Ustaz Arief Cakra Alam atau Putar alam?
Ditulis pada November 26, 2008 – 7:33 am | Oleh nuaeman Share
Aku tak nak cerita panjang kisah Ustaz Arief yang didakwa menipu ni kerana ianya hanya mengulang apa yang telah diperkatakan oleh blogger-blogger lain. Tentunya ramai telah sedia maklum dengan penayangan satu siri dari rancangan tv Korea yang tersebar luas melalui youtube. Berdasarkan pembuktian melalui hukum fizik oleh James Randi didalam rancangan tersebut seakan-akan apa yang dilakukan oleh pihak Cakra Alam selama ni tak lebih dari satu penipuan kepada masyarakat Malaysia.
Apa yang difahamkan siri tv tersebut telah lama disiarkan iaini pada tahun 2003 dimana James Randi ketika itu menjadi host bagi sebuah rancangan 14 episod terbitan Seoul Broadcasting Corp (Rujukan: Randi’s Bio) Yang menjadi persoalan mengapa baru sekarang perkara ini diketahui ramai. Pihak Cakra Alam pula pastinya telah lebih dahulu tahu mengenai perkara ini tetapi mengapa tidak diperjelaskan dari awal.
Semestinya ramai yang sedang menunggu apa yang akan dikatakan oleh Ustaz Arief mengenai perkara ini. Beliau yang ketika ini berhadapan dengan isu saman 5 juta dari “Uncle seeker” sudah barang tentu akan menggunakan sebaiknya peluang yang diberikan oleh pihak TV3 melalui slot 360 malam ini untuk membela diri kerana ramai yang telah mula sangsi dengan beliau. Hari ni juga pihak Utusan Malaysia telah melaporkan mengenai isu ini. Samada dakwaan James Randi itu benar atau tidak kita tunggu dan saksikan sendiri di 360. Apakah Cakra Alam ini benar atau hanya sekadar Putar Alam.
*Cuba kita layan jap video lama pasal kehebatan beliau nih. Cam bagus je ye.. Aku nampak macam kelibat uncle seekers je dalam video tu. Apa mereka ni pernah ada pakatan ke.. dan mungkinkah apa yang nak dibongkarkan oleh uncle seeker tu ada kena mengena dengan isu ni.. huhu.
Ini video isu saman dengan Uncle Seekers
Entri Berkaitan:
- Ustaz Arief terus berputar alam dan berbohong di 360?
- Ustaz Arief vs Uncle Seekers : Buku Bertemu Ruas??
- Senda Jumaat : Kain Kapan si Putar Alam
- Isu Minyak : PM tak Cerdik atau kita yang tak bijak..?
- Mengimbau Alam Persekolahan Nuaeman
Tags: Cakra Alam, James Randi, Ustaz Arief























18 Responses to “Ustaz Arief Cakra Alam atau Putar alam?”
By CallisteR on Nov 26, 2008 | Reply
mcm2 la orang nak menipu zman skang ni..
sume pengguna kena makin bijak kalo xnk kena tipu..
[Reply]
By Azah on Nov 26, 2008 | Reply
Truth or Dare?
Anda terkena.
Ada berani?
http://www.azahamin.com/truth-or-are/
Azah’s last blog post..Truth or Dare
[Reply]
By |1f34|-|1r3 on Nov 26, 2008 | Reply
kalau uncle seekers tahu cakra alam penipu tuh….dedahkan tros…uncle tuh pon banyak keraguan sbnrnya…
[Reply]
By nuaeman on Nov 26, 2008 | Reply
Ya uncle tu pun banyak keraguan yang mana kes video entitinya dulupun kantoi.. hati aku kuat mengatakan benda ni ada kaitan dengan pergeseran antara mereka berdua setelah menonton 360 tadi.. ciput je citernya.. tak dapat bukti apa-apapun..
[Reply]
By taukey on Nov 26, 2008 | Reply
ada tgk tv3…apa komen. aku senyum sahaja. tu jer mampu aku buat. hehehe
[Reply]
By Faiz on Nov 26, 2008 | Reply
erm..isu ni aku tengok ramai blog buat…sapa dah tengok 360?
apa komen dia ?
Faiz,
http://scromix.bis.my
[Reply]
By megat on Nov 26, 2008 | Reply
takkan kita hanya nak melihat dan membuat spekulasi kosong sahaja. mungkin kita sendiri tak mampu nak terus menerjah. tetapi sepatutnya isu ini sudah menjadi isu negara sebab bisnes mereka melibatkan negara juga, dan yang paling memalukan apabila ia melibatkan islam!
[Reply]
By samdaddycool on Nov 27, 2008 | Reply
RAGU-RAGU OR GARU-GARU??
samdaddycool’s last blog post..360 TV3 vs Ustaz Arif Cakra Alam
[Reply]
By nuaeman on Nov 27, 2008 | Reply
Zaman dah Berubah.. dunia dah maju.. makin ramai yang menipu…
[Reply]
By nuaeman on Nov 27, 2008 | Reply
Insya_Allah cabaran disahut.. tetapi sekadar untuk memenuhi kehendak.. mohon Allah lindungi hati ini.. emm tentang nak record tu tgk camne..
[Reply]
By nuaeman on Nov 27, 2008 | Reply
AKu pun senyum je ni taukey… heheh
[Reply]
By nuaeman on Nov 27, 2008 | Reply
faiz Boleh tgk pada post terbaru
[Reply]
By nuaeman on Nov 27, 2008 | Reply
sekarang kita dah suarakan.. media dah siarkan.. siapa pula yang seterusnya bertanggungjawab untuk ambil tindakan..?
[Reply]
By nuaeman on Nov 27, 2008 | Reply
Lebih baik ko garu belakang aku jee sam tanpa perlu ragu-ragu..
[Reply]
By CallisteR on Nov 27, 2008 | Reply
yeah..tapi jgn la kita jadi golongan 2 plak..
CallisteR’s last blog post..Performers? Kappa girl?
[Reply]
By samdaddycool on Nov 27, 2008 | Reply
oopppss.. tak bole (Brokeback Mountain)… muahahahhaaaa
[Reply]
By Khaleeda on Nov 28, 2008 | Reply
memang pon….time kat rancangan tanya linda yang dulu tue pon..seekers dah terkantoi dengan Dato` Fazdilah Kamsah…
Khaleeda’s last blog post..Fruit juices may lead to diabetes
[Reply]