10 siri TV alihsuara yang Popular Era 80-an dan 90-an
Ditulis pada October 27, 2008 – 6:10 am | Oleh nuaeman Share
Ada sesiapa yang tak suka dengan siri tv atau kartun yang dialihsuara? Sepertimana kita dah sedia tahu siri-siri TV yang dialihsuara ni memang dah wujud sejak dulu lagi. Sebelum hadirnya Naruto, Super Inggo,Kiteretsu,Detektif Conan dan beberapa lagi, hati aku dah terlebih dahulu tertambat pada sebilangan cerita yang agak popular pada era 80-an dan 90-an dulu. Ada sesetengah cerita tu yang masih popular sehingga sekarang dan ada pula yang dah tak wujud lagi. Aku pun sebenarnya dah ingat-ingat lupa siri-siri alihsuara ni. Aku cuba singkap mana-mana yang masih diingatan..
Ultraman
Ini cerita yang cukup kental bertahan sehingga sekarang. Rupa bentuk sang ultraman tuh dah entah berapa kali bertukar wajah aku rasa. Ada yang bertanduk, kepala dogol,kepala senget,kepala leper.. adei!. Dulu sibuk nak tau salah silah ultraman ni.. mana abang dialaa,mana abah dialaa.. huh. Aku siap ada simpan buku tampal-tampal dan macam-macam jenis ultraman boleh tengok kat dalam tu. Dah tak taulaa mana pegi buku tu. Aku selalu juga check kat dada aku dulu apsal takde lampu berkelip macam kat badan ultraman… keh keh keh.. buruk tul! Tapi sekarang cam dah takde apa-apa jee kalau tengok Ultraman nih..
Gaban
Gaban ni bukan spesis hantu raya macam Ultraman. Jadi dia tak memperturunkan kuasa menjadi Gaban tu kat orang lain. Lagipun letih jadi Gaban ni sebab asik nak kena masuk dalam ruang angkasa setan jee kan. Mujur ada pedang Laser Gaban Z potong dua. Kalu pikir-pikir balik apsal dia tak guna masa awal-awal lawan musuh yekk.. mesti ikut timing huhu.. Walau camanepun kalau dulu-dulu tengok cam best jek. Aku ikut juga senaman yang dia buat tu (yang selalu dia buat sebelum jadi Gaban dalam 0.05 saat tuu..)tapi taklak jadi Gaban. Jadi sawan adala.. huh
Ninja
Siri Ninja ni ditayangkan sebelah malam. Kalau tak silap heronya bernama Sasuka yang mana sehingga sekarang masih tak pasti dia ni masih hidup ke mati masa ending citer tuh. Aku suka dengan kawan dia yang bodoh-bodoh pakai belantan tu.. Jingga kot namanya. Banyak watak aku dah lupa. Yang pasti aku ingat dengan Yin, sang ninja perempuan. Comei pun comei si Yin tu.. hehe. Jalan cerita mintak maaplaa aku memang lupe sesangat tapi yang pasti aku memang minat sangat ngan siri Ninja nih satu ketika dulu.
Mospeada
Sebuah Anime dulu-dulu. Mospeada adalah singkatan kepada Mobile Operation Soldier Protection Emergency Aviation Dive Armor iaini merupakan kisah Pejuang yg menentang jajahan makhluk asing. Terus terang aku dah lupe jalan cerita dia.Ada sesapa yang boleh tolong recall balik camne cerita dia..yang paling aku ingat ialah cuma makhluk-makhluk jahatnya yang digelar Inbit.
Maero Attack.
Ada sesapa masih ingat dengan teknik ni? “Piring terbang!!” “Sommersoult berpusing”. Memang best laa cerita ni.Sampai lagu dia pun orang ingat. Entah berapa kali agaknya aku cuba buat piring terbang tapi tak jadi-jadi. Nama heroinnya Chun dan boleh tahan cun jugaklaa. Disiarkan setiap petang time hari persekolahan. Memang kalau boleh taknak miss tengok citer ni tapi bila dah bersekolah tak boleh buat apa jugaklaa.. Time-time tu macam kemaruk jee nak main bola tampar.Ceh!
Tosho Daimos
Ini kire cam anime zaman dulu-dulu. Nama hero aku lupe. Yang masih kekal di ingatan cuma traknya yang boleh bertukar menjadi robot. Si jahatnya tu ada kepak. Aku dapat recall balik pun sebab lepas tengok lagu dia kat you tube. Cerita ni ditayangkan kat tv2 aku rasa.
Miss Comet
Cerita ni tak lama disiarkan kat TV. Mungkin atas sebab ada unsur tahyul ke hapa aku tak pasti. Ianya kisah sorang remaja perempuan dari planet lain dengan tongkat saktinya. Kira boleh buat macam-macamlaa dengan tongkat tu. Cerita ni disiarkan kat tv sekali ngan Gaban tapi tetiba jee stop termasuk cerita Gaban. Cuma Gaban bernasib baik apabila ditayangkan semula. Dalam aku cari-cari poster cerita ni ada terjumpa satu.. entah betul entah tidak.. aku letak jee tuh.. yang aku ingat baju dia warna kuning camtu jugaklaa.
Kesatria Baja Hitam
Ahah! ini memang aku minat sangat sampai sanggup ponteng sekolah agama.. burukkan? Tapi itulah penangan Kesatria Baja Hitam dengan tendangan padu mautnya. Aku masih tak lupa motor belalang tempur yang dia pakai tuh. Masa citer ni masuk TV, Gaban pun disiarkan semula. Tapi macam dah tak best tengok gaban masa tuh. Kalau sekarang pun tengok cerita ni, aku masih boleh layan lagi.. heh.
Doraeman
Ingat lagi, cerita ni disiarkan waktu magrib. Ada juga pihak yang komplen sebab bebudak kebanyakkannya tengok cerita ni dulu sebelum solat magrib. Lama juga dia bertahan kat TV. Cuma stesen TV yang menayangkan jee berubah. Waktu tayangan pun lebih kurang sama jee sekarang. Masa cerita ni hangat dulu buku komik Tora Aman pun banyak menerjah pasaran. Meriahnya dulu dengan watak Nobita, Giant, Sizuka dan Sinyu. Sekarang cam berbeza sikit suara depa. Perasan tak?
Kickers
Ini pulak cerita pasal main bola sepak. Skill diorang janganlaa ikut.. memang dasyat gile tut..! Watak utamanya Takeru. Yang paling takleh tahan bila gol keeper duk kat atas tiang gol dan pihak lawan dok berputar-putar kat udara. Kira citer ni bagi semangat jugaklaa kat team bola sepak sekolah walaupun kita tak mampu nak buat skill diorang semua tuh. Teringin nak tengok balik cerita ni.
Itu antara 10 yang menarik pada aku. Ikutkan dalam list aku ni banyak lagi.. macam Toriton, Shogun Samurai, Patlabor, Flashman, Maskman, Blue Bink dan beberapa lagi. Sekarang pun tak kurang siri-siri sebegini disiarkan kat TV kan? Aku raa macam nak cari satu masa untuk tonton kembali cerita-cerita lama tu.. sebab ia boleh mengimbau kenangan-kenangan lalu. Oklah, sebelum aku tutup cerita nih kita layan dulu satu lagu dari siri Mospeada. Ada dua versi.. kita dengar yang Jepun dulu.. heh.
Haa ini yang Melayu punya.. dinyanyikan oleh HUJAN
Ok chow!
Entri Berkaitan:
































39 Responses to “10 siri TV alihsuara yang Popular Era 80-an dan 90-an”
By nikillas on Oct 27, 2008 | Reply
banyak lagi… cam maskman.. flashman.. dash yankuro.. cybercops.. haha.. teringat zaman muda kanak2 riang dulu.. minat giler citer2 gini..
nikillas’s last blog post..Happy Deepavali
[Reply]
By zariel on Oct 27, 2008 | Reply
masa lalu yg indah…huhuhu
zariel’s last blog post..TAG Tertangguh Dari Lochoe
[Reply]
By megat on Oct 27, 2008 | Reply
teringat time balik sekolah agama petang. berlari pantas untuk mengejar masa tayangan ultraman eheh.
moero attack – sampai skang ada simpan pita rakamannya tapi dah naik berkulat huhu.
gaban – masih terngiang – ngiang lagu trademarknya ( wakasau… wakausau… penanggau ) wahaha.
apa pun ia kenangan indah semasa zaman kita. mungkin tidak dimiliki pada bebudak skang ni. yalah zaman dah berbeza kan!?
megat’s last blog post..Tidakkah Kau Nikmati Hidup Ini Sepenuhnya!?
[Reply]
By appleblogger on Oct 28, 2008 | Reply
tak bleh lupa. semua syok dan best2 belaka..
appleblogger’s last blog post..Did you use ImageShack?
[Reply]
By ezad on Oct 28, 2008 | Reply
Uish yang cite tu aku ingat, kalu x silap dia ada guna rama2 bila nak guna teknik ninja dia..betul x?
[Reply]
By famia on Oct 28, 2008 | Reply
maero attack..!!
bes tuuu. hihi.
masa sekolah rendah dulu.. terikkut2 cerita tu sampai nak main bola tampar pakai seluar kecik saje. ke sana ke sini pun bersama seluar kecik saja. nasib baik masa tu baru sekolah rendah. seksi tak bertempat. haha. gila kuat pengaruh boxer kecik gadis2 tu.
‘kisah gadis atlit..
junn.. namanya..
bercita-cita.. menjadi spike dunia..
jun jaga bola tampar..
kumpulan baitushi..
mencari ibunya bernama mariko..’
haha.
dulu memang kagumm tuu kalau sommersault boleh pusing terbang..
gila ganass…
famia’s last blog post..Salah Fahaman
[Reply]
By Sweet Thinker on Oct 28, 2008 | Reply
rindu kat gadis comet ar. dia patah gigi kan?
Sweet Thinker’s last blog post..Kenape Ekkk Malaysia Kalah
[Reply]
By chuckiesd on Oct 28, 2008 | Reply
aku mmg gila tgk kickers dulu…sanggup tak pegi sekolah agama semata-mata nak tgk kickers dulu…hehehe…time kickers nak mula jer aku buat2 tertido yg dijadikan alasan tak nak pegi sekolah agama…heheheheheh
[Reply]
By nuaeman on Oct 28, 2008 | Reply
Sebab tu aku kata. memang banyak lagi dalam list nih.. hehe
[Reply]
By nuaeman on Oct 28, 2008 | Reply
Teramat Indahkan.. best jee bila kenang-kenang
[Reply]
By nuaeman on Oct 28, 2008 | Reply
zaman dah berbeza bro.. diorang sekarang dah banyak sangat entertainment.. bukan takde yang masih minat cerita-cerita camni cuma mungkin tak sehebat kita dulu kot..
[Reply]
By nuaeman on Oct 28, 2008 | Reply
Mana yang paling syok pada en epal
[Reply]
By nuaeman on Oct 28, 2008 | Reply
Aku pun dah tak berapa ingat jad.. mungkin jugaklaa huhu..
[Reply]
By ezo on Oct 28, 2008 | Reply
banyak sangat cerita kartun zaman kanak2 dulu..
saya suka dash yankuro sampai sanggup beli tamiya dan trek tamiya pun beli jugak..puas pujuk mak bapak..hehe
ezo’s last blog post..Award..Hoyeah!
[Reply]
By nuaeman on Oct 28, 2008 | Reply
Walaupun maero attack ni yang berlakon ramai pompuan.. tapi peminat citer ni kat sini boleh tahan ramai dikalangan lelaki.
[Reply]
By menteil on Oct 29, 2008 | Reply
aku paling minat power rangers.. haha..
dari episod satu sampai la ntah berapa versi.. haha..
[Reply]
By chuckiesd on Oct 29, 2008 | Reply
ya ya…lagi satu dash yankuro…itu favourites jugak tu
chuckiesd’s last blog post..Seminggu bersama Chuckiesd…
[Reply]
By muhafis on Oct 29, 2008 | Reply
paling best mestilah kesatria baja hitam.. hahah.. lawak betui.. nuaeman, doakan ak sukses yek.. nak exam nie.. tension betui…
[Reply]
By nuaeman on Oct 30, 2008 | Reply
Dah lama jugak cerita tu.. aku pun tak ingat sangat dah.. betul dia patah gigi.. hehe..
[Reply]
By nuaeman on Oct 30, 2008 | Reply
Aku doakan ko berjaya.. insya_Allah.. berkat Usaha..
[Reply]
By nuaeman on Oct 30, 2008 | Reply
Ape-apehal mesti sekolah agama jadi mangsakan.. huhu..
[Reply]
By topo on Oct 30, 2008 | Reply
ya-ha!!! cybercops.. dash yankuro dan flahman.. memang aku minat giler.. hohoho
topo’s last blog post..plugin yang topo gunakan dalam topotato.com
[Reply]
By topo on Oct 30, 2008 | Reply
hohohaku memang minat dash yankuro, cybercops, falshman, gaban.. dan ntah apa lagi ntah.. hohoho
pastu la macam biasa dengar je lagu lonly soldier boy tu.. hohhoho
topo’s last blog post..plugin yang topo gunakan dalam topotato.com
[Reply]
By abdfatah on Nov 2, 2008 | Reply
wahahahaaa… gaban z… wakacau wakacau daun daaaa… hahahahaa…
[Reply]
By RAHMAT-1978 on Nov 30, 2008 | Reply
KOORANG SEMUA BEST-BEST BELAKA, NGAN PENUH KENANGAN MACAM SAYA JUGA,,,,,,SIAP KENA TIBAI NGAN BAPA TUE LEWAT TIDO LA. LAYAN SI SASUKA [THE NINJA] NGAN [RIN HANIKOMA] JUGA FAVURET KITA ORANG SEKELUARGA DA BARU ADA ADIK SORANG MASA TU,,,SEKARANG NIE ADA 3 ORANG DA,,,,MASA TU KAN SAYA TENGOK DALAM TV WARNA ITAM/PUTIH WOOOOO….BEST TUL OK WA CHAW DULU …TENGAH CARIK CD KALAU ADA DI PASARAN ROUND SATU KL NIE.
[Reply]
By shamfariz on Feb 25, 2009 | Reply
hehe…aku pun minat byk cite2 lama tu… ada satu lagi cite yang korang tak masukkan…cite kartun jem n the hologram. kisah pemain gitar wanita…mmg best la.. itu aku ada koleksinya… ada satu lagi yang aku selalu duk tonton… korang ingat tak cite macross ? nama heronya adalah hikaru… hikaru minat kat sorang girl ni… nama girl tu.. minmy… kisah perperangan macross dengan makhluk asing… jet leh jadi robot…mesti korang ingat punya….
[Reply]
By shamfariz on Feb 25, 2009 | Reply
ada satu lagi cite yang best…yang jadi pramugari tu…yang dia minat kat cikgu dia… nama dia adalah chiaki… cite tu stewardess monogotari. mmg best cite tu… utk pengetahuan korang.. yang pegang watak chiaki tu adalah penyanyi terkenal di jepun pada tahun 1980an. nama betul dia adalah chiemi hori.
[Reply]
By iko on Apr 18, 2009 | Reply
sapa igat drama psl samurai jepun yg hero dia sazuka???
