Sultan Johor Mangkat


Ditulis pada January 23, 2010 – 8:04 am | Oleh nuaeman
Share

sultan johor mangkat 

Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat pada jam 7.15 malam ini di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru selepas memerintah hampir tiga dekad. Baginda berusia 77 tahun.

Pengumuman kemangkatan baginda dibuat oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman.

Menurut menteri besar, jenazah baginda akan disemadikan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah pada 2 petang esok.

Baginda dikejarkan ke Hospital Pakar Puteri, pagi tadi kerana gering

Setelah berteka-teki akhirnya berita yang disebarkan selepas solat Jumaat semalam benar-benar berlaku. Dari petang semalam sudah ada yang menghebahkan berita mengenai kemangkatan DYMM Sultan Johor sehingga telefon aku menjadi hotline sekejap kerana ada kawan-kawan yang menghubungi meminta kepastian. Aku sendiri pun tak tahu sebenarnya tetapi setelah diselidik apa yang difahamkan memang Baginda sedang gering.

Walaupun begitu sekitar pukul 8 malam tersebar lagi berita yang sama bahawa Sultan Johor telah mangkat pada jam 7.08 malam. Tetapi tidak ada berita yang dari TV atau internet yang mengesahkan dan Buletin Utama TV3 jam 9 malam juga tidak ada berita tentang itu. Sehingga pukul 11 malam barulah diumumkan di TV.

Takziah buat Rakyat Johor termasuk aku. Moga roh almarhum ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al Fatihah…

sumber berita:Malaysiakini.com

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Sejarah Kesultanan Islam di Johor
  2. Cabaran Berbogel di Sekitar Bandaraya Johor Bahru!
  3. Tak Berkabung Kena Saman! Siapa kata?

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. One Response to “Sultan Johor Mangkat”

  2. By Jmay on Jan 23, 2010 | Reply

    Al-fatihah..semoga roh almarhum di tempatkan di kalangan orang2 yang soleh…

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge