Sejarah Aku dan Handphone
Ditulis pada January 5, 2009 – 1:36 pm | Oleh nuaeman Share
Aku mempunyai sejarah tersendiri dengan bahan elektronik yang kini dah macam nyawa bagi setiap orang,…Handphone. Mungkin 15 tahun dulu kita tak terfikir langsung perubahan sebegini akan berlaku hinggakan telefon mudah alih sebesar botol air tu pun dah macam canggih sangat pada masa tu. Aku bawakan sedikit kronologi sejarah tentang aku dan handphone nih.
Tahun 1991
Masa ni aku di bangku sekolah lagi. Jangan kata Handphone, perkataan macam Internet, Cybercafe, Chatting amatlah jarang dan janggal ditelinga aku. Masa ni sesiapa yang pakai ‘pager’ tu mungkin dah boleh kata berbangga sangat dah dengan meletakkannya kat pinggang.
Tahun 1999
Dari zaman telefon mudah alih sebesar botol air dan telefon atur akhirnya evolusi terus berlaku dengan terhasil handphone yang sebesar tapak tangan. Model yang masuk kat telinga aku masa ni adalah nokia dan ericsson. Pada masa tu aku masih lagi boleh hidup selesa tanpa ada handphone. Kalau rasa nak call emak ataupun sesiapa, aku hanya gunakan telefon awam. Takde masalah.. cuma sakit hati jee bila part menunggu mamat atau minah yang bergayut tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.., rasa macam nak tolong cabut je tiang telefon tu dan pacak kat rumah diorang.
Tahun 2000
Bosan dengan telefon awam yang selalu rosak dan pada masa ni jugak aku dah mula bekerja maka gaji pertama aku pada Julai tahun 2000 telah aku gunakan untuk membeli sebiji handphone berjenama ericsson model T10. Wah.. macam best jee masa first time guna telefon yang boleh filp dan ada antena nih.
Tahun 2002
Rasa macam dah lama guna brand ericsson nih, nampak semua member-member satu tempat kerja dah beralih pada Nokia . Di tambah pulak “ring tone” untuk Nokia ni lebih sedap di dengar berbanding ericsson. Atas kelemahan diri akhirnya aku juga ambil keputusan untuk bertukar kepada nokia . Masa ni aku dah duduk bujang. Satu rumah semua pakai handphone yang ‘sepesen’ , Nokia model 3310. Alaa yang gemuk pendek tu…
Tahun 2003
Aku bertukar handphone lagi.. tapi kali ni bukan atas dasar kehendak tapi terpaksa. Masa ni aku masih guna motor jee untuk pergi-balik ke tempat kerja. Entah camanalaa masa bawak motor tu , Handphone aku boleh tergelincir dari kocek dan jatuh pulak kat tengah jalan. Lalu pulak sang lori balak. Bersepai siot handphone aku.. yang dapat diselamatkan hanyalah ‘sim card‘ jee.. memang mulanya atas dasar terpaksa tapi bila sampai kat kedai handphone nafsu membeli tetap taknak kalah.. kali ni aku pilih untuk pakai model nokia yang boleh kata top jugaklaa masa tu.. Model 8210 . Kemaruk dengan bunyi polifonik masa ni.. asyik bertukar ringtone jee…
Tahun 2004
Satu lagi eksiden menimpa ketika raya tahun 2004. Entah camana ada berlaku litar pintas pada bekalan kuasa kat rumah aku. Ketika tu pulak aku tengah ‘charge’ HP. lepas pada tu aku perasan telefon aku dah macam bengong sikit. Kejap-kejap mati, tak boleh buat call dan macam-macam ‘kebengongan’ lagi. Bila bawak pegi kedai, mereka kata tak boleh diperbaiki. Aduh! maka satu lagi alasan aku gunakan untuk tukar Handphone lagi.. tak agak-agak kali ni.. bilamana aku memilih yang boleh buat batu lesung tu, Nokia model 3660 . Ambil kau.. besar gedabak.. penuh kocek dibuatnya. Masa ni handphone dah bukan setakat handphone lagi.. dah macam-macam aplikasi dah boleh dimasukkan. Jadi.. besar pun besarlaaa janji puas hati.. huh!
Tahun 2007
Lama jugak aku guna batu lesung tu.. sampailaa ianya tiba-tiba mati dan tak mampu dihidupkan lagi. Ketika ni aku dah berkahwin dan macam dah takde masa untuk aplikasi-aplikasi tu semua. Yang penting untuk aku pada masa tu adalah aku dapat berhubung dengan orang dan mereka pun mudah nak mencari aku. Games, ringtones, camera dan lain-lain rasanya dah tak begitu penting. Maka Handphone yang aku gunakan sehingga sekarang ialah nokia 1110. Aku rasa yang paling murah dipasaran kot.. hehe.. apapun tak mustahil untuk aku menukar handphone lagi pada masa akan datang..
Begitulah.. sejarahnya..
Entri Berkaitan:





16 Responses to “Sejarah Aku dan Handphone”
By Kujie on Jan 5, 2009 | Reply
rasanya model 3310 tu paling pemes dizamannya.
kak jie pun ade sejarah henset ni
1st guna thn 1991 Motorola 8500 yg sebesar batu bata tu..baling anjing pun pengsan!
kemudian Nec Primero Ex
masa ni guna Art 900 , nombor dia 010
kemudian tukar talian 018 ( Mobikom) guna telefon flip pertama di pasaran, Motorola MicroTAC
sms tak de lagi masa tu.
tahun 1998, tukar ke Celcom GSM.
Bila dah lama2 guna ni, hp yg ada yang paling murah kat kedai, dah hilang keghairahan dah..hehehe
010 – ART 900 – Always Repair Telephone
011 – ATUR – Absolutely Terrible and Useless Radiophone
012 – Maxis – Moronic And Xtremely Inferior System
013 – TM Touch – Too Many TMTouch Owners Usually Change Handphones
016 – DiGi 1800 – Don’t Invest In Garbage Instruments
017 – ADAM – Always Dropping And Malfunctioning
018 – Mobifon – Most Often Bought In Fake Obnoxious Nightmarkets
019 – CELCOM – Cannot Enjoy Line Clarity on Outgoing Messages
Kujie’s last blog post..Kelewatan membayar yuran menjadi satu rahmat
[Reply]
By twenty-six on Jan 5, 2009 | Reply
bro, saya pun guna nokia 1110 sekarang nie(sebagai backup handphone)..saya beli 3 set..mak satu, adik satu dan saya pakai satu..sesuai untuk kecemasan sebab bateri dia tahan sket..
[Reply]
By chuckiesd on Jan 5, 2009 | Reply
3310 tu memang famous..aku pun pernah pakai 3 tahun yang lalu. lepas tu anak buah aku tuang minyak johnson kat situ terus bertukar kepada Sony erricson v600i samapai sekarang…
chuckiesd’s last blog post..9 Tahun dah dapat Microsoft Professional Certificate.
[Reply]
By rohaizad on Jan 6, 2009 | Reply
Best gak citer pasal handphone ni
rohaizad’s last blog post..Internet Advertising dan Affiliate Marketing- Pendapatan yang tidak terhad.
[Reply]
By bd fabregas on Jan 6, 2009 | Reply
1st time aku pegang henfon adalah henfon motorola yg gambo atas sekali tu, bapak aku nyer.. ms tu mmg gempak la henfon tu, pakai line mobifon lg..
bd fabregas’s last blog post..Pepaya Episod 21..
[Reply]
By ijamidayu on Jan 6, 2009 | Reply
Fuh.. Details.. Leh buka atu blog khas utk h/p nie bro.. lAma aku tak berkunjung kemana-mana..
Lama sgt bercoti..
Hope selepas nie sejarah komputeer lak kot bro…
[Reply]
By dendang on Jan 6, 2009 | Reply
ingat lagi masa kecik2 dlu.bila ayah aku baru beli handpone..rajin gile call die kat office..hehe..
dendang’s last blog post..Berapa wang saku anda?
[Reply]
By Taukey on Jan 6, 2009 | Reply
hahahahahaa. aku tahun 2002 baru ada HP. tu pun sebab jumpa. kalau nak harap kan aku beli masa tu memang takder duit. hehehe. sekarang ni guna Nokia 2100. hehehe
Taukey’s last blog post..Pengiklanan Berkesan
[Reply]
By pcuserz on Jan 6, 2009 | Reply
3310 best handphone ever!
jatuh gedebak gedebuk terjatuh bersepai.
selambe jek pasang balik satu-satu.
pastu pakai balik macam biase.
pcuserz’s last blog post..welcome 2009
[Reply]
By nuaeman on Jan 7, 2009 | Reply
Wah! Kak jie lagi banyak pengalaman pasal HP nih..
list utk short form tu mana dapat kak jie?
[Reply]
By nuaeman on Jan 7, 2009 | Reply
betul bateri dia tahan sikit dan paling simple nak guna
[Reply]
By spatt on Jan 7, 2009 | Reply
first time aku pegang handphone tyme mak aku pakai motorola pebende tah…
godek2, sim kad kene blok sebab tangan aku gatal g main no.pin die…haha
spatt’s last blog post..Running Short Of Spaces…
[Reply]
By titan on Jan 7, 2009 | Reply
3 hp lama aku adalah pemberian abah aku. abah aku bagi aku, dia beli yg baru. waa..3 kali hangpon aku hilang dan yg kali terakhir kene curikk..
hp terbaru inilah aku beli sendiri. hasil duit internet. hoho..
titan’s last blog post..Pertandingan Affiliate Diranjang.com
[Reply]
By muhafis on Jan 8, 2009 | Reply
bagus lah numan, ade org tak terlalu addicted dgn henfon nie.. lagi2 bile umur pun dah mningkat.. kui3.. guraw je.. anak kedua.. niler? =)
[Reply]
By blowie on Aug 27, 2009 | Reply
hahaha,bila lagi bro nak upgrade nset tuh?
[Reply]
By nuaeman on Aug 29, 2009 | Reply
Insya_Allah nanti kene ambil gak ni.. tepon skang dah start buat hal dah.. adush..!
[Reply]