10 Drama TV Bahasa Melayu yang diminati era 80-an dan awal 90-an
Ditulis pada March 15, 2009 – 12:18 am | Oleh nuaeman Share
Sekarang ni kalau kita tengok dah macam-macam rancangan serta program TV berbahasa melayu di kaca TV. Kalau drama tu dah berlambak-lambak. Ada sesetengah tu aku tengok dah terlalu ke-ala-ala drama latin laa pulak. Baik dari segi gaya hidup yang dipaparkan hingga ke pakaian yang dipakai oleh pelakon-pelakon dah macam bukan orang melayu beragama Islam. Walaubagaimanapun ada juga rancangan-rancangan dan juga drama-drama yang berkualiti. Emm.. bagaimana pulak pada zaman dulu-dulu eak.. di era 80-an dan juga awal 90-an. Apa agaknya rancangan berbahasa melayu yang popular masa tu. Aku cuba senaraikan mana-mana yang aku masih ingat.
1. OPAH
Yang hidup era 80-an dan 90-an tentunya akan ingat siri TV ni. Kisah keluarga memang ramai peminat cuma masa ramai pelakon dah bertukar tu yang nampak kurang menyengat sikit. Pergolakkan yang dipaparkan tidakla macam drama-drama sekarang ni sebab ianya masih dalam suasana kekeluargaan. Ini dua rangkap daripada lagu tema cerita nih..
Dia seorang tua
Pengasih dan penyayang
Tak pernah hidup duka
Bersama keluarganya
Ini kisah anaknya
Empat orang semuanya
Seorang tiada punya
Yang tidak pernah berkeluarga
2. Naik Tangga Turun Tangga
Cerita ni ditayangkan kat TV3 jadi aku tak berapa tengok sangat sebab tak dapat TV3 kat umah aku masa tu. Time tuh manalaa ada Astro ke hapa semua. Apapun aku tahu jugak yang cerita ni tak kurang popularnya yang mana dilakonkan oleh Rubiah Suparman dan Abu Bakar Omar. Ikutkan.. aku dah sedikit lupa pasal cerita ni tetapi bila buat survey tanya orang lama-lama baru aku teringat.
3. Rumah Kedai
Aku suka gak ngan citer nih. Tapi tak selalu dapat tengok. Kadang-kadang jee TV3 dapat kat rumah. Itupun setelah aku naikkan ‘areal TV ‘ sama tinggi ngan pokok kelapa. Aku percaya cerita ni masih seronok untuk untuk ditonton kalau ditayangkan balik. Terfikir jugak kenapa drama-drama yang begini kurang dihasilkan sekarang.
4. Seiring Jalan
Tak silap aku cerita ni masa aku sekolah rendah. Kisah 3 remaja yang mengembara naik basikal. Dalam setiap episod ada sahaja misteri dan permasalahan yang dirungkai pada setiap tempat yang mereka singgah. Tapi cerita ni satu musim je ditayangkan.
5. Wajah Sutinah
Cerita ni selalu jadi bualan kat sekolah. Kira seram jugaklah. Bagaimana cerita dia aku memang dah lupa sangat. Pelakon pun aku tak ingat. Ada sesiapa yang ingat boleh bagitaulah. Disebabkan cerita ni ada rasa takut gak nak ke tution.
6. PJ Holding
Ni kira dallas versi Malaysia laa kononnya. Aku tak tengok sangat tapi rata-rata orang lama kata mereka suka tengok cerita ni. Yang aku ingat pelakonnya Azmil Mustafa dan Osman Zailani. Kalau silap betulkan keh.
7. Seorang tua dikaki gunung
Pelakon utamanya Tamam Idris. Cerita ni diadaptasikan dari novel Azizi Abdullah. Mungkin tak sehebat novelnya tetapi tetap menarik untuk ditonton. Sedih ceritanya tak percaya cuba dapatkan novelnya. Aku rasa masih lagi terjual di pasaran kerana ini merupakan satu naskhah hebat tulisan Azizi Abdullah.
8. Hanbali seorang Jeneral
Aku tak miss tengok cerita nih. Kisah jeneral pencen lakonan Eman Manan. Ending dia si Jeneral pencen ni kena masuk hutan jugak. Disiarkan dalm slot drama swasta rasanya.
9. Siapa Bunuh Alice
Lawak betul cerita ni. Sampai pelakon sendiri tak tahu siapa bunuh Alice. Entah betul entah tidak. Kat sekolah sibuk meneka-neka. Last-last.. aku sendiri dah lupa siapa yang bunuh Alice.. ahhahaha..
10. Pendekar Kundur
Lakonan Eman Manan dan Tiara Jacquelina. Permulaan era pendekar kat TV. Lepas tu muncullah Keris Hitam bersepuh emas, tok janggut, tuah Jebat dan macam-macam lagilaa. Semua macam nak jadi Pendekar datang sekolah. Hampeh tul!
Alamak kalau aku kumpulkan semua cerita-cerita ni banyak lagi sebenarnya. Drama-drama Yusuf Haslam macam remang-remang kota raya, Debu-debu kotaraya dan Harimau Rimba. Harimau Rimba tu meletup masa cerita Nam:Tour of Duty ditayangkan kat TV2. Pastu Anjang Aki, Slot Spektra, Identiti. fuh banyaklah.. Drama melayu sekarang banyak nak tonjolkan dunia korporat tapi macam keparat je aku tengok. Tak habis-habis dendam mendendam, bunuh-membunuh dan simpan perempuan. Dah semakin terkeluar dari kehidupan masyarakat melayu beragama Islam.huh..
Entri Berkaitan:





32 Responses to “10 Drama TV Bahasa Melayu yang diminati era 80-an dan awal 90-an”
By zariel on Mar 15, 2009 | Reply
haha… yang best bagi aku ‘seorang tu di kaki gunung’, ‘hambali’ dengan ‘pendekar kundur’. tambah satu lagi ‘keris hitam bersepuh emas’… bila tv nk tayang balik ntah la… best tuuu..
zariel’s last blog post..Skim Cepat Kaya Ke?
[Reply]
By |1f34|-|1r3 on Mar 15, 2009 | Reply
aku ingat 2 jer..naik tangga turun tangga n opah…hehe..hati waja pon best jugak beb
|1f34|-|1r3’s last blog post..Terjemahan dari Siri Bercakap Dengan Alien (Live in Planet F)
[Reply]
By nikillas on Mar 15, 2009 | Reply
aku ingat citer opah, naik tangga turun tangga dan rumah kedai je.. pastu yang pendekar kundur tu ingat2 lupe.. huhuhu..
nikillas’s last blog post..American Sign Language
[Reply]
By Callister on Mar 15, 2009 | Reply
alamak..
aku rasa aku pernah tgk opah dgn umah kedai je..
yang lain2 2 mcm xpernah dgr je..
huuhuu~~~
Callister’s last blog post..Exquisite ring for your woman
[Reply]
By catzer on Mar 15, 2009 | Reply
hahahha…dpt byk gak erk..semlm letih mencari huh..pendekar2 tu mmg memberi aku inspirasi untuk mendalami dunia persilatan..
Skang ni cite melayu gaduh tak hape2 tah..entah apa seni mempertahankan diri yang mereka guna..tibai saje jerlah labu..namapun berlakon
catzer’s last blog post..Spammer Jual Email
[Reply]
By nuaeman on Mar 16, 2009 | Reply
Tak nampak gaya-gaya macam mereka nak tayang balik.. cerita omputih lama2 bolah pulak ditayang balik.. huh
[Reply]
By nuaeman on Mar 16, 2009 | Reply
Ahah hati waja.. tendangan tanpa bayang tu kan.. aku suka gak tengok.. pukul 7 kan cerita tuh
[Reply]
By nuaeman on Mar 16, 2009 | Reply
Pendekar Kundur tayang kat TV1.. yang best nya dia lebih banyak pamerkan rentak tari silat.. berbeza dengan slot pendekar.. dah macam kungfu aku tengok
[Reply]
By nuaeman on Mar 16, 2009 | Reply
sah.. ko ni budak kecik.. hehehe
[Reply]
By nuaeman on Mar 16, 2009 | Reply
Pendekar Kundur yang nampak silatnya.. pendekar kat TV3 tu.. terbang2 dah macam Jet Li pun ada..
[Reply]
By twenty-six on Mar 16, 2009 | Reply
citer melayu dulu2 best juga…aa citer jepun pun ada tajuk ‘akantare’ sampai tiga ratus episode aku rasa hahaha
Hanbali seorang Jeneral tu pelakonnya bukan ker pelakon veteran aiseh lupa nama pulak
Seiring Jalan punya jalan ceita memang best sebab pasal remaja
twenty-six’s last blog post..Hilangkan Stress Dan Nikmati Hidup
[Reply]
By rohaizad on Mar 16, 2009 | Reply
Ada lagi satu citer yang ko lupa nak listkan.
-
-
-
-
-
-
- Santan Berlada !!!!!
p/s: kira masa tu citer ni dah kira lawak habih laaa….
