Lambaian Kaabah dan Undangan ke Tanah Haram
Ditulis pada July 1, 2010 – 10:26 am | Oleh nuaeman Share
” Ayah rasa macam terpanggil sahaja untuk ke sana bu..” Kata aku kepada isteri sewaktu menonton visual berkenaan keadaan di Masjidil Haram ketika sambutan Aidiladha 1430 H.
” Siapa yang tak mahu sampai ke sana.. Insya_Allah ayah.., andai ada rezeki kita.. dapatlah kita kesana nanti.. ” Si isteri memberi jawapan.
” Tapi bu.. perasaan ayah sekarang lain macam lah..”
Sungguh.., entah kenapa hati aku begitu kuat untuk ke tanah haram pada waktu itu. Sukar untuk diterjemahkan ‘rasa’ yang aku alami. Seolah-olah hati ini seperti dilambai-lambai.
Kebetulan pada waktu itu syarikat pernerbitan buku yang popular di Malaysia, PTS Publication ada menganjurkan satu peraduan untuk memupuk semangat membaca di kalangan rakyat Malaysia. Untuk memeriahkan lagi peraduan itu para blogger dijemput untuk mempromosikannya di blog masing-masing dan habuannya ialah sebuah buku percuma terbitan PTS. Dek kerana hati yang telah semakin tertambat untuk menjadi tetamu Allah maka untuk 3 buku pilihan aku telah memilih dua buah buku yang berkaitan tentang Haji dan “Umrah iaitu 501 soal jawab Haji dan Umrah” dan “Yang OK dan KO dalam ibadah haji dan Umrah” manakala satu lagi buku ialah berkaitan dengan rumah tangga. Diantara ketiga-tiga buku yang aku pilih itu, hati ini sangat yakin bahawa aku akan mendapat buku “501 soal jawab Haji dan Umrah” jadi aku telah membeli lebih awal buku “Yang OK dan KO dalam ibadah Haji dan Umrah”.
Selang beberapa minggu selepas itu pula mak dengan gembiranya memberitahu aku yang dia mahu kerjakan Umrah bersama abah pada 2010. Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku waktu itu. Berkata aku seorang diri, kalaulah aku dapat menemani mak dan abah ke sana alangkah bagusnya. Tetapi aku seperti belum cukup yakin dengan kedudukan kewangan aku. Jadi aku hanya memendam rasa. Sehinggalah pada awal Januari 2010, Emak hubungi aku.
“Assalamualaikum.. , Pai ni?”
“Wa’alaikumussalam.. , ye mak”
“Mak nak tanya awak ni.., awak nak pergi Umrah tak?”
“Memanglah nak pergi mak.., tapi..”
“Mak nak tahu je.. awak nak pergi tak..? teman Mak dengan Abah, jangan risau pasal duit tambang”
“Ish, tapi mak.., mak dah tanya ke adik beradik lain?”
“Dah…, diorang memang suruh awak pergi, Macammana?”
“Emm, saya memang nak pergi. Tapi apapun saya nak kena bincang dengan Asiah juga…”
“Bincanglah baik-baik dengan Asiah, Mak tahu anak-anak awak kecil lagi tapi alah.. 2 minggu je..”
“Emm… nanti lepas bincang saya telefon mak balik.”
Sebenarnya isteri aku pun berkira-kira juga untuk melepaskan aku seorang diri ke sana walaubagaimanapun keputusan selepas perbincangan, aku membulatkan hati untuk memberi jawapan ‘Ya’ kepada mak. Demi kesempurnaan Umrah mak dan abah serta memenuhi hajat mereka. Lepas daripada peristiwa itu hati ini terus tertambat. Kaabah mula melambai-lambai.. tetapi masih ada persoalan yang timbul. Apakah aku diizinkan menjadi tetamu-Nya..?
Susulan dari itu ada dua kebetulan yang berlaku iaitu hadiah buku yang aku terima dari PTS sememangnya buku ‘ 501 soal jawab tentang Haji dan Umrah’ dan kemudiannya kalendar meja untuk tahun baru pula dihiasi dengan gambar-gambar permandangan di Masjidil Haram.
Hati semakin berbunga untuk kesana..
Entri Berkaitan:
- Dari Mersing ke Madinah… (1)
- Keindahan Masjid Nabawi
- Dari Mersing ke Madinah… (3)
- Bahang Madinah Mula Terasa..
- Dari Mersing ke Madinah.. (2)
Tags: haji dan umrah, lambaian kaabah, travelog umrah, Umrah 2010







10 Responses to “Lambaian Kaabah dan Undangan ke Tanah Haram”
By Shaffik on Jul 1, 2010 | Reply
Mad. Memang rezeki ko ke sana Mad. Kuasa limpah rezeki daripada Tuhan. Dia lebih mengetahui. TUP TUP dapat ko kesana. Masa aku akan tiba nanti.
[Reply]
By Ezad on Jul 1, 2010 | Reply
Alhamdulillah, dapat juga merasa makan kurma ko bawak aritu, dapat rasa kurma tuh pun dah rasa syukur sangat2..Inikan pula bila dah jejak kaki di rumah Allah terima kasih.
[Reply]
By Cyza on Jul 3, 2010 | Reply
Aku seronok baca kesaintaian ko bercerita amat…
TEruskan berblogging dengan style begini…
[Reply]
By manza on Jul 4, 2010 | Reply
alhamdulillah.besar tul rezki bro tahun ni.Buatlah amal sebanyak mungkin bila disana nanti.
[Reply]
By nuaeman on Jul 5, 2010 | Reply
Insya_Allah masa kau akan sampai nanti.. aku juga tak lupa doakan untuk kawan2 aku semoga jejak kesana suatu masa nanti..
[Reply]
By nuaeman on Jul 5, 2010 | Reply
Alhamdulillah.. ada rezeki sedikit untuk dikongsi..
[Reply]
By nuaeman on Jul 5, 2010 | Reply
Insya_Allah..
[Reply]
By hafizmd on Jul 9, 2010 | Reply
alhamdulillah..Allah mmg Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui..
insyaAllah..moge masa saye juga tiba nanti..
hafizmd recently posted..Awasi pendapatan online kita
[Reply]
By samdaddycool on Jul 15, 2010 | Reply
Hanya yang terpilih sahaja dapat menjadi tetamu Allah…
[Reply]