Ditulis pada
April 1, 2011 – 9:40 am | Oleh nuaeman

Perkara ini sudah banyak dibincang namun sengaja saya bawakan ke sini sebagai rujukan sendiri dan juga kepada mereka yang masih belum pasti berkenaan hukum berjual beli di masjid pada hari Jumaat ketika waktu solat Jumaat.
FATWA MUFTI BRUNEI
Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
Sembahyang fardhu Jumaat diwajibkan (fardhu ‘ain) ke atas setiap lelaki Islam yang merdeka, baliqh, berakal, bermuqim dan tidak ada keuzuran. Sembahyang fardhu Jumaat itu adalah sembahyang yang paling afdhal dan harinya pula adalah hari yang paling afdhal.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling agung di sisi Allah iaitu hari yang paling agung di sisi Allah daripada Hari Raya Adha dan Hari Raya Fitrah.” (Hadits riwayat Ibnu Majah)
Hadits ini jelas menyatakan bahawa hari Jumaat itu adalah penghulu segala hari dan ia lebih agung di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala berbanding dengan dua Hari Raya. Oleh itu, perbesarkanlah hari Jumaat itu dengan memperbanyakkan bacaan al-Qur’an, selawat, doa dan zikir.
Baca Artikel ini Sepenuhnya.. »
Tags: berniaga hari jumaat, Hukum Berjual Beli pada hari Jumaat., Hukum berniaga di masjid hari jumaat, hukum jual beli di masjid
Telah diterbitkan dalam Kategori Agama | 4 Comments »