Dari Mersing ke Madinah… (3)


Ditulis pada July 7, 2010 – 4:59 pm | Oleh nuaeman
Share

” Kita nak kemana dulu ni ? ” tanya salah seorang jemaah setelah turun dari Bas apabila kami sampai di KLIA

” Emm.. kita naik atas teruslah, Aras 5. Sana ada tandas dengan Surau. Aras bawah ni tak nampak pulak tandasnya ” jawab abang Din, salah seorang anak Pak Su Awang yang ikut mengantar kami ke KLIA.

Dengan itu kami semua mula mengeluarkan segala beg-beg yang telah dibawa daripada perut Bas dan diletakkan pula pada troli yang disediakan di KLIA, kemudian terus bergerak bersama-sama ke Aras 5. Sebagaimana yang kita tahu KLIA itu bukannya kecil jadi bagi kami yang jarang kesini, berpusing-pusing juga dibuatnya untuk mencari dimana letaknya Surau walaupun telah ada penunjuk arah. Nasib baik ada petugas disitu memberitahu satu petanda untuk memudahkan pencarian kami iaitu kedudukan surau adalah disebelah Pos Malaysia.

Sebaik sahaja kami sampai dihadapan surau, waktu solat subuh telah mula masuk jadi hampir semua jamaah mengambil kesempatan untuk membersihkan diri terlebih dahulu dan kemudiannya baru mendirikan solat subuh berjemaah. Usai solat subuh masing-masing mencari makanan untuk dijadikan santapan pagi.

” Mak dengan Abah nak makan apa?  saya pergi beli ” aku bertanya pada mak dan abah

” Mak rasa nak minum air je.. kenyang lagi rasanya makan nasi dekat pagoh tadi. Cuba tanya abah ni kalau-kalau dia ada nak makan apa-apa ” jawab mak.

Bila bertanya pada abah. Aku dah agak apa jawapannya. Abah hanya menggeleng, macam itulah abah yang jika dibeli juga pun sukar untuk menepati seleranya, sebenarnya abah lebih selesa dengan masakan mak.  Kebetulan pula selepas itu keluarga Pak Su Awang yang mengiringi kami semua membawa bekalan nasi himpit yang agak banyak jadi Abah dengan Mak berasa cukup untuk mereka bersarapan itu sahaja sebagai mengalas perut maka aku hanya perlu belikan air sahaja untuk mereka di cafe yang berdekatan. Sedikit terkejut apabila juruwang memberitahu aku berapa jumlah yang perlu dibayar untuk satu teh o dan  satu nescafe panas. ” Semuanya  RM 22.40 ” Erk! tertelan air liur aku mendengarnya. Ini guna air apa ni?? huh! . Walaubagaimanapun ini semua memang kadar biasa jika di lapangan terbang.

Jam baru menunjukkan pukul 7.30 pagi, masih berbaki 4 jam setengah lagi untuk kami  berada di KLIA. Apabila hampir ke pukul 8 pagi kami semua dipanggil pula bergerak ke bahagian ‘check in’ kerana Encik Ahmad Radhi, wakil dari syarikat Fitrus Travel akan menunggu kami di sana . Fitruss Travel merupakan syarikat ‘travel and tours’ yang bertanggungjawab dalam menguruskan penerbangan kami ke Mekah dan Madinah. Berdasarkan jadual yang telah diberikan, para jamaah akan menaiki pesawat Garuda Airlines jadi tidak hairanlah jika kami perlu transit dahulu di Jakarta nanti.

Kira-kira jam 10 pagi, Encik Ahmad Radhi mengarahkan semua jamaah pergi ke kaunter ‘check in’ di lorong A. Ketika itu mak sudah mula letih. Aku cuba dapatkan kerusi roda untuk mak tetapi petugas di kaunter pertanyaan itu mahu aku memulangkan semula kerusi roda setelah digunakan kerana kerusi roda disitu disediakan hanya untuk kegunaan ‘internal’ sahaja. Tiada masalah jika mahu gunakan disekitar itu  yang mana  peminjam hanya perlu tinggalkan kad pengenalan di kaunter tetapi ianya menjadi masalah untuk aku kerana bagaimana untuk aku pulangkan kembali kerusi roda tersebut kerana aku juga perlu menaiki pesawat bersama mak?

