Tak Berkabung Kena Saman! Siapa kata?


Ditulis pada January 26, 2010 – 1:08 pm | Oleh nuaeman
Share

Sampai sahaja di pejabat, telefon aku dah mula berdering. Panggilan dari Tuan Besar (Boss akulah..). Apa yang dia nak pagi-pagi nih.. ?

“Ahmad, you nampak tak bendera I dah letak atas you punya meja?” terus saja diterjah aku dengan soalan ni

“Haah, I nampak.. kenapa?” sengaja bertanya walhal aku dah mampu mengagak.

“Hai.. you tak tau meh..? kena pacak bendera separuh tiang woo.. kalau tak kena saman RM 3000! dah.. dah.. you suruh Roslan kasi pasang bendera tu ok” bersungguh-sungguh orang tua yang berasal dari Perak ni bercakap.

“I boleh cakap dengan dia tapi.. macammana kita nak letak bendera separuh tiang..? Tiang bendera pun kita takde!”

Jumaah Majlis Diraja nafi khabar angin
JOHOR BAHRU 25 Jan. – Jumaah Majlis Diraja Johor hari ini menafikan khabar angin bahawa tindakan saman dan tangkap dikenakan terhadap rakyat negeri ini yang melanggar tatacara berpakaian semasa tempoh berkabung sempena kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada Jumaat lalu.

Sambil menafikan sekeras-kerasnya khabar angin berkenaan, Setiausahanya, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, pihaknya meminta orang ramai tidak mempercayai perkara tersebut kerana tidak terdapat kes demikian yang dilaporkan sehingga kini.

Beliau berkata, orang ramai yang ingin berkabung adalah dengan perasaan tulus ikhlas mereka sendiri bagi menunjukkan perasaan taat setia dan kasih sayang ke atas jasa Almarhum Sultan Iskandar tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.

“Tatacara pemakaian semasa tempoh berkabung adalah secara sukarela dan kalau ada berita mengatakan pihak-pihak tertentu mengambil tindakan sama ada denda atau tangkap, ia adalah tidak benar,” katanya pada sidang akhbar di Istana Besar di sini.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Setiausaha Kerajaan Negri Johor, Datuk Abd. Latiff Yusof.

Sidang akhbar itu diadakan berikutan khabar angin yang tersebar di negeri ini apabila terdapat segelintir pihak mendakwa disaman dan ditangkap oleh polis dan Askar Timbalan Setia Negeri berikutan tidak mematuhi tatacara berpakaian semasa berkabung selama tujuh hari.

Khabar angin itu turut membabitkan denda RM15,000 yang dikenakan terhadap premis perniagaan berbentuk hiburan dan permainan yang menjalankan operasi mereka sepanjang tempoh tersebut.

Abdul Rahim berkata, semua khabar angin itu adalah mengarut dan ia merupakan usaha segelintir pihak yang ingin mengambil kesempatan memburukkan nama Sultan Johor.

Beliau berkata, Sultan Johor yang baru amat peka dan prihatin kepada rakyat serta baginda menitahkan waktu dan tatacara pemakaian semasa tempoh perkabungan perlu lahir daripada semangat tulus ikhlas.

“Jika hendak berkabung, tatacara pemakaiannya bagi lelaki Islam adalah memakai lilitan kain putih selebar dua inci pada songkok dan wanita Islam memakai tudung kepala berwarna putih.

“Bagi bukan Islam, mereka boleh memakai lilitan hitam selebar tiga inci di lengan kiri atau jika tidak boleh berpakaian begitu atas sebab-sebab tertentu, maka boleh memakai tali leher berwarna hitam.

“Tempoh perkabungan sehingga hari ketujuh selepas pemakaman iaitu hari terakhir pada Sabtu ini,” katanya.

Abdul Rahim berkata, selain itu semua bendera yang terdapat di negeri ini sama ada bendera Persekutuan, negeri atau korporat diminta dinaikkan separuh tiang.

“Kita juga menjunjung kasih kepada kerajaan Pahang yang mengingati jasa-jasa Almarhum apabila turut berkabung untuk tempoh tiga hari.

“Justeru, kalau orang luar boleh buat kenapa kita sebagai orang Johor tidak boleh melakukannya hingga tersebar khabar angin yang tidak sepatutnya,” katanya.

Menjawab soalan mengenai premis perniagaan bentuk hiburan dan permainan sepanjang tempoh berkabung, beliau berkata, ia hanya tidak boleh diadakan pada hari dan malam pemakaman iaitu pada Sabtu lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan daripada orang ramai mengenai tindakan disaman atau ditangkap itu.

Katanya, polis menasihati orang ramai agar tidak mempercayai individu tidak dikenali yang menahan atau meminta bayaran denda kerana tidak mematuhi tatacara semasa tempoh berkabung.

Mengenai tindakan seorang penulis blog yang dikata menghina institusi raja tentang kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar, Abdul Rahim mengakui tidak membaca tulisan berkenaan.

“Saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat perkara itu,” katanya.

Sumber Berita :Utusan Malaysia

Baguslah kalau yang berpakat untuk berkabung dengan setulus hati bagi menghormati pemergian Almarhum Baginda Sultan. Yang lelaki segak bersongkok hitam dengan  lilitan putih manakala yang perempuan pula anggun dengan tudung putihnya. Janganlah pula nanti bila dah dikatakan tidak dikenakan saman makanya ramai yang jadi lupa untuk berkabung. Nampak sangatlah yang kita ni lebih takut kena saman!

