Bahang Madinah Mula Terasa..


Ditulis pada July 13, 2010 – 12:11 pm | Oleh nuaeman
Share

” Isyak dulu ke maghrib dulu ” tanya Pak Johari

” Maghrib ” jawab Pak Su Awang

” Eh! Isyak dululah Pok Su ” Tingkah satu suara

” Maghrib…” sekali lagi Pok Su memberi jawapan tegas

” Tetapi kalau kita masuk rumah orang biasanya kita kena hormat tuan rumah.. jadi.. isyak dulu! ” Jawapan daripada Pak Johari meleraikan persoalan lalu kami mulai bersolat jama’ takhir untuk maghrib dan Isyak dengan Pak Johari sebagai imamnya.

Berdasarkan pemahaman aku bagi melakukan solat jama’, biasanya keutamaan diberikan kepada waktu solat pada ketika itu contohnya andaikata kita melakukan jama’ takdim untuk zuhur dan asar maka kita mulakan dengan waktu zuhur terlebih dahulu manakala jika jama’ takhir iaini dilakukan pada waktu asar makanya waktu asar perlu didahulukan. Walaupun ada yang berbeza pendapat tidaklah sampai kami bergaduh semata-mata ingin menegakkan pemahaman masing-masing. Kami bersolat di Surau yang terdapat di Lapangan Terbang Raja Abdul Aziz, Jeddah.

Sebelum itu semua jemaah meletakkan semua beg-beg yang dibawa ke dalam bas terlebih dahulu sebagaimana yang diarahkan oleh Haji Nasir, orang yang bertanggungjawab menguruskan kami di Mekah dan Madinah. Keluar sahaja dari balai ketibaan beliau telah siap sedia menanti kami lalu membawa kami ke arah bas. Satu lagi perjalanan yang perlu ditempuhi iaitu ke Madinah yang mungkin mengambil masa sekitar 7 hingga 8 jam.

Selepas menunaikan solat,masih ada beberapa orang pekerja cleaner di lapangan terbang yang cuba menjual kad prepaid kepada kami. Rakan-rakan mereka jugalah yang menawarkan kad prepaid kepada aku dan jemaah lain ketika passport dan visa kami diperiksa.

“Malaysia..?”

” ya ” jawab aku

” Prepaid kad? kredit 70 riyal. Harga sama 70 riyal ” tawarnya dengan berbahasa melayu.

Aku membuat isyarat tidak mahu tetapi dia masih mengekori kami sehingga kami menuju ke bahagian penebusan beg, lalu selepas berbincang dengan abang Is, kami sepakat untuk membeli juga.  Pembelian pertama kami sebaik tiba di bumi Arab Saudi. huh!

Bas mula bergerak menuju ke Madinah sekitar jam 11.30 malam. Badan aku masih letih lantas tertidur untuk seketika sehinggalah aku sedar kembali apabila bas berhenti di salah satu kedai makan yang bangunannya tidak sepertimana restoran-restoran di Malaysia. Bentuk bangunannya hanya seolah-olah kotak sahaja. Sekali pandang, memang bukan seperti sebuah restoran pun.

Di sini kami dihidangkan dengan nasi yang seakan-akan nasi minyak beserta ikan goreng dan tidak berkuah. Ikannya aku tidak pasti ikan apa, adalah sedikit menyerupai ikan kerapu.  Kami makan di dalam dulang dan setiap satu dulang itu dikongsi berdua. Huh! Aku tidak pasti samada hidangan itu memang sedap ataupun perut aku sudah sangat lapar. Hampir habis juga nasi sedulang itu dikerjakan oleh aku dan juga Pakcik Rosli!

Kami menyambung kembali perjalanan menuju ke Madinah. Pada waktu itu jam sudah pun menunjukkan pukul 3 pagi. Aku cuba menggunakan kad prepaid yang baru sahaja dibeli untuk hubungi isteri dan kakak aku. Kiranya bagus jugalah kad prepaid itu kerana kita hanya di caj 1 riyal untuk setiap minit apabila membuat panggilan pada waktu puncak berbanding menggunakan perkhidmatan rooming yang kadarnya jauh lebih mahal.

Kami singgah bersolat subuh di salah sebuah musolla sebelum sampai ke Madinah. Selepas bersolat, mutawif yang mengiringi kami memberitahu perjalanan ke Madinah hanya berbaki lebih kurang 2 jam sahaja lagi. Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan aku waktu itu. Aku bersyukur sangat-sangat atas peluang yang diberikan ini pada masa yang sama aku berkali-kali juga berdoa didalam bas moga mak dan abah dipermudahkan dalam menyempurnakan ibadah Umrah mereka.

Ketika semakin menghampiri Madinah, hari juga semakin beransur cerah. Satu perkara yang aku perasan pada masa itu ialah pedingin hawa di dalam bas yang kami naiki semakin tidak terasa malah semakin membahang pula. Berkali-kali aku cuba laraskan pendingin hawa di bahagian tempat duduk tetapi keadaannya tetap sama. Semua jamaah mengakui yang mereka turut merasa suasana di dalam bas seperti semakin membahang.

Kira-kira jam 6.30 pagi kami selamat tiba di Hotel Al Reem di Madinah. Bas tidak dapat masuk ke perkarangan Hotel oleh kerana jalan terlalu sibuk maka kami semua perlu turun dan berjalan kaki lebih kurang 100 meter.  Sebelum diberikan bilik masing-masing kami dijemput bersarapan terlebih dahulu. Oleh kerana perut aku masih terasa kenyang jadi aku hanya ambilkan hidangan untuk mak dan abah sahaja.

Tidak lama selepas itu Encik Radhi datang menghampiri kami semua untuk pembahagian kunci bilik. Aku mengharapkan agar aku dapat tinggal sebilik dengan mak dan abah tetapi timbul masalah  kerana setiap bilik memang ditempatkan untuk 4 orang maka aku terpaksa akur dengan aturan itu jadi aku dan abah perlu berkongsi bilik dengan abang Is dan juga Pak Johari manakala mak pula akan tinggal sebilik dengan Kak Ani, isteri abang Is dan juga bersama isteri dan anak Pak Johari iaitu Makcik Ani dan Cikgu Nurul.

Selesai pembahagian kunci aku terus sahaja menghantar mak kebiliknya. Sebelum meninggalkan bilik mak ditingkat 13 sempat aku berpesan pada Kak Ani untuk tengok-tengokkan mak. Kemudian aku turun pula ke tingkat 9 menghantar abah ke bilik untuk dia berehat. Urusan aku belum selesai kerana aku perlu turun sekali lagi ke bawah untuk mengambil beg-beg kami.  Hanya itu sahaja yang tinggal dan selepas itu aku sudah boleh bersihkan diri serta berehat untuk seketika kerana hati ini sudah tidak sabar…

….tidak sabar untuk kunjungi Masjid Nabawi…

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Dari Mersing ke Madinah… (3)
  2. Dari Mersing ke Madinah… (4)
  3. Dari Mersing ke Madinah.. (2)
  4. Dari Mersing ke Madinah… (1)
  5. Keindahan Masjid Nabawi

Tags: , ,

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 7 Responses to “Bahang Madinah Mula Terasa..”

  2. By fiezaradzi on Jul 14, 2010 | Reply

    bestnye baca cerita pun rasa nak pergi..

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Memang kena pergi Puan Fieza.. jika ada wang dan berkesempatan saya nasihatkan pergilah.. tentu akan timbul keinginan untuk pergi lagi dan lagi.. saya doakan puan dan suami akan sampai kesana..

    [Reply]

  3. By samdaddycool on Jul 15, 2010 | Reply

    Uish,… seronok makan bro.. licin! Seronok dah sampai.. tinggal tunggu nak buat ibadah je..

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Haha.. tak muak nasinya sam walau tidak berlauk.. alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah..

    [Reply]

  4. By munir on Jul 15, 2010 | Reply

    wah!!! berselera btol abg mkn yer…haha
    mungkin kerna lapar kot, tp kalau kerna sedap, teringin jugak la nk rse…hahaii

    ape-ape pon, alhamdulillah kerna sampai juga akhirnya ke Madinah dngn selamat… :)

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Aku hendak membaca pengalaman kamu di cairo pula nanti.. semestinya lebih hebat..

    [Reply]

  5. By imran on Jul 18, 2010 | Reply

    Begitulah jauhnya perbezaan highway di Arab Saudi dengan Malaysia. R & R di sana macam kedai tinggal.

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge