Harapan Anak Mersing…
Ditulis pada August 18, 2010 – 11:21 am | Oleh nuaeman Share
Paparan di atas adalah salah satu catatan pada dinding Facebook saya kelmarin yang di sampaikan oleh seorang rakan sekampung. Besar pengharapannya tetapi mampu digapai jika diusahakan dengan sebaiknya.
Memperkenalkan Mersing? Saya rasa Mersing memang sudah dikenali cuma kerapkali di bayangi oleh keindahan Pulau-Pulau persekitarannya lalu nama Mersing menjadi samar-samar diingatan pelancong serta pengunjung. Mersing hanya dikenali sebagai pekan persinggahan untuk ke Pulau-Pulau yang berhampiran dengannya walhal di Mersing sendiri ada pelbagai lokasi menarik yang juga mempunyai keunikkan tersendiri. Maka itu menjadi tanggungjawab anak-anak Mersing untuk memperkenalkannya..
Aku Anak Jati Mersing
Anak Jati jika dirujuk pada kamus dewan memberi maksud seseorang yang dilahirkan dan biasanya dibesarkan di sesuatu tempat (kampung, negeri dan sebagainya). Maka dengan itu rasanya saya memenuhi kriteria tersebut. heh!
Saya dilahirkan serta dibesarkan di Kampung Makam, Mersing. Daerah kecil ini memang banyak menyimpan kenangan-kenangan manis di dalam hidup saya. Rumah saya berhampiran dengan pantai dan ayah saya pula pernah menjadi nelayan pada satu ketika, jadi bolehlah dikatakan saya juga seorang anak laut. Sebagai anak laut kaki ini telah merasa bermain lumpur dan selut di persisiran pantai Mersing untuk mencari hasil laut seperti kepah, barai, kerang, gonggong dan pelbagai lagi. Adalah satu perkara biasa bagi saya untuk menghabiskan masa di tepian sungai mencari siput sedut serta membento ketam bangkang. Pernah merentasi terik mentari demi memburu belangkas di laut dan kemudiannya dibakar di bawah pohonan ketapang. Ah! Rindu sekali dengan kenangan-kenangan itu.
Perhentian bas lama (Kredit gambar: Group FB Anak Mersing)
Diri ini pernah bersesak-sesak di dalam Omni bus yang merupakan satu-satunya perkhidmatan Bas untuk ke bandar Mersing dengan bayaran tambang 20 sen satu ketika dahulu. Hati ini pernah berdebar-debar waktu menaiki sampan bersama mak dan abah untuk melintasi sungai yang memisahkan jeti di kampung tanjung dengan pasar lama Mersing. Emm.. Terlalu banyak kenangan yang tersimpan disini…
Mersing macam Hollywood!
“Wah Mersing nanti jadi macam Hollywood..” kata seorang teman
” Eh! kenapa pula? ” soal teman yang lain.
” Diorang nak buat tulisan atas bukit.. alah macam dekat Hollywood tu..”
Kredit gambar ( Group FB Anak Mersing)
Betapa terujanya saya dan teman-teman sekolah waktu dijalankan usaha mengindahkan Bandar Mersing dengan pelbagai mercutanda ketika awal 90-an dahulu. Mercutanda-mercutanda itu menambah keunikkan kepada bandar Mersing hingga menerbitkan rasa bangga pada diri anak-anak kelahirannya. Ada sebahagian mercutanda yang masih kekal terutamanya tulisan mersing di atas bukit itu yang mana dapat dilihat dengan jelas apabila sampai ke bandar Mersing manakala ada juga beberapa mercutanda yang sudah diganti dengan yang lain.
Mersing tempat Jin bertendang?
“Ahh Mersing…? Ini tempat jin bertendang!”
Pernah terbit kata-kata ini di kalangan mereka-mereka yang terpaksa tinggal di Mersing apabila ditempatkan bekerja disini . Mersing dahulunya dikenali sebagai sebuah daerah kecil yang tidak punya apa-apa. Bandarnya mati, entah apa yang mampu diharapkan dari wilayah ini. Walaubagaimanapun bagi anak-anak Mersing kami tidak pernah sekelumit merasakan sebegitu.
