaddid
[Reply]