Hukum Berkabung

Saman ni hukum dunia. Kita nak tahu jugakkan hukum berkabung ni di dalam Islam. Dalam mencari-cari maklumat berkenaan berkabung ni banyak informasi berkenaan dengan keperluan berkabung bagi wanita tetapi tidak ada pula untuk pemimpin. Ada satu soal jawab yang ditemui di forum al-ahkam.net rasanya boleh membantu.

Soalan saya:
1. Apakah hukum menetapkan pakaian tertetntu seperti baju hitam/songkok berlilit dll sbg tanda berkabung atas kematian seseorang?
2. Apakah tindakan yang munasabah bagi saya penjawat awam yang diwajibkan memakai pakaian sedemikian atas kematian pembesar negeri saya?
Jazakumullahu khairal jazak..

Jawapan:
Amalan perkabungan hanya khas bagi wanita sahaja, sebagaimana difahami dalam hadis di bawah:

Maksudnya: Tidak halal bagi seseorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat berkabung atas kematian seseorang, kecuali ke atas suami selama empat bulan sepuluh malam.
Direkod oleh Bukhari (no: 5334), dan Muslim (no: 1487).

Manakala kaum lelaki, tidak disyariatkan berkabung atas kematian. Perkara ini disepakati oleh ulama. Kita boleh lihat dalam kitab-kitab feqah klasik dan moden yang membahaskan hukum berkabung, ulama hanya membahaskan tentang perkabungan wanita.

Cuma, ada segelintir ulama yang mengisyaratkan kepada keharusan berkabung bagi lelaki, dalam tempoh tiga hari sahaja. Contohnya dalam kitab al-Inshaf 6/279 dan Matolib Uli al-Nuha 1/924.

Itupun, hanya bagi individu yang ditimpa musibah kematian dari kalangan saudara maranya sahaja.

Manakala, adat berkabung atas kematian pemimpin, dengan cara seperti merendahkan bendera, memakai pakaian serba hitam, songkok berlilit dan seumpamanya, ia satu perkara yang tidak ada asas dalam syarak dan tidak didapati sumbernya dalam agama, dan perbuatan salaf. Malahan, ketika wafat pemimpin paling agung, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, sahabat tidak melakukan perkabungan seumpama ini.

Ini menunjukkan ia tidak syar’ie. Dan lebih dibimbangi amalan umpama ini diceduk daripada adat masyarakat bukan Islam. Sedangkan kita dilarang meniru adat mereka.

Sekarang dah jelas.. Hukum dunia tidak memaksa dan dari segi syarak juga tiada sebarang asas mengenainya.

P/S: Kalaulah pemakaian topeng bagi mengelakkan H1N1 dulu diwajibkan serta dikenakan saman untuk sesiapa yang tidak memakainya. Rasanya mungkin ramai yang akan memilih menjadi makhluk asing!

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Kena Tag pulak..
  2. Apa kena blog ni.. Arghh!!

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 15 Responses to “Tak Berkabung Kena Saman! Siapa kata?”

  2. By hanim on Jan 26, 2010 | Reply

    hmmm thanks utk info ni! pelik gak dengar tak pakai pakaian berkabung kna denda! nway u dapat info jumaah raja johor tu dr mana ea? thanks again!

    [Reply]

  3. By nuaeman on Jan 26, 2010 | Reply

    Dah diberitahu di bawah keratan tu yang berita tu diambil dari Utusan malaysia hari ni.. nak dibetulkan juga Jumaah kepada Jemaah tetapi dah beritanya macam tu..

    [Reply]

  4. By samdaddycool on Jan 26, 2010 | Reply

    Semalam keluar berita, pemakaian berkabung atas dasar ikhlas berdasarkan taat sedia kepada sultan.

    [Reply]

  5. By cyza on Jan 26, 2010 | Reply

    aku malas nak layan berita itu ini…aku pakai je…so, takde masalah…huhu

    [Reply]

  6. By mr.eims @ perfume on Jan 27, 2010 | Reply

    nsb bek tak dok johor =|

    :p

    hm..nway.. pendapat aku, tak patut juga sampai macam tu sekali. berkabung kalau tak ikhlas pun buat apa. kat depan pakai berkabung, kat belakang kutuk juga sebab paksa2. buat apa?

    [Reply]

  7. By Hazwan Hakim on Jan 28, 2010 | Reply

    layan jer..

    [Reply]

  8. By hafizmd on Jan 28, 2010 | Reply

    1) Bro, tak pasal2 pagi2 dah kene sound dgn bos yer..hikss..tunggula 2-3 tahun nanti..baru boss tau..hehe..
    2) Terima kasih untuk hukum pasal berkabung tuh. Sangat membantu.

    p/s – saye letak link blog Bro kat blog baru saye boleh?

    [Reply]

  9. By nuaeman on Jan 28, 2010 | Reply

    Alhamdulillah Sultan Ibrahim.. mmg berjiwa rakyat

    [Reply]

  10. By nuaeman on Jan 28, 2010 | Reply

    macam saya kata.. benda tu terpulang..

    [Reply]

  11. By nuaeman on Jan 28, 2010 | Reply

    letak jee.. blog apa yang baru tu hafiz?

    [Reply]

  12. By nuaeman on Jan 28, 2010 | Reply

    aku pakai kopiah putih jee.. songkok tertinggal kat kampung

    [Reply]

  13. By hafizmd on Jan 29, 2010 | Reply

    Personal blog..macam blog bro nuaeman ni..

    [Reply]

  14. By titan on Feb 2, 2010 | Reply

    jangan sampai jatuh hukum wajib buat benda2 tuh sudahla..

    [Reply]

  15. By kabu on Feb 5, 2010 | Reply

    khabar yang dibawa oleh angin…..

    [Reply]

  16. By kabu on Feb 5, 2010 | Reply

    khabar yg dibawa oleh angin

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge