Riadah Hujung Minggu : Main Bowling
Ditulis pada November 1, 2009 – 6:39 pm | Oleh nuaeman Share
Ada yang sangka mereka-mereka yang menjana pendapatan di Internet ni hanya kerja duduk depan komputer sahaja 24 jam. Seolah-olah mereka tidak mempunyai hidup sebagaimana orang biasa. Siapa kata..? Bukankah mereka juga manusia biasa sepertimana diri kita jadi perjalanan kehidupan mereka tidaklah jauh bezanya. Ada masa terluang lebih-lebih lagi dihujung minggu mahu juga meninggalkan sebentar dunia internet ini dan melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti riadah.
Bagi diri aku pula, aktiviti-aktiviti riadah ini sememangnya telah masuk didalam jadual cuti hari minggu jadi bilamana dihubungi Rohaizad untuk turut serta bersama beliau, Boy dan saudara Smartzul bermain bowling maka sukar untuk diri ini menolak. Apapun begitu adat orang yang sudah berumahtangga kenalah juga berbincang dengan isteri. Oleh kerana program kami minggu ini sememangnya kosong jadi tiada masalah untuk aku turut serta. Dari itu pada sabtu lalu berangkatlah aku bersama isteri dan anak-anak ke Daiman Bowl di Johor Bahru. Aku tidak memaksa isteri dan anak-anak turut serta tetapi adalah lebih baik mereka bersama-sama aku. Andai tinggal di rumah kemudian anak-anak meragam merbahaya juga kerana ianya mampu mengaruhi emosi heh! Lagipun di sini ada disediakan tempat untuk mereka duduk bersantai.
Asalnya aku sekadar nak meraikan diorang (Rohaizad n the gang) sahaja dengan bermain satu game tetapi bila dah berada disana terjebak sehingga 3 game. Lama jugak tak membaling bola bowling ni sebenarnya. Kali terakhir aku bermain ialah ketika berada di Shanghai pada Mac 2008. Waktu tu aku menyertai ‘outsite meeting’ untuk syarikat aku bekerja. Jadi bila nak membuka langkah untuk bermain balik tu adalah insiden bola masuk longkang. Walaupun begitu kira oklah kerana setiap game mata yang dikumpul melebihi 100 tetapi masih tak mampu mengatasi En Rohaizad kita. Itu sebenarnya yang membuatkan terjebak sehingga 3 game.
Si Ammar pulak macam lepas kandang bila berada di gelanggang bowling ni. Kalau diberi peluang mahu saja dibalingnya bola bowling tu. Sesekali bila dia naik ke ruang orang ramai buat balingan tu aku cukup risau. Manalah tahu waktu orang menghayun nanti terkena pulak kepala dia. Mungkin oleh sebab teruja sangat melihat ayahnya bermain bowling maka sampai sahaja kerumah dicarinya semula permainan bowling yang pernah aku belikan untuk dia. Dulu dia tak tahu main jadi dicampak-campak sahaja pin bowling tu.
Secara keseluruhan memang seronoklah aktiviti riadah semalam. Andai kata akan datang nak buat pertandingan bowling sesama blogger di Johor bahru ni pun bagus juga. Ada sesiapa nak mencabar ke? heh!
*Andaikata nak melihat kehebatan mereka-mereka yang bermain bowling semalam bolehlah kesini.
No related posts.























10 Responses to “Riadah Hujung Minggu : Main Bowling”
By Shaffik on Nov 1, 2009 | Reply
Baper average point mat? Nanti repeat yer..
[Reply]
By nuaeman on Nov 1, 2009 | Reply
sikit jee.. dalam 100 jee hehe..
[Reply]
By farahaznil on Nov 5, 2009 | Reply
nuaeman..bj klabu tu ko ke?huhuhh..ke blogger lain?
[Reply]
By nuaeman on Nov 5, 2009 | Reply
baju hijaulaa.. yang paling ensem sekali.. hahaha
[Reply]
By smartzul on Nov 5, 2009 | Reply
Baju kelabu tu saya. Tinggi dan slim. :p
Power jugak ye nuaeman main bowling.. InsyaAllah, nak happening lagi kena plan awal-awal, ajak blogger ramai2 sewa satu daiman bowl tu.
)
[Reply]
By nuaeman on Nov 6, 2009 | Reply
Zul pun apa kurangnya..
haah betul tu zul.. ambil separuh lane utk pertandingan bowling terbuka antara blogger.. emm ok jugak tu
[Reply]
By farahaznil on Nov 7, 2009 | Reply
huhhu..buat kat johor..jauh la..
[Reply]
By farahaznil on Nov 8, 2009 | Reply
yg tgh main kat dlm video atas tu ke?
[Reply]
By kitchenaid parts on Nov 11, 2009 | Reply
jalan2 blog bro..nampak tempat cm familiar..rupanye daiman..peh tak ajak la blogger main bowl..huhu
[Reply]