Menurut petugas di kaunter pertanyaan sekiranya perlukan perkhidmatan kerusi roda sehingga ke kapal terbang, penumpang perlu laporkan kepada pihak ‘Airlines’ dan kita dikehendaki mengisi satu borang ringkas berkenaan penumpang yang ingin menggunakan kerusi roda tersebut. Tujuannya ialah supaya apabila kita sampai ke destinasi yang ingin kita tuju itu nanti ada petugas disana yang akan menunggu dengan kerusi roda juga untuk memudahkan penumbang terbabit.

Dengan bantuan Encik Ahmad Radhi, aku berjaya dapatkan kerusi roda untuk mak. Bukan kerusi sahaja malah pembawa kerusi roda juga disediakan oleh pihak ‘Airlines’. Sebenarnya servis itu bukan untuk aku sahaja malah di mana-mana lapangan terbang juga menyediakan perkhidmatan yang serupa. Syukur urusan di KLIA selesai. Lebih kurang jam 12.00 tengahari semua jemaah telah berada di dalam perut ‘Garuda’ dan hanya menunggu masa untuk dibawa terbang ke tanah jawa sebelum menjejakkan kaki ke tanah haram.

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Dari Mersing ke Madinah… (4)
  2. Dari Mersing ke Madinah.. (2)
  3. Dari Mersing ke Madinah… (1)
  4. Bahang Madinah Mula Terasa..
  5. Menuju ke Masjid Nabawi

Tags: , , ,

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 7 Responses to “Dari Mersing ke Madinah… (3)”

  2. By Johor Bahru Guy on Jul 8, 2010 | Reply

    Baguslah tu Amat…ko ni memang insan dan anak yang baik…Aku happy syukur ada kawan macam ko.
    Johor Bahru Guy recently posted..Diabetes Disease

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Takde ape sangatlah yang aku buat bro.. hanya laksanakan tanggungjawab sahaja..

    [Reply]

  3. By Nadri on Jul 8, 2010 | Reply

    bagus bro..sifat tu patut dicontohi oleh anak2 yg lain termasuklah diri aku sendiri..moga org tua bro selamat pergi & selamat pulang..agaknya bila kita berpeluang utk ke sana yaa bro???
    Nadri recently posted..Hukum Melabur Dalam ASB -amp ASN

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Insya_Allah jika sudah berniat tu Allah permudahkan untuk bro sampai ke sana.. saya juga berhajat untuk pergi lagi sekali dengan membawa isteri.. mana tahu kalau kita boleh pergi bersama-sama pulak dalam satu jemaah..

    [Reply]

  4. By hafizmd on Jul 9, 2010 | Reply

    satu caontoh terbaik..moge saye juge mampun mencurah bakti buat ibu bapa..ameen

    p/s – masa transit di bahrain, terserempak dgn ramai rakyat malaysia bali dari umrah..sungguh meriah..
    hafizmd recently posted..Awasi pendapatan online kita

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Moga hasrat dihati itu tertunai.. saya seperti teringin pula kalau dapat pergi dengan kawan2 blogger dalam satu jamaah.. kita kongsi pengalaman bersama.. ok tak? :)

    [Reply]

  5. By samdaddycool on Jul 9, 2010 | Reply

    “satu teh o dan satu nescafe panas. ” Semuanya RM 22.40″ … kalau ada rombongan sekolah dari pedalaman ke KLIA.. mau pitam budak2 tu bila beli air..
    samdaddycool recently posted..SMS minta maaf tak semuanya terjawab

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge