Kenangan Cuti Sekolah: Camping


Ditulis pada December 1, 2008 – 3:27 pm | Oleh nuaeman
Share

Masih lagi dalam mood cuti sekolah. Bila tiba musim cuti sekolah ni aku teringat satu kisah yang pernah menyakitkan serta membengkakkan hati aku tetapi kalau  sekarang, benda ni semua akan buat aku tersenyum sendiri. Kisah ni berlaku setelah aku tamat SPMV bilamana kawan-kawan aku kat JB plan untuk pergi camping dekat Air Papan, Mersing. Oleh kerana aku memang anak jati Mersing maka aku pun join sekali.

Dari hari pertama diorang semua sampai dari JB kemudian lepak dan makan tengah hari kat rumah aku semuanya takde masalah. Petang sedikit aku mintak pertolongan pakcik aku hantar kitaorang ke Air Papan. Sampai sahaja kat AIr Papan kitaorang tak tunggu lama untuk cari lokasi buat khemah. Boleh kata semua perjalanan aktiviti adalah sepertimana yang dirancangkan sehinggalah selepas Isyak tiba-tiba….

Ada seorang lelaki berjalan terhendap-hendap menghampiri khemah kitaorang. Terkejut jugak kami semua. Sampai sahaja di kawasan perkhemahan kitaorang dia pun bersuara ” Korang ada nampak sesiapa lalu sini tak”. “Err.. takde..” Jawab salah seorang dari kami. Dia bersuara lagi” Aku polis” sambil menunjukkan id dia. ” Korang tau tak, ada penjenayah dah larikan diri dikawasan ni. Korang semua kena berjaga-jaga. Sekejap lagi kalau korang dengar bunyi tembakan korang semua kena larikan diri dari kawasan ni. Khemah korang semua kena cabut. Faham!” Erk! tak sangka pulak aktiviti kitaorang hari tu tiba-tiba jadi kacau dengan kes macam ni. Apapun aku semua masih buat macam biasa. Ada yang masak Meggi dan ada yang duk layan walkman dalam khemah tapi tak lama lepas tu…

“Woi! lari-lari!” Brader tadi tetiba datang balik dengan tergopoh gapah. Terkejut beruk kitaorang sampai tak sempat jamah mee meggi yang baru dimasak. Semua dah kelam kabut. Khemah, kitaorang main tarik jee.. dan maggi yang sedang dimasak tu kitaorang tendang sebab takut punya pasal dan nak menyelamatkan diri. Maka berlarilah kami semua dengan mengheret khemah mengikut brader yang mengaku polis ni. Jauh juga kitaorang lari sehinggalah ke kawasan yang berhampiran dengan pantai. Dah letih berlari dengan khemah semua tu kitaorang lepak jee kat tepi pantai. Kemudian Brader tu start cerita. Dia perkenalkan diri kemudian ceritalah apa yang berlaku sehinggalah tak larat kitaorang nak layan. Bila dia cerita kehebatan dia yang macam bagus sangat tu kitaorang dah macam susah nak percaya.. sehinggalah kami semua tertidur di kawasan pantai tu sampai esok pagi tanpa khemah dan tanpa selimut. Macam orang hanyut siot!

Esoknya lepas bangun tidur kitaorang kemas-kemas sikit apa yang patut kemudian pergi bersarapan dekat kedai di kawasan sekitar tu. Brader ni ikut sekali. Hampeh gak rasanya.. dia makan pun kitaorang bayarkan. Lepas sarapan aku terjumpa sorang member lama aku yang memang tinggal kat Air Papan. Yang aku pelik sangat member  aku ni boleh pergi tegur brader polis tu macam kawan-kawan jee. Lepas tu aku tarik member aku tu ketepi dan try tanya dia siapa brader tu. Ya Allah! jawapan dia bagi sungguh menggelegakkan hati aku ” Owh.. itu Adi, dia tu budak sini.. bukan betul sangat.. selalu dia main-main kat kawasan ni“  Perghh!! Bangsat! Bila aku cerita benda ni kat member-member aku yang lain.. semua rasa macam nak  silambam jee tulang rusuk si Adi ni. Menyusahkan betul. Nak berkawan cakaplaa.. Hantu betul! patutlaa masa tunjuk id tu laju semacam sampai tak sempat aku tengok betul-betul.

Lepas tu dia masih join kitaorang untuk pasang balik khemah kat kawasan yang aku lepak sebelum tu . Dia buat macam takde apa jee yang berlaku semalamnya.. Hati kitaorang yang membengkak ni tuhan saja yang tahu.. tapi cuba memahami kekurangan dia cuma terfikir juga.. camnelaa kitaorang yang bersekolah sampai tingkatan 5 masa tu boleh mudah-mudah diperbodohkan dengan dia. Adei.. Hampeh punya kenangan..

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Aktiviti Cuti Sekolah : Berkhatan
  2. Rumah Kenangan…
  3. Kenangan Bersolat Jumaat di California

Tags: ,

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 10 Responses to “Kenangan Cuti Sekolah: Camping”

  2. By titan on Dec 1, 2008 | Reply

    ai..terkene juga ko ye.. haha!

    [Reply]

  3. By zaki blogjer on Dec 2, 2008 | Reply

    Ehehehe, w/pun tak betul, tp mcm real eh.

    [Reply]

  4. By ezad on Dec 2, 2008 | Reply

    Wah bahaya juga camtu, kalu ada barang berharga tertinggal, pastu dia suh mmber dia lain rembat..adus

    [Reply]

  5. By farahaznil on Dec 2, 2008 | Reply

    hahahaha..tp best le nuaeman..pengalaman tu…wlupun geram..bila teringt balik kat cerita ni..mesti ko dgn member ko yg pg berkelah tergelak2 ingt memori lama tu..huhhhu..kan best nama nyer tu..ada gak memori yg best utk di ingtkan..hahhaa

    p/s – aku tak penah gi camping pun..nak pg test skali dowh..tp dgn sape..kwn prmpn ni leceh la bab2 gi camping ni..tu yg tak best tuh..huhuhuhuh

    [Reply]

  6. By KampungBoy on Dec 2, 2008 | Reply

    Nasib bek kat tempat aq xde yang cmni….tapi tula kengkadang bnda cmni kita tak jangka pun.

    KampungBoy’s last blog post..Percuma!! Ebook Panduan Lengkap Bisnes TDTone

    [Reply]

  7. By nuaeman on Dec 3, 2008 | Reply

    nak buat camna.. terer mamat tu bikin ayat.. apapun pengalaman beharga untuk aku..

    [Reply]

  8. By nuaeman on Dec 3, 2008 | Reply

    Dia bukan tak btul cuma mungkinlaa kurang pelajaran tapi boleh plan buat benda camtu cukup terancang sekali.. phew..

    [Reply]

  9. By nuaeman on Dec 3, 2008 | Reply

    Haa.. itu memang merisaukan.. tapi pelik jugak dia plan buat benda-benda tu sorang jee terer gak eak..

    [Reply]

  10. By nuaeman on Dec 3, 2008 | Reply

    Haah bila diingat balik memang bikin gelak je.. lagilaa kalau ingat cerita-cerita yang mamat tu citer kat aku semua malam tu.. huhu hampeh tul..

    [Reply]

  11. By nuaeman on Dec 3, 2008 | Reply

    Sememangnya tak disangka langsung.. haha

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge