Dari Mersing ke Madinah… (1)


Ditulis pada July 5, 2010 – 7:08 am | Oleh nuaeman
Share

” Pak Awang tak tahu lagi boleh pergi ke tidak esok ” abah bersuara sebaik masuk ke dalam rumah.

” Kenapa pulak? ” soal mak yang agak terkejut dengan pengkhabaran daripada abah.

” Dia kena sengat tembuan, banyak pulak tu.., kena tahan kat Hospital sekarang..” jelas abah

“Masya_Allah.. macam-macam hal..”

Sehari sebelum berangkat, aku dan orang-orang kampung dikejutkan dengan berita Pak Su Awang yang disengat tembuan waktu berkebun. Risau juga kalau-kalau dia terlepas untuk pergi ke tanah haram bersama kami, lagipun orang yang bertanggungjawab menguruskan urusan passport dan visa bagi jemaah dari Mersing adalah keluarga beliau jadi agak terkilan jugalah andaikata dia tidak dapat mengikut sama. Cuma aku teringat peristiwa abah pernah disengat tembuan tanah 4 tahun lalu.Sepertimana Pak Su Awang, abah ditahan di wad juga tetapi hanya sementara sahaja dan paling memeranjatkan aku, esoknya abah sudah boleh keluar berkebun. Pak Su Awang itu juga orang yang suka bertani seperti abah jadi aku harap dia juga ditahan tidak lama serta mampu untuk bersama-sama kami ke tanah suci.

Sebagaimana yang diharapkan, mungkin juga berkat doa orang-orang kampung Pak Su Awang dilepaskan oleh pihak Hospital keesokkan harinya. Aku ambil kesempatan untuk melawatnya sebelum masuk waktu Zuhur.

” Macammana Pok Su? ” soal aku

” Macam ni lah Pai, Pok  Su rasa macam dah tak boleh pegi dah, banyak Pok Su kena sengat, tangan Pok Su semua bengkak lagi ni..”

” Sama macam abah laa dulu.., tapi alhamdulillah.. lebih kurang macam Pok Su juga, kena tahan tak lama..”

” Abah mu dulu tak banyak..” kilas Pak Su Awang

” Tak banyak, tak banyak pun.. abah dulu kena tembuan tanah.. ikutkan lagi teruk.. tapi tak kisahlah tu.. rasa ok tak nak pegi malam ni? “

” Dah balik ke rumah ni, pergilah.. Mujur Pok Su kenal doktor tu.. dia yang lepaskan Pok Su balik..” terang Pok Su, lega

” Cuma saya nak pastikan lagi sekali ni, pukul berapa sebenarnya kita nak berangkat naik bas, mula-mula dulu kata pukul 10 malam, lepas tu saya dengar pukul 3 pagi, ada pula yang cakap pukul 12.00 malam ” soal aku yang masih keliru tentang jadual bas berangkat dari Mersing untuk ke Kuala Lumpur kerana kami akan menaiki pesawat dari KLIA.

” ooo.. dah confirm dah.. pukul 11.45 malam nih..” Abang Is, menantu Pak Su Awang yang kebetulan berada disitu memberitahu.

” Hah, Oklah kalau macam tu.. “

Aku meninggalkan rumah Pak Su Awang sebaik sahaja azan zuhur berkumandang. Melihatkan keadaannya yang sudah beransur pulih aku yakin dia akan turut sama bersama kami untuk berangkat malam nanti. Jika Allah telah izinkan dia untuk pergi, insya_Allah tiada apa yang akan menghalangi cuma itu mungkin sekadar ujian untuk beliau sebelum sampai kesana.


Di rumah, keadaannya boleh tahan sibuk, seolah-olah hendak menyambut Hari Raya walaupun ada beberapa ahli keluarga aku yang tidak pulang ke kampung kerana sudah pulang seminggu sebelumnya ketika kami membuat kenduri doa selamat. Ada yang masih tolong mengemas beg pakaian mak dan abah. Waktu mengemas itu, mereka cuba mengangkat beg-beg aku dan timbul persoalan ini..

” Apasal beg-beg Ucu ni semuanya berat semacam, dia bawa apa? “

” Penuh buku tu, dia kata nak membaca kat sana nanti ” isteri aku tolong memberi jawapan bagi pihak aku

” Aii, ada masa ke nak membaca kat sana? “

” Takdelah, saya bawa sahaja, manalah tahu, dalam kapal terbang boleh juga membaca kemudian masa kat sana nanti kalau ada masa untuk baca, saya bacalah. Lebih baik saya bawa dari bila dah berada kat sana nanti rasa rugi pula tak bawa. lagipun pergi Umrah kan.. kalau buat haji, tidaklah saya bawa buku banyak macam ni ” aku cuba jelaskan, lagipun buku-buku yang aku bawa berkaitan agama dan ibadah.


Ammar kelihatan girang bermain dengan sepupunya yang lain ketika kami sibuk membuat tanda pada beg-beg kepunyaan aku, mak dan abah. Tanda-tanda itu dibuat bagi memudahkan untuk aku kenal beg-beg kepunyaan kami semua apabila hendak membawa dari KLIA dan yang paling penting apabila sampai di Arab Saudi nanti. Ini perkara biasa untuk mereka-mereka yang mengerjakan Umrah ataupun Haji.

” Kesian Ammar Ayah.., dia seronok sangat main tu.. dia tak tahu apa-apa tu.. dia tak tahu sekejap lagi ayah akan tinggalkan dia..” kata isteri aku ketika melihat Ammar yang aktif bermain dari siang lagi.

” Insya_Allah dia ok ayah rasa, Ibu tu yang kena kuat, alah.. dua minggu saja bu.. pejam celik, pejam celik dah sampai dua minggu.. tapi kalau masa ayah takde nanti.. ibulah kena bacakan Hasbi Rabbi untuk dia ya”

Ada air jernih aku lihat bertakung di kelopak mata isteri, maklumlah kami sekeluarga memang jarang berpisah lama. Ditambah keadaan sekarang dengan anak-anak yang masih kecil. Memanglah suatu yang sukar untuk terus ditelan untuk seorang isteri sepertinya. Walaubagaimanapun ini satu peluang untuk dia belajar sesuatu.

Hampir ke pukul 11.45 aku sekeluarga telah berada di hadapan Surau, menunggu kehadiran Bas yang akan membawa para jemaah ke KLIA. Kelihatan para penduduk kampung yang lain juga hadir untuk menyaksikan keberangkatan kami membuatkan aku teringat memori menghantar penduduk kampung yang hendak mengerjakan haji ketika zaman aku kecil dahulu. Begini jugalah keadaannya.

Dalam beberapa minit, bas yang akan membawa jamaah sampai. Selepas bersalaman dengan adik-beradik aku menghadapi pula isteri dan anak-anak. Ketika memberi kucupan pada mereka semua, Ammar bersuara

” Ibu, ayah nak pegi mana? “

” Ayah nak pergi kerja.. ” jawab si ibu

” Ammar nak ikut ayah..”

” Eh, tak boleh.. Ayah bawa tokmak dengan tok ayah.. nanti ayah balik..”

Setelah menaiki bas, aku memberi lambaian terakhir untuk mereka semua.

Selamat tinggal keluargaku, selamat tinggal kampungku, selamat tinggal Mersing..

Perjalanan ke tanah suci bermula…


Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Entri Berkaitan:

  1. Dari Mersing ke Madinah.. (2)
  2. Dari Mersing ke Madinah… (3)
  3. Dari Mersing ke Madinah… (4)
  4. Bahang Madinah Mula Terasa..
  5. Harapan Anak Mersing…

Tags: ,

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 376 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 12 Responses to “Dari Mersing ke Madinah… (1)”

  2. By mijie on Jul 5, 2010 | Reply

    sesunguh kita nak ke tempat yang baik, Allah akan permudahkannya

    [Reply]

  3. By fiezaradzi on Jul 5, 2010 | Reply

    mmg terasa lau suami tak de.. lebih2 lagi yg selalu bersama2.. insyaallah.. mg selamat..

    [Reply]

  4. By rizzal on Jul 5, 2010 | Reply

    pak awang akhinrnya pergi tak?

    [Reply]

  5. By nuaeman on Jul 6, 2010 | Reply

    Betul sangat tu mijie.. Tuhan itu Maha Adil.. amat memahami kehendak hamba-hambanya..

    [Reply]

  6. By nuaeman on Jul 6, 2010 | Reply

    Apa perasaan puan fieza sendiri ketika ditinggalkan? nak tahu pengalaman dari pihak isteri.. :)

    [Reply]

  7. By nuaeman on Jul 6, 2010 | Reply

    Tunggu Bahagian 2… heheh

    [Reply]

  8. By rizzal on Jul 6, 2010 | Reply

    ini dah macam cerita yusof hasmlam ada part 1 ada part 2

    [Reply]

  9. By nuaeman on Jul 6, 2010 | Reply

    Haha.. ye ke bro..? :)

    [Reply]

  10. By fiezaradzi on Jul 6, 2010 | Reply

    nak tau perasaan isteri ek.. susah gak nak citer.. jom g blog saya

    [Reply]

  11. By hafizmd on Jul 9, 2010 | Reply

    insyaAllah, niat yg baik pasti Allah tunjukkan jalannya..

    setuju juge ngn tulisan bang mad ni;

    “Memanglah suatu yang sukar untuk terus ditelan untuk seorang isteri sepertinya. Walaubagaimanapun ini satu peluang untuk dia belajar sesuatu”..
    hafizmd recently posted..Awasi pendapatan online kitaMy ComLuv Profile

    [Reply]

  12. By samdaddycool on Jul 9, 2010 | Reply

    Niat yang baik, diizinkan Allah..

    [Reply]

  13. By zaharah on Aug 20, 2010 | Reply

    apabila suami melangkah kluar untuk berbuat kebaikan..isteri dirumah akan mendapat habuan baik juga…(redha la..)insyallah..

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled