Senarai Kod Produk Makanan yang mengandungi Lemak Babi


Ditulis pada March 28, 2010 – 8:30 am | Oleh nuaeman
Share

” Ko beli Jajan apa? ” tanya aku pada seorang staf

” Ntah apa kenama niha.. makanan jepun.. macam mamee jee rasanya.. Kenapa Mad? ” dia membalas..

” Tidaklaa.. saja tanya.. sebab ada laporan keropok Rota yang biasa kita makan tu.. ada kandungan lemak babi berdasarkan kod E110 yang tertulis dibelakang plastik ” aku cuba jelaskan..

” Eh! betul ke? aku dah makan jajan tu dari kecil lagi.. takkan Jakim sampai sekarang tak perasan..”

” Bukan ko aje.. aku pun sama.. aku sendiri pelik dengan Jakim ni.., setakat ni hal tu masih dalam siasatan Jakim disebabkan syarikat pengeluar produk tu tiada dalam senarai pemegang sijil halal Jakim.. walaupun belum jelas kesahihannya.. kod E110 tu memang tersenarai antara kod yang mengandungi lemak babi.. kalau dah wujud was-was baik tak payah makan..”

” Kalau macam tu Jajan yang kita makan ni pun tak selamat lah yek..?  tapi ini ada logo halal? ” soalnya

” Logo Halal? heh.. benda tu boleh print je bang.. bukan susah pun.. percaya atau tidak.. yang sijil halal pun sekarang ni.. dah jadi barang dagangan.. dah boleh dibeli.. tapi bukan dari Jakim lah.. dan sebenarnya bukan jajan saja tapi banyak lagi makanan yang dijual kat kedai tu masih diragui kehalalannya.. emm ko pernah makan produk sotong kering yang bergula, aku lupa nama produk tu.. nanti aku tunjuk gambar..”

” Err.. rasanya aku tau.. suka jugak aku makan.. kenapa..?”

“Emm.. itu aku memang tak suka makan.. dan baru-baru ni ada laporan dibuat yang mana sotong tu sebelum di sira dengan gula.. diorang bersihkan guna bulu babi..  dan syarikat tu dah diambil tindakan pun.. Jabatan agama dah kesana untuk samak,, tapi produk yang ada kat pasaran masih dijual aku tengok.. tak silap kat Mersing kampung aku.. banyak dijual sotong kering bergula tu..” ulas aku

“Adeh… berapa banyak sumber babi daa kita dah termakan ni..?”

” Sebab tulah agaknya perangai manusia kat Malaysia ni dah makin teruk.. itu belum lagi aku cerita kat ko pasal bihun cap masjid tu orang bukan islam yang uruskan.. dengan anjing sana sini..  haha..” jawab aku..

dia terlopong..

Topik tentang halalan thoyibah menjadi isu utama majalah Milenia Muslim bulan march dan kebanyakkan apa yang aku sebut  adalah bersumber dari majalah tu. Di dalam majalah itu juga ada paparan mengenai salah satu kilang membuat rempah yang diserbu dimana tahi anjing kelihatan bersepah di lantai.

Ada juga dibangkitkan tentang isu kandungan babi di dalam produk makanan. Di bawah ini aku kongsikan senarai kod makanan yang mengandungi lemak babi.

1.E100, 2. E110, 3. E120,  4. E 140, 5. E141, 6. E153, 7. E160, 8. E161, 9. E210,

10. E213, 11. E214, 12. E216, 13. E234, 14. E252, 15. E270, 16. E280, 17. 300,

18. E301, 19 E325, 20. E326, 21. E327, 22. E334, 23. E335, 24. E336, 25. E337,

26. E422, 27. E430, 28. E431, 29. E432, 30. E433, 31. E434, 32. E435,

33. E436, 34. E440, 35. E441, 36, E470, 37. E471,  38, E472, 39. E473,

40. E474, 41. E475, 42. E476, 43. E477, 44. E478,  45. E481, 46. E482,

47. E483, 48. E491, 49.E492, 50. E493, 51. E494, 52. E495, 53. E542,

55. E570, 56. E572, 57. E631, 58. E635, 59. E904.

Kita memang tak sedar bila bahan-bahan ni dah dicampurkan kemudian ada pulak logo Halal pada bungkusannya kan? lainlah kalau dijual sebagaimana HJ Naguib kat bawah ni…

