Mendaftar Perniagaan


Ditulis pada August 6, 2010 – 11:20 am | Oleh nuaeman


Sudah beberapa hari perkara itu bermain di kepala. Kehendak itu semakin kuat apabila apa yang dilakukan mula menampakkan hasil.  Semakin dirasakan penting bilamana aku telah membina satu laman niaga walaupun agak ringkas susun aturnya… dan semalam aku nekad melangkah ke pejabat SSM untuk mendaftar perniagaan.

Proses untuk mendaftar syarikat tidaklah mengambil masa terlalu lama. Aku menunggu lebih kurang satu jam sahaja untuk semuanya siap.  Kosnya hanyalah sekitar RM 70 sahaja.

‘ Eh, aku sudah ada syarikat sendiri..’ getus rasa hati setelah melihat butiran yang diserahkan oleh pihak SSM.  Mungkin oleh sebab baru pertama kali maka ada sedikit rasa keterujaan. Bermacam-macam perkara difikirkan di kepala.

Baca Artikel ini Sepenuhnya.. »

Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Tags: , ,

Status Pengabai Solat


Ditulis pada August 3, 2010 – 12:23 pm | Oleh nuaeman

Selingkar Kisah…

Terdapat satu riwayat berkenaan sepasang suami isteri yang begitu menginginkan anak tetapi masih belum ada rezeki untuk mereka memperolehinya. Oleh kerana itu sang suami telah bernazar untuk meminum air kencing anjing hitam sekiranya mereka dikurniakan anak.

Dengan takdir Allah, beberapa tahun selepas sang suami bernazar akhirnya mereka mendapat berita gembira apabila si isteri hamil dan selamat melahirkan zuriat untuk mereka.

Selepas peristiwa itu si suami itupun pergilah mencari anjing hitam untuk diminum air kencingnya. Puas mencari, dia dipertemukan juga dengan seekor anjing hitam. Si suami tidak menunggu lama untuk menadah air kencing anjing tersebut dan cuba untuk meminumnya. Malangnya dia tidak mampu meminum air kencing anjing hitam itu oleh kerana bau busuk yang amat daripada air kencing tersebut. Lalu si suami membuat keputusan untuk bertemu Rasulullah saw.

Baca Artikel ini Sepenuhnya.. »

Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Tags: , ,

Adab Ramadhan untuk 5 Pengkomen Bertuah. Sila Tuntut!


Ditulis pada August 1, 2010 – 7:53 am | Oleh nuaeman

Sudah agak lama pemilik blog ini tidak memberi hadiah jadi kali ini bersempena hampirnya kita dengan bulan Ramadhan yang mulia maka aku telah berniat untuk memberikan sedikit buah tangan  kepada mereka-mereka yang bertuah iaitu sebuah buku terbaru keluaran PTS Islamika yang bertajuk Adab Ramadan. 5 orang yang bertuah itu aku pilih berdasarkan kedudukan pada carta komen bulan Julai. Dari itu mereka-mereka yang bakal disebutkan ini sila tuntut hadiah anda dengan memberikan alamat pada borang hubungi.

Dengan ini diumumkan 5 pengkomen bertuah tersebut :

1. Saudara Samdaddycool

2. Saudara Hafiz Mohd

3. Saudara Cyza Zakaria

4. Puan Fiezaradzi

5. Saudara Shukor

Aku ucapkan tahniah serta  terima kasih kepada mereka-mereka yang diatas dan tidak lupa juga kepada semua yang sudi meninggalkan komen di blog yang tidak seberapa ini. Bagi mereka-mereka yang tidak tersenarai tetapi mahu memiliki buku Adab Ramadan tersebut maka bolehlah hubungi aku di ruangan Hubungi. Jika berminat untuk dapatkan buku-buku lain yang berkenaan Puasa ataupun sebagainya bolehlah mengunjungi Nuaeman Bookstore. Laman itu masih lagi dalam proses dikemaskini tetapi sudah boleh dilawati.

Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Tags: , ,

Inilah along yang betul-betul ada lesen!


Ditulis pada July 28, 2010 – 3:55 pm | Oleh nuaeman

Membaca artikel di berita harian baru-baru ini berkenaan begitu ramai individu yang masih muda diisytiharkan muflis di Malaysia, benar-benar menyesakkan dada. Menurut artikel tersebut kira-kira 38,357 individu berusia 25 hingga 44 tahun diisytiharkan muflis di seluruh negara dalam tempoh 65 bulan sehingga Mei lalu.

Sebab-sebab yang mengakibatkan mereka jatuh muflis salah satunya ialah kerana kegagalan mengawal penggunaan kad kredit dimana melibatkan 4417 kes sepanjang tempoh itu . Sebelum itu  Bank Negara juga ada melaporkan bahawa sebanyak 50 peratus daripada pemegang kad kredit yang diisytiharkan bankrap adalah mereka yang berusia di bawah 30 tahun.

Dalam satu laporan lain pula ada kenyataan daripada Ketua Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Devinder Singh bahawa 15 peratus daripada lebih 39,600 individu yang menyertai program pengurusan kredit AKPK adalah mereka berusia di bawah 30 tahun.

Kad Kredit… ” Ianya memang sedap diguna.. , kerana hanya perlu cucuk ataupun gesek  tetapi telah buat ramai manusia tergolek oleh sebab lepas cucuk dan gesek mereka lupa untuk bayar balik ! “

Aku masih ingat, ketika awal perkenalan aku dengan kad kredit. Entah bagaimana pada satu ketika jurutera tempat aku bekerja terperasan kad kredit yang terselit kemas di dalam dompet.

” Kau apply kad kredit? ” soalnya

” Haah, baru saja dapat, tak pernah guna pun lagi ” Jawab aku sambil tersenyum.

” Mesti rasa macam best je kan bila dapat ? ” dia menduga rasa hati aku.

Aku pula hanya tersenyum dengan kata-kata itu. Tiada jawapan..

” Emm, aku bukan hendak takutkan kau cuma apa aku boleh cakap kad ini kalau tidak diawasi betul betul, dia akan rosakkan hidup kita satu hari nanti ” dia memberi peringatan. Aku diam

” Kad ini yang buat hidup aku jadi tertekan. Sekarang aku sudah tak guna lagi tetapi hutang dia sampai sekrang aku bayar.  Kalau kau nak tahu, inilah along yang betul-betul ada lesen! ” sambungnya agak sedikit beremosi.

Baca Artikel ini Sepenuhnya.. »

Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Tags: , , ,

Nisfu Syaaban – Yang OK dan KO


Ditulis pada July 26, 2010 – 1:08 pm | Oleh nuaeman

” Eh, malam ni pergi Surau nak? “

” Ada makan-makan ke? “

” Haah, aku tengok mak aku sibuk buat kuih nak hantar  Surau. Mak aku kata malam ni memang ramai orang hantar kuih ke Surau..”

” Ada apa eak…??”

” Emm.. tak silap aku mak aku cakap malam ni malam nispu Syabaan..”

” Ohh ye ke….., tak kisahlah.. yang penting ada makan-makan.. heh! “

Pergi Surau atau Masjid pada Malam Nisfu Syaaban atas sebab ada makan-makan..??

Nostalgia zaman kanak-kanak bersama teman-teman sekampung…

Tiada keikhlasan semasa datang ke Surau. Yang kami tahu ketika itu, kalau ada makan-makan di Surau sudah tentu muka-muka kami ini mesti ada.  Apatah lagi kalau malam Nisfu Syaaban, semestinya pada malam istimewa ini Surau akan dipenuhi dengan kuih muih yang dihantar oleh penduduk-penduduk kampung. Lepas solat isyak sahaja sudah kedengaran bunyi pinggan mangkuk berlaga di sudut belakang Surau kerana para ibu-ibu sudah sibuk menyediakan kuih-muih yang bakal dijamu usai wirid dan doa dari imam. Keistimewaan malam nisfu Syaaban langsung tidak menjadi topik kami pada waktu itu. Emmm… pergi ke Surau tu sudah OK.. tetapi niatnya pulak yang KO…

Baca Artikel ini Sepenuhnya.. »

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Tags: , , , , ,