[Reply]
By sunshine on Jun 19, 2009 | Reply
aku ingat smua citer ni trutamanya miss comet, tosho daimos, maero attact, suria perkasa hitam dan ultraman. sampai skrg masih simpan tape video suria perkasa hitam. citer ninja pun sy masih ingat…tuan shin, sasuka dan yin dan jiggi. tp byk2 lagu tema, lagu tema gaban dan mospeda yg paling aku minat dgr…nostalgia masa kecil2…
sunshine’s last blog post..kawan
[Reply]
By akub on Aug 21, 2009 | Reply
nak tanya cikit,,,citer ninja sasuka 2 tajuk apa erk,,,da lama cari ni,,,,
[Reply]
By nina on Feb 25, 2010 | Reply
waa…aku pun tercari -cari hero ninja aku sasuka…dah tua dah nie..masih teringat cerita tuuu
[Reply]
By Rizal Man on Apr 3, 2010 | Reply
tak de ker vcd Maero Attack
[Reply]
By sgarul on Apr 19, 2010 | Reply
Ada satu lagi, yang memang membuatkan aku ponteng sekolah (alasan sakit perut).. TORITON!!!
Baru ni plak d/load kat youtube cerita Voltus V.. tu pun best!
Sorry ye.. tumpang nyelit, blog hopping hari nih..
[Reply]
By nuaeman on Apr 19, 2010 | Reply
tajuknya ninja sahaja
[Reply]
By nuaeman on Apr 19, 2010 | Reply
Takde Rizal.. kene pegi jepun cari tu..
[Reply]
By nuaeman on Apr 19, 2010 | Reply
haha.. betul betul tapi toriton aku tak berapa minat..
[Reply]
By maliki on Jul 19, 2010 | Reply
sape lahir batch 1980an akan menikmati hidangan watak adiwira yang best2…
setakat wira ben10 tu aku suh baja hitam duku jer kepala dia…tu belum panggil gaban hahahhaha
[Reply]
By nisrina on Jul 25, 2010 | Reply
ni ade terbace dari forum imsonia: ulasan dari makino tsukushi(Fri Mar 12, 2004 1:46 pm)…
“yeah.. siri ninja yang aku tape bagai nak rak waktu kecik dulu. Tapi sekarang sumer tape dah hilang waktu pindah rumah, berkulat dan dah kena bakar oleh bapak aku.. tsk tsk.. best memories of my childhood…
Merujuk kepada encik kakikatun.. this is apa yang aku ingat pasal citer tu…
Sasuka bukan ketua kumpulan. Ketua kumpulan tu nama nya Tuan Sin, ketua kepada kumpulan Toyotomi (aku rasa lah.. karatlah pengetahuan sejarah Jepun). Anyway, diorang gaduh ngan kumpulan Tokugawa. Kiranya puak pembangkang lah ni. Yang aku ingat sekali pasal Tuan Sin ni.. dia hensem walaupun rambut tocang melawan graviti…
Sasuka ni asalnya anak yatim yang masuk kat kumpulan tu pasal nak balas dendam kematian sedara dia waktu first episode. Dia punya cita-cita nak bunuh Ban Chang, antara brains kumpulanb Tokugawa yang paling jahat dan juga paling terror. Last-last, diorang lawan one on one. Sasuka technically menang tapi mati pasal org jahat main kotor.
Kelebihan Sasuka… dia terer invent gadget. Dari payung terbang, kipas terbang (powered by basikal kalau tak silap).. macam-macam aa..
Ada ninja perempuan nama Yin.. rambut dia boleh buat jerut leher musuh.. dasat… favourite episode aku waktu dia lawan ngan kakak dia yang jahat..
Ada mamat badan besar bawak bantal peluk besi nama Jige. Kuat gila.. tapi kekadang blur. Pas tu ada ninja yang super sombong tapi hati baik dan pandai teramat bernama Jingga.
Ada lagi tapi aku rasa korang larat ke nak dengar aku bagi summary setiap episode yang aku ingat… Betapa otak aku terisi dengan trivia dan info yang tak berguna langsung..”
[Reply]
By sara on Jul 25, 2010 | Reply
ade lagi yang x dimasukkan…dulu citer pasal pramugari jepun…CHIAKI..best, tapi dah x ingat citer die camana…
[Reply]