Ustaz Arief vs Uncle Seekers : Buku Bertemu Ruas??


Ditulis pada November 27, 2008 – 9:13 am | Oleh nuaeman
Share

Siapa mereka ni? . Pernah bersama tetapi kini bermusuh. Seorang kata “saya difitnah” Seorang lagi kata ” Ada orang memfitnah saya” . Hakikatnya dua kali lima . Seorang hebat dan terkenal dengan ilmu perubatan dan kekuatan tenaga dalam manakala seorang lagi tak kurang hebat dengan pemburuan hantu tetapi sekarang beralih kepada Seks. Yang pasti kedua-duanya dah pernah “terkantoi”.

Isu Ustaz Arief kelentong sebenarnya bukan isu baru. Tetapi baru sekarang menjadi panas dan masih lagi belum ada penyelesaian. Dalam hal Uncle Seekers dengan video entiti buktinya pula dikatakan perbuatan pembohongan itu dilakukan Lando Zawawi. Walau apapun yang dikatakan mereka berdua kedua-dua isu tu telah melibatkan duit orang ramai.

Sekarang ibarat buku bertemu ruas apabila kedua-duanya kini saling menyalahi antara satu sama lain sehingga timbul pula kes saman menyaman. Umpama dua penyamun yang berkelahi kerana ketidakadilan pengiraan harta hasil rompakan. Semua orang dapat saksikan bahawa Ustaz Arief ada menyebut beliau difitnah oleh bekas ahli mereka. Mungkinkah orang yang dimaksudkan itu Uncle Seekers?. Nampaknya isu ini tidak akan terhenti disini dan mungkin pelbagai maklumat lagi akan terkeluar di Internet. Orang  ramai hanya akan mampu membuat spekulasi.

Dalam kisah mereka berdua ini nampaknya pihak Cakra Alam memegang tanggungjawab lebih berat kerana gelaran ustaz yang diguna pakai. Tidak cukup dengan pelbagai isu yang telah berlaku melibatkan golongan agamawan dan kini kiranya penipuan itu benar maka Pihak Cakra Alam hanya akan membusukkan lagi gelaran “Ustaz” serta institusi Islam sebagaimana diperjelaskan oleh UZAR di website beliau.

Disini ada petikan akhbar yang melaporkan pergeseran antara Ustaz Arief dan Uncle Seekers. baca dan Nilaikan sendiri.

Pengurusan saman ‘Uncle Seekers’ Nov Depan
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Sivil di sini semalam, menetapkan 26 November depan untuk pengurusan kes saman fitnah RM5 juta Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas atau Uncle Seekers terhadap pengamal perubatan tradisional, Mohd Arief Mohamed Batcha.

Timbalan Pendaftar, Razman Ibrahim menetapkan tarikh berkenaan dalam kamar bagi pihak defendan yang diwakili peguam Zulkepli Omar daripada Tetuan Lainah Yaacob & Zulkepli, meneliti klausa-klausa tindakan yang telah dikemukakan.

Syed Abdullah melalui peguamnya, Wan Azmeer Wan Majid memberitahu, tarikh pengurusan ini diberikan setelah peguam defendan, SN Nair menarik diri.

“Saya pun tidak tahu bila kes ini akan berjalan (dibicarakan). Peguam defendan asyik tarik diri saja. Masuk hari ini (semalam) dah kali kedua,” kata Ketua Penyelidik Paranormal Seekers Malaysia itu.

Beliau memberitahu, saman fitnah itu difailkan pada 2007 ekoran kenyataan Mohd Arief berbaur fitnah yang menyatakan beliau melalui sistem pesanan ringkas (SMS) pernah mengugut Mohd Arif dengan memaksanya memberikan wang selain mengancam keselamatannya.

Selain itu, Syed Abdullah mendakwa Mohd Arief turut membuat fitnah dalam satu kenyataan di akhbar dengan menyatakan Syed Abdullah bersama tiga rakannya menyamar sebagai anggota polis sehingga menyebabkan Syed Abdullah ditangkap, digari dan direman selain hal berkenaan diterbitkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia pada 21 Oktober 2006.

“Semua ini berlaku setelah saya mengeluarkan kenyataan dalam akhbar Kosmo! yang bertajuk ‘Ramai ustaz lebih cenderung memperdaya daripada mengubat – kaya dengan kelentong’.

“Ekoran itu, Ustaz Arief mendakwa saya telah mencemarkan nama baik, menyebarkan keburukannya dengan palsu. Sedangkan dalam kenyataan akhbar berkenaan saya tidak sebut pun nama dia atau nama sesiapa. Kenapa dia perlu terasa,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, pengkaji paranormal rancangan seram ‘Seekers’ bagi musim pertama dan kedua yang disiarkan di NTV7 memfailkan saman malu bagi menuntut ganti rugi RM5 juta terhadap pengamal perubatan tradisional atas dakwaan mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya di akhbar.

Dalam penyataan tuntutan, Syed Abdullah mendakwa Mohd Arief pada 25 Oktober 2006 telah mengeluarkan kata-kata fitnah di akhbar The Malay Mail.

Beliau juga mendakwa Mohd Arief sekali lagi mengeluarkan kata-kata fitnah di akhbar yang sama pada 2 November tahun yang sama.

Syed Abdullah juga mendakwa, kata-kata fitnah itu dikeluarkan Mohd Arief setelah beliau (Syed Abdullah) membongkar amalan perubatan yang dilakukan Mohd Arief yang dikatakan palsu dan menipu orang ramai.

Beliau mendakwa, akibat daripada kenyataan fitnah Mohd Arief itu, dia ditangkap dan direman polis.

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Entri Berkaitan:

  1. Ustaz Arief terus berputar alam dan berbohong di 360?
  2. Ustaz Arief Cakra Alam atau Putar alam?
  3. Pesta Buku Antarabangsa KL 2010 – 3 Buah Buku Terbaru Yang Mesti Dimiliki
  4. Ustaz Asri Ibrahim 1969 – 2009
  5. Buku yang buat para isteri Resah

Tags: , ,

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 374 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 19 Responses to “Ustaz Arief vs Uncle Seekers : Buku Bertemu Ruas??”

  2. By samdaddycool on Nov 27, 2008 | Reply

    Mari kita lihat.. siapa yang kena??

    p/s- kalau dalam rancang ‘Pagi di Era’.. ada segmen kena kantoi.. :)

    samdaddycool’s last blog post..Cakra Alam, Cakra 360, Cakra TV3.. Putar Alam?

    [Reply]

  3. By CallisteR on Nov 27, 2008 | Reply

    wah~~memg dah kena sgt la ni penipu jumpe pembohong!

    CallisteR’s last blog post..Performers? Kappa girl?

    [Reply]

  4. By |1f34|-|1r3 on Nov 27, 2008 | Reply

    dalam 360 smalam..mamat arief tuh cakap ada org cuba sebarkan fitnah kat dia..memang nampak sangat merujuk kepada uncle seekers..tuh firasat aku la…

    |1f34|-|1r3’s last blog post..Video on Cakra Alam scam report from 360

    [Reply]

  5. By Adry on Nov 27, 2008 | Reply

    Huhu…. apa nak jadi da dunia ni.. huhu

    Adry’s last blog post..My birthday 2008…

    [Reply]

  6. By megat on Nov 27, 2008 | Reply

    semakin hari semakin menarik! mereka pula semakin popular dengan gelaran masing-masing huhu.

    megat’s last blog post..Walimatul Urus, Hari Pernikahan Semakin Hampir

    [Reply]

  7. By titan on Nov 27, 2008 | Reply

    lantak la diorang. malas aku nak campur..

    titan’s last blog post..Pay Per Lead Terbaru – Downline Builder Direct

    [Reply]

  8. By ezad on Nov 27, 2008 | Reply

    Dua2 aku tak berkenan..haha

    [Reply]

  9. By zaki blogjer on Nov 28, 2008 | Reply

    Tapikan, dua-dua org ni bnyk pengikut. Eh the seekers tu ada lagi ke kat NTV7, lama tak nampak

    [Reply]

  10. By nuaeman on Nov 28, 2008 | Reply

    haha.. tapi yang ni belum terkena dah terkantoi sam.. :)

    [Reply]

  11. By nuaeman on Nov 28, 2008 | Reply

    hati-hati sikit..callister kang tak pasal-pasal si uncle seeker tu saman ko pulak.. hehe

    [Reply]

  12. By nuaeman on Nov 28, 2008 | Reply

    Aku rasa memang ye pun.. kita tengok jee apa akan berlaku seterusnya..

    [Reply]

  13. By nuaeman on Nov 28, 2008 | Reply

    Petanda akhir zaman.. atau mungkin zaman dah nak berakhir.. huhu

    [Reply]

  14. By nuaeman on Nov 28, 2008 | Reply

    Lepas ni apa pulak yang keluar lagi agaknya.. hai.. macam-macam.. silap-silap metro ahad nanti buat isu khas pasal nih..

    [Reply]

  15. By nuaeman on Nov 28, 2008 | Reply

    Tak perlu campur.. terus kan siasatan buat duit ko tuu lagi masyukk hehe..

    [Reply]

  16. By nuaeman on Nov 28, 2008 | Reply

    yang satu tu mmg dah lama aku tak berkenan.. tapi dua-dua lebih kurang sama jee

    [Reply]

  17. By nuaeman on Nov 28, 2008 | Reply

    Si Seekers tu akan muncul balik tetapi kali ni lain sikit bunyinya.. SEKS.. tak lama tayanglaa tu.. rakaman dah buat dah.. dia bincang isu seks pulak

    [Reply]

  18. By zaki blogjer on Nov 28, 2008 | Reply

    ooo, patut lama tak nampak, tak silap dulu ada ternampak debat Ustz Fadzillah Kamsah dgn Mr Seeker nie, mmg rasa mcm seeker tu tak betul.

    [Reply]

  19. By Callister on Dec 1, 2008 | Reply

    aha..jgn la cenggitu..
    mn ada duit kalo kena saman..

    Callister’s last blog post..Performers? Kappa girl?

    [Reply]

  20. By pokme on Aug 7, 2010 | Reply

    2 orang yg bahlol – 1 arab bodoh lwn 1 mamak samdol

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled