Duhai isteri-isteri, jangan sesekali kau humban suamimu ke neraka


Ditulis pada February 10, 2011 – 10:28 pm | Oleh nuaeman

“Ulp, seksanya…,”  reaksi saya selepas melepasi rumah jiran satu taman yang sedang menjemur kain.

“Apa yang seksanya?” soal isteri saya.

“Tadi itulaa…”

“Oooo…,” isteri saya mengangguk faham dan kemudian menyambung, “Orang sekarang bang, ada yang kisah…, ada yang tak kisah….”

“Bukan apa, kesian bagi yang memandang, kesian pada dia dan lebih kesian pada suami dia.”

Isteri saya mengangguk faham dan kami meneruskan perjalanan ke tempat kerja meninggalkan jiran satu taman tadi yang masih setia dengan aktiviti menjemur kain sambil berpakaian yang sangat-sangat tidak sesuai. Di sebalik kesalahan yang sudah dilakukan olehnya kami juga menyedari yang iman kami juga masih lemah sehingga tidak mampu menegur perbuatannya itu.

Baca Artikel ini Sepenuhnya.. »

Tags: ,

Janji yang kita mungkiri….


Ditulis pada January 27, 2011 – 2:16 pm | Oleh nuaeman

“Aku sudah serik hendak berjanji dengan dia.”

“Dia bukan jenis manusia yang berpegang pada janji!”

“Ah,  dia itu munafik! Sering mungkir janji.”

Kita cukup geram dan marah apabila seseorang itu tidak menepati janjinya dengan kita. Mudah sekali kita menggelarkannya munafik. Terbit rasa serik mahu berjanji dengan orang yang sebegitu. Hati kita dipenuhi dengan rasa benci kepadanya. Kita berpesan pada diri supaya tidak memaafkan orang yang memungkiri janji. Sekiranya boleh, buang dia jauh-jauh dari kehidupan. Luar biasa marahnya kita!

Baca Artikel ini Sepenuhnya.. »

Tags: ,

Pengalaman 32 Tahun Hidup di Muka Bumi Tuhan


Ditulis pada January 22, 2011 – 12:23 am | Oleh nuaeman

kredit imej: www.marcandangel.com

Apabila menerima perkhabaran tentang kematian, kita kerapkali  mendengar kata orang yang si mati itu disayangi Tuhan, oleh sebab itu dia dijemput pergi lebih awal. Namun bagaimana pula kita yang masih kekal hidup? Yang masih boleh berjalan dan berlari di bumi Allah ini? Apakah kita ini bukan dikalangan yang disayangi tuhan?

Sebenarnya tidak juga. Ada beberapa sebab mengapa kita masih di sini. Mungkin tugas kita di sini masih belum selesai. Itu juga boleh dianggap sebagai kasih sayang Allah kepada kita kerana masih memberi peluang kepada kita bagi terus melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Tuhan. Ada pula antara kita yang disediakan ruang bagi bertaubat sebelum dijemput pergi. Bukankah Tuhan itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang?

Yang pasti sebab utama kita masih bernafas ialah kerana ajal kita masih belum tiba. Mungkin giliran kita bukan hari ini. Tetapi untuk terus hidup sehingga esok , itu masih belum pasti….

Baca Artikel ini Sepenuhnya.. »

Tags: , ,

Hidup Adalah Pilihan…


Ditulis pada January 9, 2011 – 7:20 pm | Oleh nuaeman

Tempoh hari sedang saya singgah membeli makanan bergoreng di sebuah gerai, ada seorang gadis bertudung litup mendekati gerai yang sama dengan tujuan yang juga sama. Bicara si gadis dengan pemilik gerai tiba-tiba menarik perhatian saya bagi memasang telinga. Lagi pula secara kebetulan saya memang berada di situ.

Si gadis : Kakak tidak kenal saya?

Pemilik gerai : Kamu siapa?

Si gadis : Laa.. saya Geetha. Tidak cam saya ya?

Pemilik gerai : Eh, Kamu rupanya. Ya Allah… kamu bertudung? Memang akak tak cam. Eh kamu…? sejak bila?

Si gadis : Baru lagi kak… tudung ini pun baru belajar-belajar pakai.

Pemilik gerai : Baguslah tu. Suka akak tengok kamu. Masya-Allah memang lain benar wajah kamu lepas bertudung.

Si gadis : Doakan saya ya kak…

Baca Artikel ini Sepenuhnya.. »

Tags: , ,

Percutian pertama bersama Blogger Selatan


Ditulis pada December 29, 2010 – 5:10 pm | Oleh nuaeman

Kalendar 2010 saya diakhiri dengan satu aktiviti percutian yang menyeronokkan bersama para blogger dari Selatan tanah air. Aktiviti percutian yang julung kalinya dianjurkan ini diadakan pada 25 dan 26 Disember lalu dan lokasi yang dipilih ialah Pantai Mersing. Aktiviti ini pada awalnya diusulkan oleh Blogger Shaffik. Antara blogger yang menyertai aktiviti ini ialah Rohaizad, Zairizad, Shaffik, Encik Boss, Zaki Yamani, Zamrin dan Wanmus.

Memandangkan lokasi yang dipilih berdekatan dengan kampung halaman saya maka saya dan isteri telah mengambil cuti sehari lebih awal bagi pulang  ke kampung pada 24 Disember. Kami selamat sampai di Mersing kira-kira jam 5.30 petang dan sempat singgah ke Pasar Jumaat di Kampung Tanjung. Di sebelah malamnya pula kami bergerak ke La Bella Resort demi melihat lokasi yang bakal dijadikan tempat penginapan para blogger nanti.  Namun begitu, orang yang ingin saya temui tiada di situ, jadi saya terus bergerak ke Kampung Tanjung bagi membeli sedikit persiapan untuk aktiviti keesokkan harinya.

Baca Artikel ini Sepenuhnya.. »

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , , ,