Kisah Aku dan Emak..
Ditulis pada May 10, 2009 – 11:26 pm | Oleh nuaeman Share
Pada tanggal 15 Januari 1979 aku selamat keluar dari rahim mak. Walau aku tak dapat ingat apa yang terjadi tapi aku tahu mak bertarung nyawa untuk lahirkan aku. Alhamdulillah tuhan beri aku cukup sifat dan aku menjadi orang terakhir yang keluar dari rahim mak.
Boleh aku kata mak agak garang orangnya tapi dah memang sikap seorang seorang ibu walau macammanapun dia tetap ada sifat penyayang. Masa lingkungan usia 4-5 tahun aku selalu kena marah dengan mak sebab pakai selipar terbalik. Masa kakak aku pergi sekolah akulah yang banyak menghabiskan masa bersama mak. Duduk kat bawah pokok pelam teman mak belek beras.
Bila dah pandai berkawan dengan teman-teman sekampung adakala aku main dari pagi sampai petang tak balik. Mak cukup marah masa tuh.. maka kata “Kalau dah tak reti nak balik, engko ambillah kain baju semua bawak kepantai.. duduk sana” Huhu.. masa kecik-kecik dulu aku memang ada rumah atas pokok kat pantai.. itu yang syok sangat sampai tak ingat nak balik.
Masa zaman sekolah aku ingat sangat mak suka beli roti burger kemudian buat ala-ala benjo utk aku makan dan juga bawak bekal. Masa sekolah menengah mak selalu bungkuskan nasi dalam surat khabar beralaskan plastik. Lebih kurang macam beli nasi bungkus kat kedailah. Aku yang mintak mak buat macam tu.. Senang.. lepas makan terus buang jee. Seronoknya kalau mak masak lauk ayam. Yelah ketika tu bukan selalu pun dapat makan ayam.
Rindu betul kat mak masa mak ngan abah pegi haji. Pada ketika tu cikgu mengaji aku buatkan majlis khatam al-Quran untuk aku dan rakan-rakan sekampung yang lain. Sedih jugak orang lain datang dengan mak tapi aku datang sorang-sorang jee.
Masa aku tinggal kat asrama sekolah vokasional di JB dan kena keguguran rambut yang teruk. Mak sanggup datang dari Mersing dan buatkan minyak kelapa untuk aku. Cukup kuat bau minyak ni tapi sebab mak dah buatkan aku tetap pakai jugak.
Masa aku dapat tawaran sambung belajar kat Kelantan. Mak tak berapa nak bagi sebenarnya sebab jauh sangat tapi bila aku ubah fikiran untuk pergi juga. Mak tetap buat persiapan untuk hantar aku. Carikan kenderaan dan siapkan segalanya. Dengan duit meniaga kuih sahaja mak boleh support aku belajar selama tiga tahun.
Masa aku nak bermula kerja dan perlukan motor mak sanggup keluarkan duit untuk tampung beli motor supaya aku senang nak pergi/balik kerja. Walaupun motor tu motor second hand sahaja ia tetap berharga buat aku.
Pernah aku merajuk dengan mak atas sebab-sebab tertentu dan mak juga marahkan aku. Dua tiga bulan juga aku tak balik kampung tapi masa aku nak ke Kelantan untuk beli stok perniagaan aku, sempat juga aku singgah sekejap ke kampung mohon maaf dengan mak. Balik dari Kelantan aku singgah lagi sekali kat umah lebih kurang dalam pukul 5 pagi. Walau marah camanapun mak tetap dengan sikap penyayangnya.. pagi-pagi buta tu mak sanggup bangun dan buatkan makanan untuk aku dan kawan-kawan sebelum aku menyambung balik perjalanan.
Jantung aku bedegup kencang bila satu kali tu mak telefon aku dan mak kata ” Mak nak mintak maaf dengan anak-anak mak..” ketika tu memang mak demam teruk dan aku cukup risau. Lepas tu setiap panggilan dari kampung sentiasa buat jantung aku berdebar. Alhamdulillah umur mak masih panjang..
Sekarang usia aku dan menjangkau 30-tahun dan fizikal mak juga dah semakin dimamah usia. Berjalan pun mak tak berapa larat. Solat pun mak tak dapat nak duduk dengan betul lagi. Aku tak tahu berapa lama lagi aku diberi kesempatan untuk bersama dengan mak. Pengorbanan dan jasa mak memang tak dapat nak aku balas. Aku harap dipenghujung usia mak ini aku dapat sentiasa membahagiakan dia dan jauh sekali menyakiti hati Mak..
Selamat Hari Ibu mak…
Entri Berkaitan:























5 Responses to “Kisah Aku dan Emak..”
By Azah on May 11, 2009 | Reply
nk nangis la baca post ni…
[Reply]
By KampungBoy on May 11, 2009 | Reply
Selamat Hari Ibu
especially to my mum
KampungBoy’s last blog post..Jom Ucap Selamat Hari Ibu
[Reply]
By samdaddycool on May 12, 2009 | Reply
…. Syurga bawah tapak kaki ibu.. hargailah dia…
samdaddycool’s last blog post..Selamat Hari Ibu 2009
[Reply]
By Shaffik on May 12, 2009 | Reply
Inilah kasih seorang Ibu. Walau susah payah macam mana pun anak-anak tetap di utamakan. Belum tentu kita boleh melakukan perkara ynag sama kepada ibu atau anak-anak kita nanti. Syahdu aku baca cerita ko nie…thanks ingatkan aku pada Ibu aku….
[Reply]
By Ebook CPA Percuma on May 13, 2009 | Reply
Kita akan rasa lebih berharganya ibu dan bapa kita bila kita dah ada anak. Sebagaimana kita mengharapkan anak2 kita menghormati kita, sebegitu jugalah harapan ibu dan bapa kita. Jadi, kalau kita nak anak2 kita menghargai kita, hargai dulu ibu dan bapa kita…
[Reply]