Ohhh Harammm – Suatu perdebatan untuk dibuat penilaian


Ditulis pada September 18, 2011 – 3:16 pm | Oleh nuaeman

“Drama tu menghina dan permainkan orang agama dan Islam.”

“Itu kisah orang belajar ilmu sesat. Diri sendiri tak betul tapi sibuk nak betulkan orang lain.”

“Saya suka drama tu. Begitulah jadinya kalau orang belajar agama tapi tak ikut arus kemodenan!”

Wah! pelbagai pandangan dilontarkan. Banyak status di facebook yang memperkatakannya. Semuanya angkara Ohhh Harammm sebuah drama yang pernah disiarkan di TV3 melalui slot cerekarama minggu lalu. Saya tertanya-tanya apalah isi drama itu sebenarnya kerana apa yang saya perhatikan pandangan setiap orang saling bertentangan. Berdasarkan sinopsisnya saya masih kurang faham. Ini sisipan sinopsisnya yang saya perolehi dari sebuah blog hiburan.

Mengisahkan tentang Rahimi, anak Fazil dan Faridah yang baru sahaja menamatkan pengajian Usuluddin di Isketambola setelah lima tahun tidak pulang ke tanahair. Rahimi dahulunya seorang yang periang dan lembut kini menjadi tegas tidak bertempat. Kepulangan Rahimi membataskan banyak aktiviti dan rutin seisi keluarga, apa sahaja yang tidak betul di mata Rahimi akan ditegah. Kegembiraan buat Ain bertukar menjadi perbalahan adik-beradik. Suatu hari, motor yang ditunggang oleh Rahimi gagal dikawal, dia dan Ain terjatuh. Ain diserang Asma dan keadaan dia semakin sesak. Farhana dan Zali cuba mencari ikhtiar malangnya tiada kereta yang lalu di jalan itu mahu berhenti bila ditahan. Apakah Rahimi akan menghalalkan hukum disaat darurat?

Selepas seminggu akhirnya dapat juga saya menonton drama yang diarahkan oleh Erma Fatima itu selepas memuat turun secara online. Selama satu jam dua puluh minit saya peruntukkan bagi menyaksikan sendiri apakah pandangan-pandangan yang saya baca selama ini ada kebenarannya namun saya tidak merasakan pula sebagaimana apa yang mereka rasa dan fikirkan. Bagi saya drama itu menggambarkan realiti sebenar masyarakat melayu dan penganut agama islam di Malaysia selain terkandung banyak pengajaran yang disampaikan melalui dialog-dialog pelakonnya. Saya tercari-cari siapa sebenarnya Citra Nur Ain, penulis skrip drama ini namun malangnya tidak pula saya temui.

Baca Artikel ini Sepenuhnya.. »

Tags: , , ,

Bagaimana dengan diri kita selepas Ramadhan berakhir?


Ditulis pada September 9, 2011 – 11:14 am | Oleh nuaeman

Sudah lebih satu minggu Ramadhan ditinggalkan. Syawal disambut meriah oleh sebilangan orang manakala ada sebilangan lagi yang diulit rasa sedih dan pilu ketika takbir bergema dek kerana rasa kerinduan pada insan-insan tersayang yang sudah terlebih awal dijemput pergi mengadap ilahi hinggakan pagi syawal dirasakan bagai pagi yang paling meluluhkan jiwa sepanjang hidup mereka.

Disebalik kemeriahan dan kesedihan yang menghiasi kehadiran Syawal pernahkah kita merenung-renungkan kembali keadaan diri kita pada ketika ini? Selepas mengharungi bulan yang diberkati dan  terkandung pula di dalamnya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, apakah diri kita sekarang ini masih lagi sama seperti sebelum melangkah masuk ke gerbang Ramadhan tempoh hari?

Baca Artikel ini Sepenuhnya.. »

Jadikan sedekah kita bernilai ibadah


Ditulis pada July 20, 2011 – 5:24 pm | Oleh nuaeman

Pernahkah kita mengalami suatu keadaan dimana sedang kita keluar dari bank ataupun menuju ke kereta tiba-tiba kita disapa oleh seseorang samada pengemis, pengutip derma atau penjual kalendar dan produk maahad tahfiz? Diri kita menjadi rimas lalu ada yang cuba mengelak.

Ada pula sebilangan dari kita yang sudi menghulurkan sedikit sumbangan namun hatinya masih berdetik kemungkinan dirinya sedang ditipu. Sekiranya begitulah sikap kita lebih baiklah kita tidak menghulurkan sumbangan kerana sedekah yang kita berikan tidak lagi bernilai ibadah kerana hati kita masih berprasangka itu dan ini.

Ataupun kita membeli barang yang mereka jualkan atas nama ‘membeli sambil menderma’ namun selepas itu kita merungut “alahai… benda macam ini pun jual sampai sepuluh ringgit. Entah-entah budak ini menipu je!”. Adalah lebih baik sekiranya hati kita hanya ikhlas mahu menderma maka eloklah kita menderma sahaja  mengikut seikhlas hati kita kepada mereka-mereka yang mempromosikan ‘membeli sambil menderma’ itu tanpa perlu membeli barang yang mereka jualkan kerana ia hanya menghancurkan nilai sedekah kita. Selain daripada itu ia hanya menjadi bukti bahawa hati kita ini masih dihinggapi penyakit prasangka.

Sesuatu perkara yang kita terlepas pandang ialah nilai sedekah kita itu sebenarnya tetap diterima Alllah sebagai ibadah selama mana kita ikhlas menghulurkannya tidak kira penerimanya itu tidak layak bahkan penipu sekalipun.  percayalah manfaat daripada sedekah kita itu pasti ada. Saya ingin kongsikan sebuah kisah yang dikongsikan kepada saya oleh Ustaz Mat Esa dalam kuliahnya tempoh hari. Sebuah kisah yang membuktikan tentang keajaiban sedekah. Moga kita peroleh manfaat daripada kisah ini:

Baca Artikel ini Sepenuhnya.. »

Tags: , ,

Daun Ketupat Kering – Malam Itu…


Ditulis pada July 14, 2011 – 3:06 pm | Oleh nuaeman

Kita sudah menghampiri pertengahan Syaaban 1432 Hijrah. Tidak lama lagi Ramadhan akan menjelma dan ia bakal hadir bersama satu kenangan yang sukar dikikis dari kotak memori ini. Saya pasti kenangan itu akan terus bermain-main setiap kali Ramadhan datang bertamu. Saya sudah meluahkan segala peristiwa itu dalam sebuah manuskrip yang masih belum pasti penerbitannya. Demikian itu, saya akan pindahkan manuskrip tersebut lembar demi lembar ke blog ini.  Sebelum membacanya mungkin terlebih dahulu boleh menyelami isi Prolognya. Semoga ada manfaat daripada apa yang saya ingin ceritakan…

Peristiwa malam itu tidak boleh saya lupakan. Malam yang membawa kejutan kepada saya dan secara kebetulan ia merupakan malam terakhir bulan Ramadhan. Hakikatnya malam itu memang malam yang menyedihkan kerana menjadi malam perpisahan umat islam dengan bulan yang mulia dan penuh rahmat dalam kalendar hijrah namun saya tidak sangka ia adalah malam yang memberi kesedihan berganda buat saya kerana ia juga menjadi malam perpisahan saya dengan salah seorang daripada ahli keluarga saya. Namun saya sedar itu adalah ketentuan Tuhan yang pasti terkandung hikmah disebaliknya.

Baca Artikel ini Sepenuhnya.. »

Tags:

Lahirnya yang kedua…


Ditulis pada July 12, 2011 – 12:16 pm | Oleh nuaeman

Selepas terbitnya karya pertama saya pada bulan november tahun lalu., semangat hendak melahirkan karya-karya seterusnya semakin berkobar-kobar. Syukur alhamdulillah novel saya yang pertama iaitu Diari Mat Kilang mendapat respon yang agak baik daripada pembaca. Bagi sesiapa yang masih belum membacanya bolehlah merujuk salah satu respon yang diberikan oleh seorang pembaca novel itu:

http://assignmentcscrazil.blogspot.com/2011/05/book-review-diari-mat-kilang.html

Maka pada tanggal 30 Jun 2011 lalu lahir pula karya saya yang kedua dengan tajuk Diari Mat Kilang: Dari Mersing ke California. Novel ini merupakan sekuel kepada karya saya yang pertama dan terdapat beberapa watak tambahan di dalamnya. Kisahnya pula berkenaan suka duka yang di alami oleh watak utama iaitu Wan Muhd Musyris dalam perjalanannya dari Mersing menuju ke California. Sekiranya mahu tahu lebih lanjut sila dapatkan naskah ini sekarang atau baca sinopsisnya dahulu di sini.

Related Posts with Thumbnails