Palestin : Suatu Sorotan (Bahagian dua)
Ditulis pada January 15, 2009 – 12:02 pm | Oleh nuaeman Share
Bila menyebut soal cubaan penaklukan Israel keatas Palestin pastinya ramai yang telah tahu tetapi sejarah awal mengenai bumi yang menjadi peradaban besar serta pusat tiga agama (Islam, Yahudi dan Kritian) ini tidak cukup diketahui oleh semua bahkan umat Islam sendiri ada yang kurang pasti mengenai sejarah awal tanah yang diberkati ini.
Mengapa Palestin?
Sepertimana yang telah dinyatakan sebelum ini bahawa Palestin mempunyai satu nilai sentimental bagi tiga agama iaitu Islam, Yahudi dan Kristian. Bagi bangsa Israel yang beragama yahudi mereka beranggapan bahawa bumi Palestin adalah milik mereka dan apa yang paling diidamkan adalah Baitul Maqdis dimana terdapatnya Masjid al-Aqsa didalam wilayah tersebut. Menurut orang yahudi Baitul Maqdis adalah tapak paling suci di dunia dan mereka mendakwa kuil mereka yang disebut HaMikdash pernah dibina disana. Mereka berusaha untuk membinanya kembali dan mereka percaya bahawa disitu akan muncul messiah yang dijanjikan oleh tuhan mereka, Yahweh.
Bagi penganut agama Kristian pula mereka percaya bahawa gereja Nativity di kawasan Khan al-Zeit yang terletak di barat Baitul Maqdis adalah tempat kelahiran Jesus ataupun Nabi Isa a.s. Menurut mereka disitulah Jesus disalib dan fahaman Zionis Kristian yang terdiri dari golongan Evangelis pula mereka akan mendirikan sebuah kuil ‘Haykal’ ( sebenarnya ini juga adalah nama kuil suci orang Yahudi). Disitulah nanti akan menjadi pra-syarat kemunculan semula Jesus selepas milenia kedua.
Bagi umat Islam kita mempercayai bahawa disini terdapat banyak sejarah kenabian dan ramai para nabi disemadikan di wilayah ini contohnya Makam Nabi Ibrahim di Khalil-Hebron. Kita percaya bahawa agama yang dibawa Ibrahim sejak dari ribuan tahun dahulu adalah Islam sebagaimana maksud ayat dari surah Ali Imran ayat ke 67.
“Ibrahim bukanlah seorang Yahudi dan bukan pula Nasrani, tetapi seorang yang hanif dan muslim dan dia tidak musyrik pada Allah.”
Kemuncaknya adalah peristiwa isra’ mi’raj yang dilalui Nabi besar kita Muhammad saw. Di tanah yang diberkahi inilah dipercayai akan berlakunya beberapa peristiwa-peristiwa akhir zaman.
Kita dapat lihat bumi Palestin mempunyai satu nilai kudus bagi ketiga-tiga agama ini sehinggakan ianya menjadi rebutan. Tetapi bangsa Israel telah terlalu keterlaluan sehingga mengakibatkan pertumpahan darah yang maha dasyat berlaku kepada orang-orang Islam disana. Sehingga artikel ini ditulis telah lebih 1000 umat islam terbunuh di Gaza dan sebahagiannya adalah wanita serta anak kecil. Benarkah Israel mempunyai hak sepenuhnya keatas kota suci ini??
Nantikan Bahagian seterusnya..
Entri Berkaitan:






6 Responses to “Palestin : Suatu Sorotan (Bahagian dua)”
By sufian on Jan 15, 2009 | Reply
dari maklumat MASTIKA, pertubuhan freemason tu pun bertulang belakang yahudi..hingga satu masa dapat buat semula kuil yahudi di palestin…sanggup apa sahaja utk matlamat mereka terutama membunuh tidak kira kanak2 atau orang tua!
sufian’s last blog post..Tips Lajukan PC – Versi 1
[Reply]
By Fatin Pauzi on Jan 15, 2009 | Reply
Bukan itu sahaja. Barrack Obama juga mempunyai kaitan rapat dengan yahudi. Khabar angin mengatakan bahawa Obama telah dilatih sejak dari umur 10 tahun lagi untuk menerajui jawatannya sekarang ni. Nama Barrack pula merupakan berasal dari perkataan yahudi iaitu ‘baruch’. Kalau tak silap saya, maksud perkataan ini berasal dari upacara pembaptisan anak yang baru lahir bagi orang yahudi.
Fatin Pauzi’s last blog post..Majalah IM, tidak bernilai langsung!
[Reply]
By Shaffik on Jan 15, 2009 | Reply
Ikut pada cerita sejarah Israel tu tak wujud. Ianya diwujudkan untuk merebut tempat suci tu. Di tubuhkan untuk membantu orang2 yahudi dalam perebutan tempat tu. Tapi kesahihannya tak tau laa..yang pasti semua ni ada agenda politik dan kepentingan pada US.
[Reply]
By twenty-six on Jan 17, 2009 | Reply
General British, Lord Olenby pernah menginjak kubur Salahuddin dan seraya berkata “ Wahai Salahuddin, sesungguhnya peperangan Salib belum berakhir, bangunlah kita bertarung semula”.
twenty-six’s last blog post..magic tutorial : stupid one lah
[Reply]
By Ibn Arifin on Jan 30, 2009 | Reply
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji-pujian hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan ahli keluarga serta sahabat-sahabat baginda sekalian.
Amma ba’du.
Israel perlu menyerang Gaza kerana Dajjal al-Masih perlu memasuki fasanya yang ketiga, iaitu “satu hari seperti seminggu”.
Itulah jawapan yang sebenarnya. Namun, hanya segelintir yang benar-benar mengetahuinya.
Wallahu’alam.
http://ibnarifin.blogspot.com
Ibn Arifin’s last blog post..Siapakah Dajjal?
[Reply]
By pacifist on Feb 10, 2010 | Reply
sampai bila pemimpin dunia islam mahu berdialog dan berjabat tangan dgn zionis laknatullah?sampai bila kita harus melihat umat islam disembelih?sampai bila jihad ilmu,ekonomi,hawa nafsu akan berakhir dan ditukar dgn jihad al-qital pula?disaat tentera zionis membantai umat islam,kita masih berjihad hawa nafsu.ketahuilah selagi kita masih bernyawa,selagi itulah jihad hawa nafsu tidak akan berakhir.sedangkan jihad al-qital hanya pada waktu-waktu tertentu.para sahabat berjihad hawa nafsu setelah kembali dr medan perang,sedangkan kita menolak utk berjihad dgn pelbagai alasan.kenapa kita tidak berjihad dgn semua jihad yg ada,dan mengikut kesesuaian waktu dan masa?kenapa kita mengambil t/jawab lain utk mengelak t/jawab yg lain?sedangkan t/jawab itu perlu dipenuhi secara berturutan?kenapa takut dgn kalimah JIHAD?sy bkn mngejar mati,tp lihatlah apa yg berlaku di palestin dan t/jawab kita.dan jika kita masih di takuk lama.maka,saksikanlah drama air mata ini hingga ke anak cucu kita.katakan pd mereka,itu sudah nasib mereka,tiada apa yg mampu dibuat oleh kita
[Reply]