Ada impian di hati anak-anak ini untuk melihat tanah tumpah darahnya membangun dan ianya terbukti kini apabila Mersing sedikit demi sedikit berubah wajah hinggakan terbit pula rasa rindu pada tempat-tempat lama yang sudah tidak wujud lagi sekarang. Saya harap beberapa kawasan yang boleh dijadikan khazanah janganlah pula terus dihapuskan. Walaupun kita inginkan pembaharuan tidak bermakna kita harus melupakan terus khazanah lama.
Satu perkara yang menjentik hati saya berkenaan pembaharuan-pembaharuan di Mersing ini ialah berkenaan jalan sehala. Memang tujuannya untuk kemudahan tetapi kadangkala agak memeningkan kami yang sekali-sekala pulang ini.
Harapan Anak Mersing…
Setiap anak-anak Mersing punyai harapan mereka tersendiri. Saya bangga melihat Mersing semakin maju tetapi saya tidak mahu melihat generasi anak-anak Mersing menjadi mundur oleh kerana budaya hedonisme yang semakin menular. Jika boleh, pembangunan material itu biarlah seiring dengan pembangunan spritual anak-anak kelahirannya. Saya sedih melihat ada anak-anak muda yang bersikap kurang ajar ketika saya pulang kesana.
Saya juga berharap semakin banyak peluang pekerjaan diwujudkan di Mersing. Ketika pulang ke kampung baru-baru ini, terlihat oleh saya bangunan baru di tapak perhentian bas lama yang katanya akan diwujudkan Politeknik. Jika benarlah pengkhabaran yang saya terima itu, tahniah saya ucapkan untuk anak-anak Mersing.
Banyak sebenarnya yang mahu disingkap pada tanah kelahiran saya ini. Mungkin dapat dikongsikan lagi pada entri-entri akan datang ataupun mungkin juga dapat diwujudkan satu blog khas untuk itu.
Bagaimana bro Kamal?
Akhir kata, selamat maju jaya kepada anak-anak Mersing…
Entri Berkaitan:
- Dari Mersing ke Madinah… (1)
- Eksklusif : Nuaeman, isteri dan anak-anak
- Kematian anak : Antara dugaan hidup paling besar
- Dari Mersing ke Madinah.. (2)
- Untuk Anak-Anakku..
Tags: anak mersing, bandar mersing, Harapan anak mersing, perhentian bas mersing







20 Responses to “Harapan Anak Mersing…”
By Shukor on Aug 18, 2010 | Reply
Mersing best, dulu masa kecik2 selalu lepak kat Mersing…2 minggu sekali sebab ikut abah kerja kat sana.
Shukor recently posted..SBD- Teknik Review – Buat Duit Dengan Affiliate
[Reply]
nuaeman Reply:
August 19th, 2010 at 7:01 am
Wah.. kiranya ada bau bau bacang jugaklaa dengan Mersing ni.. hehe..
[Reply]
lowongan kerja Reply:
September 4th, 2010 at 11:38 am
mmm tak dirawat lagi ke mersing tu?
[Reply]
By kamal on Aug 18, 2010 | Reply
Bro, inilah pertama kali ada blog yg membicarakan isi hati anak Mersing! Tahniah !Bravo!
[Reply]
nuaeman Reply:
August 19th, 2010 at 7:02 am
Terima kasih bro kamal.. kita usahakan bersama-sama menaikkannya ya..
[Reply]
By life4hire on Aug 18, 2010 | Reply
aku pn dh lupa aku pernah smp mersing atau tidak…yg plg aku ingat..lagu seri mersing la..hehe
papehal pon…setengah2 benda patut dikekalkan begitu..biar la tempat lain membangun giler2..aku lg suka tempat asal aku still cam skang ni…lg best !
life4hire recently posted..Istiadat Konvokesyen UM
[Reply]
nuaeman Reply:
August 19th, 2010 at 7:04 am
Aduh.. lama betul aku tak nampak kau bersuara Yam.. mana kau menghilang? Si kecil calister apa cerita..?
