Dari Mersing ke Madinah.. (2)


Ditulis pada July 6, 2010 – 7:37 am | Oleh nuaeman
Share

Gambar RNR Pagoh : Ihsan bacteria82.blogspot.com

” Mekah sekarang tak macam dulu Pai, hotel-hotel yang dekat dengan Masjidil Haram semua dah takde lagi. Kerajaan Arab Saudi nak buat baru. Jadi kita nanti mungkin duduk hotel yang jauh sikit ” cerita Pak Su Awang.

Alhamdulillah Pak Su Awang dikurniakan kegagahan untuk mengharungi dugaan yang menimpanya sehari sebelum kami berangkat. Jika melihatkan pada keadaannya malam itu, ramai mungkin tidak sangka orang tua berusia 87 tahun ini telah disengat berpuluh ekor tembuan semalamnya. Kebetulan pula aku duduk bersebelahan dengan Pak Su Awang di dalam Bas. Dia banyak bercerita tentang pengalamannya di tanah suci sebelum ini.

” Pok Su pun macam Ayah dengan Mok mu.., kalau boleh nak bawaklah abang Ju tu ikut sekali, boleh dia tolong-tolong Pok Su kat sana nanti. Mana tahu kalau Pok Su tak larat nak tawaf dengan Saie ke, boleh mintak bantuan dia” Pak Su Awang meluah rasa ketika bas sudah mula jauh meninggalkan Mersing. Mungkin kita juga esok-esok macam itu, mengharapkan jika boleh ada anak-anak yang sudi menjadi peneman kita untuk kesana.

” Habis dia tak mahu ikut..? ” aku membalas pendek

” Tak tahu Pok Su nak cakap, Pok Su dah kata dah, duit tambang dengan belanja semua Pok Su bagi tapi dia berkeras tak mahu pegi juga nak buat macammana. Dia kata dia nak pegi guna duit dia sendiri. Cuma Pok Su tengok tadi masa dia hantar Pok Su ke surau, air muka dia macam terkilan sebab tak ikut sekali, emph.. takpelah Pai, Pok Su rasa insya_Allah Pok Su kuat lagi nak berjalan ni.. tapi kita tak  tahu bila dah sampai sana nanti macammana pula “

Aku terus menjadi peneman untuk Pak Su Awang berkongsi cerita sehinggalah bas hampir sampai ke Kluang aku terlelap dan aku sedar semula apabila Bas berhenti di RNR Pagoh. Kedudukan RNR ini tinggi, kasihan aku melihatkan mak yang beberapa kali berhenti ketika mendaki anak tangga untuk naik ke atas. Faktor usia dan juga keadaan fizikal mak membuatkan dia cepat semput. Oleh kerana itu, aku tidak putus-putus berdoa moga mak dipermudahkan untuk melaksanakan ibadah umrah nanti. Berbeza pula dengan abah yang kelihatan masih gagah untuk membawa diri walaupun usianya jauh lebih tua daripada mak.

Di RNR pagoh semua jemaah mengambil kesempatan untuk membuang air serta mengisi perut yang mungkin terasa kosong setelah beberapa jam duduk di dalam Bas. Ketika mahu membawa mak turun baharu aku perasan rupanya ada disediakan kemudahan eskalator dibahagian tengah RNR tersebut. Sekiranya aku tahu lebih awal tidak payahlah susah-susah mak mendaki tangga. Huh!

Bas menyambung kembali perjalanan ke KLIA selepas kira-kira 40 minit kami berehat di RNR Pagoh. Kali ini bas memecut agak laju dan aku dapat jangkakan yang kami semua mungkin akan tiba lebih awal ke KLIA. Sedang ramai mula dilamun mimpi, maklumlah perut juga sudah terisi ketika berhenti sementara di RNR Pagoh, tiba-tiba semua dikejutkan dengan satu jeritan.. ” ARGHHHHHH!!! “

Lantas aku terus tersedar lalu memegang bahu abah. Memang abah yang menjerit. Ada sebahagian penumpang yang masih terpinga-pinga bangun dari lena dan bertanya ” kenapa? , kenapa ? ” . Aku senyum sahaja sambil memberi jawapan. ” Abah terngigau, jarang abah ngigau.. tak sangka pulak boleh jadi kat sini. Takde apelah..  semua OK ” jawab aku sambil mengurut belakang abah. Semua jemaah lega kembali dan ada yang menyambung kembali tidur yang terganggu sebentar tadi.

Kira-kira 4.40 pagi kami sudah hampir sampai ke KLIA. Hajat di hati hendak berehat dan bersolat di sebuah Masjid yang jelas kelihatan di seberang jalan. Pemandu Bas dengan yakin melalui jalan yang mungkin menuju ke Masjid tersebut kerana kami semua pun nampak sudah semakin hampir tetapi apabila sudah tiba di pintu pagar kami semua pelik mengapa pintu pagar Masjid dikawal ketat. Bila dilihat betul-betul rupa-rupanya jalan yang dilalui itu adalah menuju ke Balai Polis yang kedudukannya bersebelahan dengan Masjid. Ceh!

Walaupun begitu kami tetap tidak dapat bersolat di Masjid tersebut oleh sebab pintu pagarnya yang ‘besar’ masih terkunci. Dengan itu, kami sebulat suara mengambil keputusan untuk teruskan sahaja perjalanan ke KLIA yang sudah tidak jauh lagi sebenarnya. Tidak sampai sepuluh minit selepas itu kami akhirnya selamat tiba di KLIA.

Syukur, selamat sudah satu perjalanan tetapi untuk sampai ke tempat yang dituju kami perlu pula menaiki pesawat yang dijadualkan pada jam 12.00 tengahari. Masih ada tujuh jam lagi untuk aku dan para jamaah lain menghabiskan masa di KLIA.

Fuh! Jauh lagi perjalanan…

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Dari Mersing ke Madinah… (3)
  2. Dari Mersing ke Madinah… (1)
  3. Dari Mersing ke Madinah… (4)
  4. Bahang Madinah Mula Terasa..
  5. Harapan Anak Mersing…

Tags: , ,

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 7 Responses to “Dari Mersing ke Madinah.. (2)”

  2. By fiezaradzi on Jul 6, 2010 | Reply

    seronok pulak baca kisah perjalanan ni.. nape anak pa su tu tak ikut?? lau saya de peluang camtu, mesti ikut punyer.. heheee

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Mungkin ada sebab tersendiri.. katanya dia belum bersedia lagi..

    [Reply]

  3. By Johor Bahru Guy on Jul 6, 2010 | Reply

    Best citer ni…bila nak bersambung ni amat…

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Insya_Allah kalau sempat, akan diupdate hari2.. sedang menulis bahagian 3 dan seterusnya.. :)

    [Reply]

  4. By hafizmd on Jul 9, 2010 | Reply

    jauh perjalanan tu..kena tunggu kat klia 7 jam lagi..tapi saye yakin..ini semua satu halangan kecil demi sebuah sahutan yg cukup besar..
    hafizmd recently posted..Awasi pendapatan online kita

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Ya.., sesuatu pengalaman yang cukup mahal..

    [Reply]

  5. By samdaddycool on Jul 9, 2010 | Reply

    7 jam kena lepak kat KLIA… memang lebam. kalau semuanya muda2 takpe juga, sebab ramai yang kategori warga emas, memang mencabar.
    samdaddycool recently posted..SMS minta maaf tak semuanya terjawab

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge