3 Peristiwa Hampeh yang berlaku di penghujung 2009
Ditulis pada January 2, 2010 – 11:21 pm | Oleh nuaeman Share
2010 sudah menjelma dan 2009 telah menjadi sejarah. Hari pertama untuk tahun 2010 ini merupakan masa terbaik bagi kita memulakan apa yang telah dirancang dalam usaha merealisasikan segala matlamat dan azam yang telah dipasang. Agak keletihan sedikit hari ini kerana semalaman berada di konti fuhyooFM semalam. Lepas tiba dirumah kira-kira pukul 3 pagi si isteri pula yang demam pada awalnya tiba-tiba terasa nak makan roti telur. Keluarlah aku sekali lagi mencari warung-warung yang masih dibuka sehingga kira-kira pukul 4 pagi aku tiba semula ke rumah.
Kalau hari ni dah ramai yang bercerita tentang 2010 tetapi aku nak flashback pula mengenai peristiwa hampeh yang terjadi di penghujung 2009. Semua peristiwa ini bersangkutan dengan aku dan memang terjadi pada diri aku. Huh! Okeh kita mula dengan kisah pertama.
Kisah Satu : Angau depan ATM
“Ayah, mintak tolong amikkan duit kat BSN” Lembut nada sang isteri memohon bantuan
“Eh, dah malam ni.. esok-esok tak boleh ke? duit siapa ni?” Tanya aku
“Mak mintak tolong.. ” ringkas dan sedikit mendayu jawapannya..
“Emm.. oklah.. ” terus sahaja aku singgah ke BSN berdekatan.
Nampak keadaan agak lengang jadi tak perlulah aku beratur lama. Malang sedikit apabila mesin ATM tersebut kehabisan wang. Emph! Aku berganjak ke satu lagi mesin ATM disebelahnya. Tiba-tiba…
‘PANG!!!’
Adeh… sakitnya kepala.. rupanya ada satu dinding lutsinar yang memisahkan antara dua mesin ATM tu.. Nasib baiklah tiada orang kat situ. Isteri aku pulak dah geleng kepala melihatkan gelagat suaminya.. Mesin ATM kedua pulak seperti tak mau menerima kad yang telah aku masukkan. Beberapa kali aku cuba tetapi masih tidak berjaya. Sejurus selepas tu isteri aku bersuara dari kereta..
“Ayah! tak nampak ke kat atas tu ada tulis ‘MESIN ROSAK’?”
Ya Allah.. Camnelah aku boleh tak perasan. Patutlah skrin ATM tu gelap semacam jee.. Adeh..
Kisah Dua : Kaktus oh Kaktus!
Perut dah mula berkeroncong. Seperti biasa, aku akan ke warung yang tidak jauh dari tempat kerja untuk menikmati hidangan tengahari. Sebelum mengambil makanan aku pergi ke bahagian belakang terlebih dahulu untuk membasuh tangan. Ketika nak membasuh terpandang pulak tuan punya kedai sedang memasak. Sebagai tanda hormat aku pun menegurlah sambil tangan bersedia membuka pili sinki basuh tangan.
“Kak…” tegur aku.
Ketika itu juga aku seperti terkena genjatan elektrik apabila tangan aku seperti tercucuk duri tajam. Rupanya yang aku pegang bukannya paip air tetapi POKOK KAKTUS yang kedudukannya betul betul bersebelahan paip air. Berselirat duri tajam pokok kaktus terlekat di tapak tangan aku.
“Apasal dik” tanya suami kakak tadi ketikamana melihat aku sibuk membuang duri tajam pokok kaktus di tapak tangan.
“Kena pokok kaktus dekat sinki tu bang..” Jawab aku.
Esoknya pada waktu yang sama. Semasa nak membasuh tangan aku tengok pokok kaktus tu dah tiada lagi ditempatnya. Huh!
Kisah tiga: Ayah lupalaa bu..
Hari ni ada pasar malam. Jadi lepas waktu kerja aku terus sahaja pulang menuju ke pasar malam sebelum sampai ke rumah. Waktu kembali semula ke kereta setelah aku membeli apa yang patut, aku lihat ada ‘miss call’ dari si isteri. Kenapa pulak yek? fikir aku sambil membuat panggilan kepadanya.
“Ibu”
“Ha Ayah! Ayah pergi mana?”
“Ayah singgah pasar malam laa.. “
“Pergi Pasar Malam? “
“Yelaa.. hah! kenapa ibu call”
“Kenapa? Eh! Ibu tengah tunggu Ayah ni.. bila ayah nak ambil ibu?”
“Astagfirullah… Ayah lupa laa bu.. takpe.. kejap lagi ayah sampai.. tunggu ye.”
Adeh… camnelaa boleh lupa teruk sangat ni. Sampai boleh tanya balik tu kenapa ibu call..? huhu.. sesampai jee di perkarangan ‘Library UTM’ aku dah nampak mendung di wajah si isteri.
Waktu dia membuka pintu kereta terus aku menyapa “Ayah ada beli Yong Tau Fu kat ibu ni.. mesti ibu suka kan..”
Dia dah faham.. ayat bodek le tuu.. huhu..
Kebetulan semua episod hampeh ni berlaku di minggu terakhir 2009!
Entri Berkaitan:























11 Responses to “3 Peristiwa Hampeh yang berlaku di penghujung 2009”
By zaryl on Jan 3, 2010 | Reply
haha.. sori gelakkn ko bro. tp mmg kelakar la.
kadang2 benda2 mcm tu terjadi mulanya kita anggap kecelakaan… tp bila difikirkan kemudian hari
dgn fikiran yg lebih positif, boleh jadi peristiwa yg
menggelikan hati.. hehe
[Reply]
By nuaeman on Jan 3, 2010 | Reply
No hal Zaryl.. aku cerita benda ni masa duduk makan-makan ngan member pun diorang gelak bagai nak rak dibuatnya.. hehe..
[Reply]
By cyza on Jan 3, 2010 | Reply
Haha…cerita no 2 dan 3 aku dah dengar….memang kool….haha…. cerita no. 1 tu mesti malu kan? tapi takpelah…tak teruk sgt lah tu…
[Reply]
By Kujie on Jan 3, 2010 | Reply
hehehe….kelakar – boleh lenyapkan penat lelah satu hari ni
[Reply]
By titan on Jan 3, 2010 | Reply
hhe…yang last tu tak leh kata apa. aku pun pernah kena gak..
[Reply]
By nuaeman on Jan 3, 2010 | Reply
tak teruk bro.. cuma malu jee heh.. tapi boleh jadikan pengajaran
[Reply]
By nuaeman on Jan 3, 2010 | Reply
Biasalaa manusia kan..
[Reply]
By nuaeman on Jan 4, 2010 | Reply
Orang dah tua Kak Jie… asyik lupa jee ni haa
[Reply]
By taukey on Jan 4, 2010 | Reply
you make my day….hahahahahahahaha……sori bro ketawakan kau. Tapi memang lawak lah. hahahahahaha……
[Reply]
By nuaeman on Jan 4, 2010 | Reply
no problem.. heheh..
[Reply]
By samdaddycool on Jan 6, 2010 | Reply
Aku gelak terkekek-kekek tiga-tiga cerita hampeh kat atas ni… Nampaknya memang dah makin tua.. asyik lupa je hik..hik.. jgn marah bro.
[Reply]