[Reply]
By samdaddycool on Aug 19, 2010 | Reply
Lama dah tak pergi Mersing.. ada dekat 17 tahun rasanya.. Mesti dah terlampau banyak bezanya.
samdaddycool recently posted..Koleksi Tudung Lycra jalur – Thai Silk awning
[Reply]
nuaeman Reply:
August 20th, 2010 at 9:29 am
Raya ni datanglaa.. boleh pergi rumah aku..
[Reply]
samdaddycool Reply:
August 21st, 2010 at 2:22 am
Kalau ada rezeki, ada ketentuan Allah.. mana tau aku ke Mersing raya tahun ni?
samdaddycool recently posted..Koleksi Tudung Lycra jalur – Thai Silk awning
[Reply]
By samdaddycool on Aug 19, 2010 | Reply
Warna teksi kat sana memang biru muda tu ke? atau tu memang teksi dari Muar??
samdaddycool recently posted..Koleksi Tudung Lycra jalur – Thai Silk awning
[Reply]
nuaeman Reply:
August 20th, 2010 at 9:28 am
Warna teksi dekat sini pun lebih kurang jugak Sam.. rasanya kat kota tinggi pun sama..
[Reply]
samdaddycool Reply:
August 21st, 2010 at 2:22 am
oo.. sama la tu satu Johor.. (JB lain kot??)
samdaddycool recently posted..Koleksi Tudung Lycra jalur – Thai Silk awning
[Reply]
By Shaffik on Aug 19, 2010 | Reply
Mad, Aku pun sekarang selalu ke bandar mersing. Semenjak bapa mertua aku berpindah ker Tenggaroh, aku selalu juga ke bandar Mersing. Yang tak pernah dilupakan bila sampai di bandar Mersing adalah Keropok-keropoknya. Memang best. Dengan sambal-sambalnya sedap…
[Reply]
nuaeman Reply:
August 20th, 2010 at 9:31 am
Kira ko pun sebahagian dari Mersing jugak.. hehe wife kau orang Mersing kan?
Keropok Mersing boleh dikatakan antara yang bagus jugaklaa sebab banyak ikan daripada kanji tetapi kene tengok tempat jugak sebab sekrang ramai dah buat perusahaan keropok.
[Reply]
By zaharah on Aug 19, 2010 | Reply
wahhh…terharu dan teruja membaca nukilan diatas,seblom ni memng nama mersing hanya bayangn pada pulau disekelilingnya..
memng besar harapan anak mersing pada daerah yg kecil ni…
terimakasih kepada kamal mohd kerana mewujudkan ruangan “ank mersing”
[Reply]
nuaeman Reply:
August 20th, 2010 at 9:32 am
Ya, perlu berterima kasih kepada bro Kamal Mohd yang mewujudkan Anak Mersing di FB
[Reply]
By krulayar on Aug 20, 2010 | Reply
‘KIAMAT DAN KEADAANNYA’
http://www.scribd.com/doc/36025155/Surat-Kepada-Yang-DiPertuan-Agong-Dan-Mufti-Mufti
[Reply]
By hafizmd on Aug 20, 2010 | Reply
Tak pernah sampai ke Mersing lagi..tapi khabarnye..ramai rakyat jelate terengganu yg berkelana ke sane..
terima kasih kongsi ceritera Mersing ni
hafizmd recently posted..Buah mahkota dewa
[Reply]
nuaeman Reply:
August 20th, 2010 at 4:04 pm
Di Mersing memang ramai orang pantai Timur.. sebab itu dekat sini popular dengan keropek lekor, nasi dagang dan makanan-makanan pantai timur yang lain..
Bawahlah keluarga mai sini.. dah banyak dah chalet disediakan untuk pengunjung
[Reply]