Jom Tarawih!
Ditulis pada August 24, 2009 – 12:02 pm | Oleh nuaeman Share
Satu lagi ibadah yang tak akan kita lupakan bila memasuki bulan Ramadhan ini ialah solat sunat tarawih. Kalau malam-malam awal seperti sekarang biasanya solat tarawih seakan satu ibadah wajib untuk ramai orang bilamana surau-surau dan masjid-masjid penuh dengan jemaah sehinggakan sesetengah tempat sampai tak jumpa parking! Alhamdulillah andaikata keadaan ini berterusan sehingga akhir Ramadhan dan diikuti pula pada bulan-bulan seterusnya tetapi yang biasa berlaku ianya hanya mampu kekal sehingga pertengahan Ramadhan kerana pada masa itu persedian menyambut Syawal pula mengambil alih sebagai kepentingan utama. Bercerita tentang solat tarawih ada beberapa kenangan yang masih terpahat dalam ingatan aku sehingga kini dan mungkin ada dikalangan kita yang turut merasai pengalaman yang sama seperti aku.
Nak jumpa bidadari Syurga
“Tarawih tak semalam?” soal Usin teman sekampung.
“Malam tadi taklaa, ada cerita best kat TB.. hehe..” jawab aku selamba
“Emm.. rugilaa malam tadi siapa buat akan dapat bidadari dari syurga..” sambung si Usin lagi
“Laa ye ke..? takpelah.. dah pegi dah malam pertama ari tu.. masa tu diampunkan dosa-dosa… kira oklaa”
Beginilah gaya aku dan kawan-kawan bersolat tarawih pada zaman kecik-kecik dulu. Sebelum fadhilat solat tarawih yang 30 hari tu diputuskan tak betul oleh Jabatan Agama risalahnya kerap akan ditampal pada masjid dan surau setiap kali bulan Ramadhan malah ada juga cikgu-cikgu yang edarkannya di sekolah. Hampehnya je kan solat Tarawih sebab nak layanan bidadari dari syurga.. masuk syurga pun belum tentu!
8 atau 20 ? mana yang express?
“Malam ni kita pegi Tarawih dekat Surau Siapu, sana buat 8 rakaat je.. imam plak bas express”
Ini merupakan kriteria yang aku dan teman-teman sekampung letakkan dalam memilih lokasi untuk bertarawih. Jauh sikit tak jadi masalah, kitaorang pergi dengan basikal. Lagi laju imam tu lagilah kami suka sebab itu dapat gelaran imam bas express! Kalau dulu ada surau yang buat 8 rakaat tapi sekarang semua tempat dah laksanakan tarawih 20 rakaat beserta 3 witir cuma makmum jelah yang buat pilihan. Kebiasaannya ramai akan buat 8 rakaat sahaja sebagaimana masjid ditempat aku bersolat sekarang yang mana pada peringkat awal dapatlah sehingga 12 saf penuh tetapi lepas rakaat ke 8 hanya tinggal 4 saf sahaja. (Yang lain ikut sunnah agaknya.. sambung buat di rumah…:) )
Tersungkur tanpa rela
Aku akan ingat peristiwa ni setiap kali Ramadhan. Lokasinya adalah di Masjid Bandar Baru Uda. Berlaku semasa awal Ramadhan jugak. Seperti biasa aku akan ambil saf depan untuk bersolat. Entah kenapa malam tu aku terasa terlalu mengantuk tetapi aku cuba juga kawal. Tahan punya tahan sampai aku sendiri tak sedar apa-apa sehingga bilamana aku tersungkur kedepan oleh sebab telah dibuai lena barulah aku terjaga. “Camna boleh lena ni.. aduh..!” Memang sah sah laa solat aku terbatal tapi bila dah berada di saf depan aku nak lari kemana maka bangunlah aku seperti biasa ikut imam macam orang tak bersalah sehinggalah rakaat tu selesai. Lepas imam memberi salam sahaja aku tak tunggu lama untuk pergi basuh muka di bilik air. Malu..den! MALU!
Cukuplah letak 3 peristiwa ni.. banyak-banyak nanti bosan lak nak baca. Kita sambung Ramadhan akan datanglah kalau berkesempatan jumpa lagi. Kalau ada pengajaran dari kisah-kisah aku ni ambillah dan sekiranya tiada jadikan sahaja bacaan ringkas sebelum masuk waktu berbuka..
Salam..
Entri Berkaitan:






11 Responses to “Jom Tarawih!”
By megat on Aug 24, 2009 | Reply
sweet memory, tiba-tiba teringat juga kenangan lampau ketika dlm bulan puasa.
ada kenangan pahit, manis, kelakar dan memalukan. tapi semua itu bakal menjadi memori indah untuk disimpan/ boleh tersenyum sengsorang.
[Reply]
By fikri{dot}com on Aug 24, 2009 | Reply
ahakz… aku slalu buat 8 je… kalo rajin, br buat lebih
[Reply]
By Kak Tie on Aug 25, 2009 | Reply
Kak Tie ni teringin nak solat terawih di kampung suami…tak sabor2 nak balik lusa, hehe…
[Reply]
By Kak Long on Aug 25, 2009 | Reply
Mengimbau kenangan lama…
Banyak cerita menarik masa Tarawih ini kan..
[Reply]
By MyDailyBlog.Info on Aug 26, 2009 | Reply
ngantuk sampai tersungkur,jgn sampai menguap kuat – kuat sudahlah…
p/s: mana ko ambik gambar tue? kiut sungguh budak lelaki tue huhuhuhu
[Reply]
By nuaeman on Aug 26, 2009 | Reply
Benda-benda tu semua tak boleh diulang tayang tapi sememangnya buat diri ini tersenyum sensorang.. dah terlalu jauh meninggal zaman kanak-kanak rupanya..
[Reply]
By nuaeman on Aug 26, 2009 | Reply
Alhamdulillah.. oklaa 8 pun.. yang penting tertib..
[Reply]
By nuaeman on Aug 26, 2009 | Reply
waa arini laa baliknya ye kak tie.. apa yang best tu agaknya..?
[Reply]
By nuaeman on Aug 26, 2009 | Reply
Kalau dihimpun-himpun memang banyak kak long.. manis sangat kenangan-kenangan tu rasanya..
[Reply]
By nuaeman on Aug 26, 2009 | Reply
Tapi tersungkur tu dah kira teruk gak.. hahaha..
gambar tu ihsan pakcik google..
[Reply]
By samdaddycool on Aug 27, 2009 | Reply
terkekek-kekek aku gelak baca part ko tersungkur nih!
[Reply]