“ Ucu! Ammar main kat pasir tak pakai kasut..!” Jerit anak saudara aku
Ikutkan memang aku juga tak benarkan anak-anak bermain luar rumah tanpa memakai alas kaki samada selipar atau kasut tetapi untuk hari ini di rumah tok mak dan tok ayahnya aku biarkan sahaja. Rasakanlah debu pasir serta lembut tanah asal usul kejadiannya kerana bila balik ke JB besok segalanya yang tinggal disana hanyalah batu, simen dan juga lantai getah jika sesekali ke taman permainan.
Seronok melihat dia bermain dengan sepupu-sepupunya. Di tempat yang sama juga dahulu ayahnya berlari tanpa kasut,bermain upih pinang, mencari ulat pasir yang seakan-akan raksasa dalam cerita ultraman, bermain guli, getah dan pelbagai lagi. Semua kenangan itu kekal dalam lipatan sejarah aku. Biarlah mereka rasa semua ini bila sesekali pulang ke kampung.
“You ni asyik balik kampung jee.. betul ke ni?” rungut boss aku sebelum menandatangani di ruangan “Approved” pada borang permohonan cuti.
Adalah menjadi kebiasaan bagi aku memohon cuti untuk pulang kekampung supaya masa disana akan dirasa lebih lama sedikit berbanding sekiranya bertolak pada hari sabtu yang mana terpaksa bersiap pula keesokkan paginya untuk balik semula ke JB. Kadangkala aku sengaja bertolak pada waktu malam untuk beri kejutan kepada mak dan abah.
Setiap bulan samada sekali atau dua kali aku akan pulang bertemu mak dan abah di kampung. Selagi mereka masih ada, ini yang termampu aku lakukan. Cukup risau kiranya aku terkilan tak sempat memeluk ataupun mencium tangan mereka di saat masih ada kesempatan ini. Mak dan Abah bukan lagi segagah dulu. Mak yang dulunya tak menjadi masalah untuk berjalan pergi balik menghantar kuih di kedai kini untuk ke surau di hadapan rumah juga perlu dihantar dengan kereta. Tak sanggup melihat mak tercungap-cungap semput. Usianya yang telah mencapai 70 tahun benar-benar telah menghakis kudratnya. Begitu juga abah yang telah masuk 73 tahun pada tahun ini. Kedua-duanya yang baru sahaja menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke-50 kini hanya hidup dengan usia subsidi. Kalau mereka pergi dijemput ilahi yang tinggal hanyalah suasana damai kampung untuk aku mengimbau kenangan lalu.
Suasana damai kampung ini mahal harganya. Ketenangan disini menenggelamkan tekanan berada di kota. Disini pohon-pohon kelapa masih ada , belum lagi dipenuhi oleh hutan-hutan batu sebagaimana bandar JB. Bersarapan nasi dagang bersama mak dan abah , adik beradik serta anak-anak buah di belakang rumah menjadi satu kemestian setiap kali pulang ke kampung. Aku akan rindukan suasana yang mendamaikan hati ini.
“Ucu..! Ammar pijak tahi kucing..!”
Arghh! keadaan ini juga jarang ditemui di kota. Huh!
Related posts:
- Blogging dan Cari Kepah: Mana lebih cool? “Kejap ye.. kejap ye.. letak dulu Baldi tu.. Ucu...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.






















seronokkan tengok anak-anak bermain kat suasana kampung macam yang ko gambarkan.
tengok derang macam tak pernah jumpa tanah. tanya itu tanya ini ha3.
Terkenang pada diri sendiri pada masa lalu yang dah lama jadi sejarah..
Terima kasih kerna sudi berkunjung fikri.. ya aku tinggal di Masai JB, kampung di Mersing.. kamu asal mana? tinggal kat mana?
Wow. 73 tahun? Alhamdulillah panjang umur. Duduk kampung tenang sikit, bagus untuk mereka yang dah berusia dan berkeluarga. Bandar byk dugaan.
Bro, meh promote blog nie kat website kami. Kalau rajin ajak rakan-rakan lain ^^
Insya_Allah nanti aku register.. menarik jugak site tu.. selama ni ping kat negaraku jee
Assalamualaikum Nueman. Wah! tengok gambar sudah terasa damainya.
Pokok kelapa, pasir , rumput dan air memang mendamaikan.
Ditambah pula jika ada dusun buah-buahan. dan haiwan ternakan.
Itulah kampung life yang dirindukan..
Salam ceria dan jangan lupa singgah blog saya, mungkin nuaeman juga ada idea menarik untuk dikongsi dengan para pembaca.
Singgah ye..
Semestinya saya akan singgah..
lain beb bandar dengan kampung..kampung lagi aman dan tenang…kalau ader rezeki aku nak buat rumah kat kampung jer…aman dan tenang jer…
Aku pun memang teringin nak duduk kampung balik.. rasanya kalau belum jadi suami orang dah lama aku buat keputusan tinggal kat kampung.. broadband kat sana lagi mantap dari kat jb.. huh
“Ucu..! Ammar pijak tahi kucing..!”
Arghh! keadaan ini juga jarang ditemui di kota. Huh!
Tuelah yg berbeza antara kt kg ngan kat bandar.huhuhu
babnie yg lawak
tidak sedap sekiranya kita tdk membuat pertukaran link antara kita,so aku dh letak link ko nuaeman kat blog aku…
hehehehe
Dah dilaksanakan…
saya pon selalu biarkan anak2 saya main tanah bila balik kg..biar la diorang rasa jadi mcm kita kecik2 dulu..
Kalau tidak mereka tak tahu hidet.. biarkan mereka merasa.. cuma kene bagi perhatian jugak.. manalaa tahu ada kaca ke, tahi ke.. hari tu dibawa masuk tahi kucing ke rumah.. satu rumah berbau.. huh..
Teringin nak jadi kanak2 semula….
Seronok yek.. fikir main jee.. petang kena mandi.. malam sikit basuh kaki.. tidur.. esok bangun pagi.. main lagi.. heheh
….. Sebab kita membesar dalam suasana kampung, main hujan, lumpur, mandi tali air, panjat pokok, rembat buah dusun orang (yang ni jangan ikut)… Sebab tu kita seronok duduk kat kampung. Tapi semua tu semakin pupus dewasa ini..
kat kota atau bandar pun ada apa tahi kucing. haha..