Qiamullail – Cetuskanlah suasana itu..
Ditulis pada September 2, 2010 – 11:18 am | Oleh nuaeman Share
Ramadhan sudahpun masuk ke fasa ketiga. Pada 10 malam terakhir ini kita dianjurkan untuk lebih memperkasakan ibadah malam oleh kerana pada ketika inilah akan berlakunya malam Lailatulqadar yang mana dikhabarkan keistimewaannya melebihi 1000 bulan. Walaupun begitu, masih ramai yang mempersiakan peluang yang diberikan pada 10 malam terakhir ini sungguhpun telah diberitahu sejak dahulu lagi berkenaan pelbagai faedah-faedah yang bakal diperolehi. Mengapa agaknya ya?
Apabila bercerita tentang ibadah malam ini saya teringat akan kenangan sewaktu berada di Madinatul Munawwarah. Alangkah mudahnya untuk bangun malam ketika berada di sana. Mungkin oleh kerana tidak ada apa-apa yang mengganggu tumpuan, lalu membuatkan para jemaah mampu bangun sekitar jam 2.00 pagi dan kemudiannya bersiap ke Masjid Nabawi. Saya masih ingat lagi kenangan berjalan kaki ke masjid nabi bersama-sama Abah, Pak Jo dan Abang Is pada jam 2.30 pagi. Waktu solat subuh di sana adalah pada jam 4.05 pagi tetapi satu jam sebelum itu sudah dikumandangkan azan yang pertama. Badan terasa segar untuk laksanakan solat-solat sunat sehinggalah masuk ke waktu subuh.
Tetapi..
Apabila kembali di Malaysia entah mengapa untuk bangun pada waktu sepertiga malam ini seakan kembali mencabar. Jika tidak dipaksa mata dan tubuh ini bila-bila masa sahaja kita akan terlelap semula lantas menarik kembali selimut lalu memeluk bantal seerat-eratnya. Saya mencari-cari jawapan mengapa kebanyakkan dari kita menjadi lemah apabila berada disini, di tanah air sendiri. Kalau bertanya pada saya, pertamanya saya harus mengakui keadaan diri yang masih lemah hinggakan tidak mampu melawan desakan nafsu yang lebih mahukan nikmat beradu di atas tilam dengan sokongan bantal dan sebab keduanya saya fikir suasana juga memainkan peranan.
Kita mungkin perlukan satu suasana pesta ibadah untuk memperkuatkan diri yang lemah itu. Lihat sahaja contoh terbesar melalui solat sunat terawih, semasa awal ramadhan kita dapat saksikan betapa sesaknya keadaan surau dan masjid tetapi apabila ada yang sudah mula menghindari tempat-tempat ibadah ketika Ramadhan memasuki fasa pertengahan dan seterusnya maka kebanyakkan dari mereka yang lain juga akan turut sama tidak hadir ke Masjid sehinggakan hanya tinggal satu atau dua saf sahaja. Beginikah cara kita memakmurkan Ramadhan.. datangnya dirai kemudian ditinggal pergi…
Timbul pertanyaan. Mengapa kita selalu mengharapkan suasana itu tetapi kita sendiri tidak mahu mencetus suasana ?Kita mahu melaksanakan ibadah tetapi mengharapkan orang lain untuk hidupkan dahulu baharu kita mempunyai kekuatan untuk turut sama. Bagaimana jika kita ubah tradisi itu dengan kita sendiri yang mencetus suasana. Ramadhan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi jadi alangkah elok kita cetuskan suasana itu hari ini. Boleh?
Azam sekarang dan kita laksanakan malam nanti !
Entri Berkaitan:







12 Responses to “Qiamullail – Cetuskanlah suasana itu..”
By kamal on Sep 2, 2010 | Reply
Karnival ibadah! x ke itu yg Kumpulan Tabligh buat? Best bila membaca cerita berkisar ibadah dgn perpsektif yg berlainan.. Karnival ibadah!
[Reply]
nuaeman Reply:
September 3rd, 2010 at 2:13 pm
Jom kita wujudkan karnival ibadah tu bro..
[Reply]
By boy mersing on Sep 2, 2010 | Reply
yesss bro…untuk membuat sesuatu atau mencetuskan sesuatu tidak perlu tunggu orang atau mengikut orang..lebih-lebih lagi ia kearah kebaikan….namun perkara-perkara sebegini sebenarnya akan menjadi makanan atau rutin seharian jika perkara-perkara yg wajib kita mantapkan..kerana kita akan terdorong utuk melakukan yg sunat untuk menampung yg wajib tadi…apa yg dilihat di surau disini waktu Subuh,Zohor,Asar, Maghrib dan Isyak jemaahnya boleh dikira…namun bila ada sambutan Israk n Mikraj atau Nisfu Syaaban..melimpah ruah jemaah…sekadar pandangan..yup mulakan cetusan suasana itu dari dlm rumah…selepas makan sahur sementara menunggu waktu subuh apakata ajak anak isteri ke surau-surau berhampiran…
[Reply]
nuaeman Reply:
September 3rd, 2010 at 2:17 pm
terima kasih atas komen yang panjang dan bernas ini bro BM. Memang kita perlu lakukan sesuatu utk wujudkan suasana itu..
[Reply]
By hafizmd on Sep 3, 2010 | Reply
Allahu Akbar..mudah-mudahan kita diberi kekuatan utk terus beribadah padaNYA..
betullah bro..mmg suasana jugak mainkan peranan…dan setuju dgn fakta bahawa kite perlu wujudkan suasana tu..
insyaAllah..sama2 ngn orang rumah memperkasakan 10 malam terakhir..ameen
hafizmd recently posted..9 tips untuk blogger yang sakit perut dan sama waktu dengannya…
[Reply]
nuaeman Reply:
September 3rd, 2010 at 2:15 pm
Moga kita diberi kekuatan…
p/s: Aiseh encik hafiz telah terkena jangkitan puan fieza.. dulu komen puan fieza sahaja tak lepas sekarang hafiz punya pun sama.. adeh..
[Reply]
By fiezaradzi on Sep 3, 2010 | Reply
moga kita semua rajin bangun pagi untuk beribadah..
fiezaradzi recently posted..Lelaki Liat Berpuasakah
[Reply]
nuaeman Reply:
September 3rd, 2010 at 2:15 pm
Amin…
[Reply]
By suri on Sep 3, 2010 | Reply
salam ramadha…
kena kuat semangat klu tak sah2 syitan akan berjaya mengoncang keimanan kita..
semua org tak blh lari dari hasutannya huhu..
semoga ramadhan yang msh tersisa ini kita akan melipatgandaan amalan kita kpdNYA.Amin.
[Reply]
By suri on Sep 3, 2010 | Reply
salam ramadhan sahabatku..
yelah kita kena kuat semangat.jika tidak pasti syiatan yang akan berjaya menerokai hati kita..
semoga ramadhan yang msh berbaki ini kita akan berusaha melipat gandaknnya lagi..
salam ramadhan buat sahabatku..
[Reply]
nuaeman Reply:
September 3rd, 2010 at 4:57 pm
Maaf ye Suri, saya juga tak tahu kenapa berlaku kes sebegini.. apapun setiap komen suri ada tersimpan di dalam spam box.. ianya tidak hilang.. jangan serik untuk komen lagi ya..
[Reply]
By Bb Hussain on Sep 4, 2010 | Reply
Bb paling suka ramadhan sebab Bb paling mudah untuk bangun malam..syukur kepada Allah..namun kalau bulan-bulan biasa..liatnya..
[Reply]