Blogging dan Cari Kepah: Mana lebih cool?

“Kejap ye.. kejap ye.. letak dulu Baldi tu.. Ucu nak ambil Gambar kepah tu kejap”

“Emm ambil gambar saje Ucu ko ni.. nak masukkan dalam blog laa tuh..”

Heh! tengok.. mak aku yang usia dah menjangkau 70 tahun pun dah mula kenal apa itu blog!

Sekarang ni cuaca tak menentu. Adakala hujan adakala panas.. rasanya banyak hujan jee sekarang. Kalau dekat kampung aku, masa ni boleh dikatakan laut bergelora. Adakala air pasang besar berlaku. Yang seronoknya ketika ni ialah mencari hasil laut di pantai. Bukan ikan, bukan sotong, dan bukan ketam tetapi KEPAH!

Ada sesiapa tahu apa itu Kepah? Biasanya kat bandar-bandar ni orang kenal kerang, kupang dan mungkin juga lala yang bercengkerang cantik tu. Kepah juga lebih kurang spesis-spesis sebegitu. Yang bercengkerang tetapi lebih licin tak seperti Kerang. Separa bulat tetapi tidak lonjong macam kupang. cengkerangnya putih dan ada juga hitam serta perang tetapi tidak bercorak cantik seumpama lala. Isinya manis menurut sesetengah orang. Kalau tanya aku.. rasanya tiada jawapan kerana aku hanya suka mencari tetapi tidak pula memakan.. heh!

Kalau musim tengkujuh kita boleh cari kepah ni timbul di persisiran pantai setelah air pasang besar. Tetapi biasanya tempat tinggalnya adalah di dalam tanah laut yang berlumpur tu. Ada macam-macam cara orang mencari kepah. Ada yang guna gerat. Gerat tu bentuknya simple sangat. Gabungan kepingan aluminum, batang kayu dan tali. Cara gunanya macam orang membajak dan bila terlanggar kepah yang kedudukannya di dalam tanah tu kita akan dengar bunyi ‘klekuk!’. Cara guna macam kat bawah ni.

Bagi sesetengah orang pula suka cari guna parang mereka cocok-cocok kat tanah kalau terasa keras tu mungkin terkena cengkerangnya makna adalah tu…. tapi masa aku pegi baru-baru ni memang best sebab cari guna kaki atau setakat korek-korek tanah pun dah boleh dapat. Ada kepah ada kerang.. tengoklah anak aku serta sepupunya mencari kepah dengan hanya main korek-korek tanah sahaja.. seronok kan?

Mereka ni mengingatkan zaman kecik-kecik aku. Ikut mak dan abah cari hasil di laut. Dari siput sedut, kepah, kerang, gonggong,barai haaa.. banyak kalau nak sebut.. tapi malangnya dari semua tu satu pun aku tak makan. Ini hasil yang kitaorang dapat hari tu… Ada satu lagi baldi.. tiada dalam gambar.

 

Biasanya kepah ni kita orang masak lemak ataupun masak sambal. Aku terlupa nak ambil gambar masakannya. Lain kalilah ye..

Kiranya cari Kepah ni cool juga. Lebih kurang macam blogging jugaklah.. heh!

Nak tengok banyak lagi gambar? boleh kesini.

Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Related posts:

  1. Ucapan Salam di mana-mana “Assalamualaikum!” Ucapan ini diterima sejurus sahaja kami masuk ke dalam Deli...
  2. Ku Cari Damai… “ Ucu! Ammar main kat pasir tak pakai kasut..!”...
  3. Benarkah Perokok itu lebih Hina dari lembu?? Bila Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

9 Comments

  • At 2010.01.11 14:27, titan said:

    hehe. dah lama tak makan kepah..

    • At 2010.01.13 16:34, nuaeman said:

      Ko kat pahang kan.. dah dekat ngan Mersing tu.. datanglaa sana.. aku bawak pegi cari Kepah sekali

    • At 2010.01.11 18:11, samanosuke_04 said:

      Cool beb! Aku memang teringin nak buat keje2 orang kampung cam perah susu lembu ke, mancing ke, bagi makan ayam.. kekadang boring gak asyik duk depan komputer je.. haha!

      • At 2010.01.13 16:40, nuaeman said:

        Bila nak balik .. main games jee ape kelas.. meh kita pegi cari kepah.. hehe

      • At 2010.01.12 17:23, rizzal said:

        huahauhau aku dah blog sendiri

        • At 2010.01.13 16:33, nuaeman said:

          wah.. tahniah bro.. kasi cantek sikit aa..

        • At 2010.01.12 22:51, cyza said:

          Aku rasa kedua-duanya kool depend on mood dan niat…

          • At 2010.01.13 16:33, nuaeman said:

            Haa betull betull

          • At 2010.01.19 22:34, mesticun said:

            nak blogging ke cari kepah? keduanya pun boleh.tak salah pun.

            (Required)
            (Required, will not be published)