Nombor Corot pun ada hadiah!
Ditulis pada August 8, 2009 – 10:16 am | Oleh nuaeman Share
Hari ketiga Tilawah al-Quran peringkat antarabangsa. 11 lagi peserta menyerlahkan bacaan mereka malam tadi. Dari dulu lagi Majlis Tilawah ini akan disiarkan secara langsung di TV dan sememangnya ia menjadi pilihan Mak dan Abah. Ini sangat berbeza dengan naluri anak-anak seperti aku pada waktu itu yang mana kalau boleh hendak saja ditukarkan ke saluran lain. Kasihannya Majlis Tilawah.. kerapkali diklasifikasikan sebagai rancangan yang paling membosankan ditambah dengan keadaan sekarang bilamana saluran TV telah semakin banyak dan pilihan hanya terletak dihujung jari. Menonton Majlis Tilawah ini sedikit sebanyak telah mengimbau kenangan aku pada satu masa dulu…
“Bacaannya bagus.. sebab itu kami ambil dia untuk mewakili sekolah” Tegas Ustaz Bakar kepada Abah pagi itu. Ustaz Bakar adalah Guru Besar Sekolah Agama aku dan tak kusangka dia sanggup sampai ke rumah untuk membawa aku ke Tilawah al-Quran peringkat Sekolah. Aduh!
Sekolah Agama Sawah Dato’ merupakan sekolah yang tidak asing lagi dalam perujian tilawah al’quran pada waktu itu. Dari sinilah lahirnya Hasnol Jamal (penyanyi kumpulan Nasyid Dewani), kemudian adiknya Hafiz hinggalah tiba giliran aku setelah mereka-mereka itu berpindah ke Darjah Khas. Bilamana nama aku naik untuk mewakili sekolah terasa bagaikan gencatan elektrik keseluruh badan aku. “Alamak! Aku ke…”
Bagus atau tidak bacaan aku hanya ustaz dan ustazah sahaja yang tahu kerana mereka yang menilai cuma diri aku ada sedikit masalah. Aku berdarah gemuruh bila keseorangan di pentas. Risau kalau-kalau nanti dibuatnya suara aku tak keluar dek kerana rasa gemuruh tu. Walaubagaimanapun ustaz dan ustazah berjaya tenangkan serta yakinkan aku buat seketika maka aku mengikuti latihan sebagai persediaan (kira macam latihan vokal lah ni.. heh!). Latihan dilakukan seperti biasa hinggalah ke satu hari sebelum hari pertandingan darah gemuruh aku berulang dan aku memberitahu ustaz dan ustazah untuk menarik diri. “Apa awak cakap ni? Esok nak tilawah awak kata nak tarik diri? Dah! Jangan difikirkan sangat takde apalaa.. ” Tegas ustazah.
Aku hampa bila hasrat aku tak ditunaikan. “Ahh..! apa nak jadi jadilah.. esok aku tak nak datang ke tilawah.. pandailah diorang”. Terukkan aku ni.. Aku sangka boleh lepas diri macam tu sahaja. Pagi pada hari tilawah berlangsung aku masih dirumah. Tiba-tiba terdengar motor skuter ustaz seperti dekat dekat rumah aku. “Aduh.. ustaz datang..” Ustaz tak jumpa aku tapi dia jumpa abah.. emm.. apa nasib aku lepas ni..
Lepas menerima keterangan dari Ustaz aku tak boleh mengelak lagi. Abah suruh aku bersiap dan dia sendiri yang akan menghantar aku ke tilawah. Sampai sahaja disana ustazah dan beberapa rakan masih menyambut aku dengan senyum walau satu perkara diluar dugaan telah aku lakukan. Bila dah berkenalan dengan ramai peserta-peserta dari sekolah lain lama kelamaan rasa gemuruh aku perlahan-lahan hilang.
Bila keputusan diumumkan aku gagal menduduki tiga tempat teratas tetapi apa yang aku perasan semua peserta dipanggil kepentas untuk diberi hadiah. “Eh! semua ada hadiah jugak ke?” aku bertanya pada salah seorang peserta ”Haa.. itulaa yang bagusnya tilawah ni.. nombor corot pun ada hadiah!” . Selain tiga tempat teratas semua peserta menerima RM 10 dan juga kitab darjah khas. Alhamdulillah…
Entri Berkaitan:





5 Responses to “Nombor Corot pun ada hadiah!”
By Kujie on Aug 8, 2009 | Reply
elok tu….utk peringkat anak2…. hadiah itu dorongan..bkn matlamat menang kalah yg perlu dititikberatkan.
[Reply]
By MyDailyBlog.Info on Aug 9, 2009 | Reply
yea btul tue,aku skong pndapat kujie…biar mereka mendapat didikan yg baik sejak kecil lagi..nanti besar kalau nk buat benda2 yg salah..mesti diaorg akan ingat pada yg baik dulu..
[Reply]
By nuaeman on Aug 9, 2009 | Reply
Ianya memang memberi kesan..
[Reply]
By titan on Aug 10, 2009 | Reply
hoho..aku pun ada juga join. tapi bukan tilawah. kiranya cam ayat hafazan. benda paling best bila aku menang tempat pertama. kalahkan 3 peserta kelas pertama..pelik aku dibuatnya..
aku kelas kedua masa tu. Best gila sebab 3 orang tu..semuanya pengawas dan top student maa. Tapi aku akur..diorang lagi tinggi dari aku dari segi ketinggian. Haha..
masuk nasyid. kalah gak. nombor 3..
[Reply]
By samdaddycool on Aug 11, 2009 | Reply
… Aku corot gak dulu, tapi sayang diaorang tak sponsor hadiah no corot..
[Reply]