[Reply]
By zool on Mar 16, 2009 | Reply
Ye la.. aku pun lupa sapa bunuh ALice tu.
rohaizad –> santan berlada memang best.. zaman fauziah nawi memuda dulu.. ha ha ha..
cerita yusof haslam takde pun.. roda2 kotaraya
zool’s last blog post..Kematian dan Design terbaru kotak rokok
[Reply]
By catzer on Mar 17, 2009 | Reply
Erm kalau ingat balik zaman ni susah gile nak dpt channel tv3, umah aku areal setinggi yg boleh huh..habis galah kelapa sawit kami tibai sambung2..punya nak tgk umah kedai..hahahaha
catzer’s last blog post..Spammer Jual Email
[Reply]
By eyeman on Mar 17, 2009 | Reply
aku suka pendekar kundur. Lagi best dari cite2 kung fu sekarang. haha..
eyeman’s last blog post..How to buy Eye Candy online?
[Reply]
By Callister on Mar 17, 2009 | Reply
ish xda le kecik sgt..
Callister’s last blog post..A perfect day for me
[Reply]
By Adha on Jul 12, 2009 | Reply
kalo RTM mainkan cite tu, wuhh…gerenti boomb beb!!
[Reply]
By Adha on Jul 12, 2009 | Reply
Lagu cite seiring jalan…best wuhh…tapi aku lupe lerr lirik..
[Reply]
By LnddMiles on Jul 22, 2009 | Reply
Pretty cool post. I just stumbled upon your blog and wanted to say
that I have really liked reading your blog posts. Anyway
I’ll be subscribing to your blog and I hope you post again soon!
[Reply]
By sy on Oct 18, 2009 | Reply
aku pon suka citer zmn 90′s
lbh2 ag kt rtm yg slot spektra
citer dlu ok..
kalu drama skrg ni meluat, rs nk t’muntah..
bosan n jln citer sume sama..
cinta, berebut psl harta,..
mcm2 ag..
mmg da x produktif citer melayu ni agaknya..
da la artis tu pakai seksi2..
then, suka cr publisiti murahan..
dlu jarang ada pelakon yg mcm skrg ni..
hrp sume tv ulang blk citer dlu2 lbh2 ag
yg slot spektra kt rtm…plezzz!!
[Reply]
By paraslaut on Mar 14, 2010 | Reply
seiring jalan best! Masa tu da terapkan unsur2 1 Malaysia..budak melayu, cina & india.
[Reply]
By yati on Mar 30, 2010 | Reply
sah ko budak kecil.aku tengok jg tapi waktu 2 aku kecil g ler.tp memg best
[Reply]
By HAMBALI on Apr 5, 2010 | Reply
yang jadi hambali tu ialah.. eman manan.. isterinya dian p ramlee..
[Reply]
By HAMBALI on Apr 5, 2010 | Reply
Drama yg menjadi kegemaran ku.. harimau rimba.. yusuf haslam jadi hero..
[Reply]
By Khairi on Apr 8, 2010 | Reply
Thanks perkongsian menarik hehe. tengah cari nama drama tu lupa
[Reply]
By azman on Jun 29, 2010 | Reply
Seiring Sejalan tu……
aku pernah buat konvoi basikal dgn sepupu sepapat,
Azman, Tomy, Nathan…. memang Drama bertema satu malaysia ni…. tapi time tu takdak lagi 1 malaysia.
[Reply]
By jinbei49 on Jul 23, 2010 | Reply
ade sape2 pernah tgk x cite nash lefthanded brlakon ngan lidyawati yg diorg jadi suami isteri tu? nak cari ah cite tu…..
[Reply]
By alkisah on Aug 14, 2010 | Reply
bagi aku lah..cerita seiring jalan tu yg paling best..masih ingat lagi lagu dia sikit2..Lakonan zamzuri nayan..mana beliau skrg ek..hero tu
[Reply]
By dewa_durjana79 on Aug 24, 2010 | Reply
A’kum,
Kengkawan yg baik,aku nak minta lagu OST filem Seiring Jalan.(Bukan Kak Aini yer..)
Thanks n wassalam.
[Reply]
By ennie on Feb 8, 2011 | Reply
citer Anjang Aki.. sapa pernah tengok? best kan
[Reply]
By iwan88 on Mar 28, 2011 | Reply
haha..cerita siapa bunuh alice tu ada 2 episod kan..yg bunuh alice tu boyfriend dia sendiri..ada jgk kwn pompuan jeles dgn dia yg tikam alice kat katil dgn gunting..tp alice time tu dah mati dilemaskan oleh boyfriend dia..yg jd ala-ala detektif conan ialah zami ismail..haha..tp citer tu mmg best aa..patut tayang balik..
[Reply]
By ROSLI on Apr 15, 2011 | Reply
SAPE2 YG ADA CITER HARIMAU RIMBA TU TLG LA UPLOAD DLM YOUTUBE…..
[Reply]