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Penting!!:50 usd sehari bukan produk nuaeman
  2. Alhamdulillah.. Kita Masih Mewah dengan Makanan..
  3. Kos Makanan Asrama naik RM 3 Sehari
  4. Senarai Program “Paid to Blog” yang mesti disertai
  5. Akta Halal: Menanti sejauh mana keberkesanannya

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 57 Responses to “Senarai Kod Produk Makanan yang mengandungi Lemak Babi”

  2. By zaryl on Mar 28, 2010 | Reply

    adeh. jajan2 semua tu toksaj mkn rasanya lebih baik kot.

    masak je kat umah atau kat kedai yang diyakini.

    jajan semua tu antara punca kegemukan di Malaysia.. hehe

    nak harap Jakim ntah bila nk bukak mata luas2…

    tahniah bro. MU menang 4-0 pagi tadi.. hehe

    [Reply]

  3. By Nadri on Mar 28, 2010 | Reply

    dalam zaman skrg nie, kita kena bijak semasa membeli brg makanan..jgn percaya sgt pd logo HALAL yg terdpt pd bungkusan..beli jenama yg kita yakin shj…

    [Reply]

  4. By samdaddycool on Mar 29, 2010 | Reply

    Masalah sekarang sebab budak2 sekolah sekarang ada duit poket, lepassekolah, lepak kat kedai runcit dulu utk ‘shopping’. Tu tak kira lagi diaorang main tikam2. kalau kita ada untuk awasi takpe, dah ramai2.. diaorang mana nak ingat pesanan mak bapa sangat bila dah ada dlm kumpulan..

    [Reply]

  5. By nor on Mar 29, 2010 | Reply

    penah tahun lepas keluar paper kes coklat cadbury da lemak babi.apalagi terus kol pihak terbabit (masa tu jakim blum take over).sorang pegawai perempuan ni boleh sound saya balik sebab x yakin dengan logo halal kat coklat tu. selama ni memang kite yakin, tapi bile keluar paper kata ada kandungan x halal, tentu la kite nak confirm kn. pegawai tu pon tanya mcm nak marah je. saya tanya punye la dengan sopan. apalagi suara saya pon naik.jadi malas nk kol diorg lagi.buat sakit hati je.

    [Reply]

  6. By nuaeman on Mar 29, 2010 | Reply

    Mentaliti ramai dari kita di Malaysia ni bila sesuatu tu bukan di dalam bilik non-halal makanya semuanya adalah halal belaka.. aduhai…

    [Reply]

  7. By nuaeman on Mar 29, 2010 | Reply

    betul tu Zariel.. Lebih elok beli dan masak dirumah sahaja..

    Man Utd menang eh.. hehe.. harap minggu depan pun menang besor..

    [Reply]

  8. By nuaeman on Mar 29, 2010 | Reply

    kena buat report kat pihak atasan kalau macam tu.. kita bukan tak yakin.. tetapi berhati-hati.. eloknya tak payah makanlah nor dari was was kan..

    [Reply]

  9. By imran on Mar 30, 2010 | Reply

    Kalau betul-betul alert mengenai kod ni, banyak yang ada kod tapi mempunyai logo HALAL. Sampai sekarang saya masih keliru dengan kod ini dan status HALAL pada produk tersebut. Memang isu logo HALAL ini semakin membimbangkan hingga hari ini.

    Terbaru dalam rancangan soal jawab TV3 semalam, SU PPIM menerangkan agar pengguna sendiri yang perlu menapis status HALAL dan HARAM. Namun bagi saya, peranan logo juga amat penting. Sampai bila kebolehpercayaan terhadap logo HALAL mampu dikekalkan?

    p/s : Kebanyakan produk yang mempunyai logo HALAL adalah non-bumi. huhu

    [Reply]

  10. By nuaeman on Mar 31, 2010 | Reply

    Saya buat spotcheck semalam.. memang byk makanan-makanan ringan yang ada kod sepertimana diatas.. itu yang pelik.. takkan pihak berkuasa nak biarkan kita sahaja filter.. diorang kenelaa ambil tindakan untuk logo halal palsu ni..

    [Reply]

  11. By fiezaradzi on Apr 1, 2010 | Reply

    skg mmg kurang makan jajan ni.. tapi makann lain.. tahla skg ni.. mmg susah nak tentukan halal haram.. lebih baik makan makanan masak.. tapi bahan mentah tu kena check la,,

    [Reply]

  12. By kadri on Apr 2, 2010 | Reply

    asslkm,
    sy harap tuan2 jgn menyalahkan JAKIM semata2.
    Kod2 EXXX yg tuan senaraikan di atas dari manakah asal usulnya.

    Kebiasaannya mmg ada ditambah bahan kimia dlm makanan sbg pemangkin dan bahan2 kimia ini di tulis/dikenalpasti dgn kod EXXX kerana namanya yang panjang. Contoh E417 ialah Disodium 6-hydroxy-5-[(4-sulfophenyl)azo]-2-naphthalenesulfononate. Kalau nak senaraikan semua nama sebenar bahan pengawet ini di ruang ramuan, sudah tentu la penuh bungkusan makanan tersebut.

    Tidak semua kod2 di atas berasal dari binatang khususnya BABI.
    Sebagai contoh E417 ada yg sepenuhnya dari tumbuhan. Oleh kerana struktur kimia nya adalah sama walaupun dari sumber binatang mahupun haiwan ia tetap di kenal pasti sebagai E417.
    http://en.wikipedia.org/wiki/Sunset_Yellow_FCF

    E110 sendiri merupakan pewarna kuning yg sering digunakan dan sumbernya juga boleh drpd haiwan dan sayuran.

    Jika JAKIM telah mengesahkan ia halal, insyaAllah mereka telah memastikan sumber asas bahan kimia tersebut adalah dari sayuran atau haiwan halal.

    Kadangkala ada juga pihak pengeluar yg menulis sumber bahan kimia yg mereka gunakan contoh: EXXX(from soybean). Saya juga pernah terjumpa di luar negara EXXX(pig) dan sudah tentulah harus dihindarkan.
    InsyaAllah, JAKIM telah melalukan tugas mereka dgn baik. Jgn lah terlalu mudah kita menyalahkan.

    Walaubagaimanapun, hindarilah makanan penuh bahan kimia kerana walaupun ia mungkin halal, namun pelbagai kesan karsegonik (sumber kanser) & sebagainya yg mungkin kita x ketahui.

    Wallahua’lam

    [Reply]

    shazai Reply:

    EXXX(pig) to refer kod ape?

    [Reply]

  13. By kadri on Apr 2, 2010 | Reply

    aslkm wbt,

    Jgn lah tuan2 menyalahkan pihak JAKIM semata2 dan tanpa usul periksa terus menerima kod2 yg disenaraikan dia atas sebagai benar.

    Dalam industri makanan sekarang pelbagai bahan kimia dimasukkan untuk pelbagai fungsi supaya tahan lama, menggebukan kuih, merangsang rasa dsb.
    Kebanyakan bahan kimia ini hanyalah dilabel sebagai EXXX kerana namanya yg panjang, cth E417 Disodium 6-hydroxy-5-[(4-sulfophenyl)azo]-2-naphthalenesulfononate.
    Jika disenaraikan nama sebenar bahan kimia ini di ruang ramuan sudah tentulah penuh bungkusan makanan tersebut.

    Bahan EXXX ini juga ada yg boleh diekstrak daripada tumbuhan, atau binatang, atau kedua-duanya sekali bergantung kepada proses kimia yg lalui.
    Contoh lagi E417 di atas boleh diekstrak dari tumbuhan mahupun haiwan. Sumber haiwan pula mungkin yg halal atau tidak halal.
    Begitu juga E110 pewarna kuning yg boleh diekstrak dari tumbuhan dan haiwan.

    InsyaAllah, mungkin JAKIM telah pun memeriksa sumber asal bahan kimia yg digunakan dlm produk yg telah disahkan halal olehnya.

    Apa pun, sebagai pengguna kita juga haruslah double check apa yg kita makan.

    Mengenai gambar di atas, meletak kepala babi di sebelah daging lembu tidaklah menganggu status halal daging lembu yang telah disembelih dgn sempurna.
    Namun isunya disini adalah dari segi najis dan kebersihan daging lembu tersebut.

    Wallaha’lam

    [Reply]

    irayuri Reply:

    tp bagaimana pengguna nk buat double chek…pengguna x de kuasa utk b’buat demikian…bagaimana plak nk tau cth kod e471 tu dr sumber haiwan atau tumbuhan…kalau dr sumber haiwan macam mana nk tau kalau ia dari babi atau bukan babi….kenapa kod tu sama saja. apa kata pihak JAKIM mencadangkan kpd pihak yag berkenaan supaya kod itu lebih spesifik dan buat iklan besar-besaran supaya pengguna islam celik mata dan tau apa jenis makanan yg perlu diambil…sy rasa kod2 ni org intelektual jer tau..org2 kampung mana tau benda2 ni…perjuangkan agama demi kehidupan akhirat….

    [Reply]

  14. By Dila.13 on Apr 3, 2010 | Reply

    setelah membaca post bro Nuaeman & jugak komen2 pembaca lain, saya rasa lebih baik kita rujuk sendiri status halal sesuatu produk tu dgn JAKIM sendiri. kadang-kadang apa yang kita was-was tidak diragui langsung oleh orang lain :)

    ==========================================
    ini saya extract dr wabsite JAKIM sendiri utk check status HALAL guna SMS;

    “Bagaimana menghantar SMS Halal Malaysia?

    Anda boleh menyemak status halal bila-bila masa sahaja. Untuk menyemak, sila taip :

    Taip halal [nombor kod bar]

    Contoh halal [9551234567891]

    hantar ke 32728 | DAPAT

    Dalam tempoh yang singkat, anda akan menerima jawapan daripada Hub Halal JAKIM mengenai status semakan anda.

    Sekiranya maklumat tersebut masih sah, jawapan yang akan diterima ialah Sijil Sah

    Sekiranya maklumat tersebut sudah tamat tempoh, jawapan yang akan diterima ialah Sijil Tamat Tempoh

    Sekiranya maklumat tersebut tiada di Hub Halal JAKIM, jawapan yang akan diterima ialah Tiada Dalam Senarai”

    [Reply]

  15. By MOHAMAD on May 19, 2010 | Reply

    PENING LAH… tapi dari sumber internet nie http://www.food-info.net/uk/qa/qa-fi45.htm Exxx yang berasal dari binatang E110 tak termasuk pun…. tolong lah umat islam ini.

    [Reply]

    org islam yg keliru. Reply:

    tu la pasal nye….ka roti hi 5 tu ade gak kod E tu , tapi aku cek kat internet x dek pon. pening tol la kapla aku ni……

    [Reply]

  16. By Muhammad Faisal on May 26, 2010 | Reply

    Jika hati ragu-ragu, maknanya tak yakin. Bila makan sesuatu dgn niat tak yakin

    statusnya, sendiri mau ingat le. (islam berilmu je yang tau maknanya) Jika hal

    remeh menjadi isu besar, mesti ada sesuatu di sebaliknya. Jika nak kata orang

    islam bodoh, elok depa (kapitalis) x payah bubuh kod tu (bagi je orang islam

    makan… kan senang). Persoalannya, jika makanan tu diimport dari eropah, kanak-

    kanak tau ke yang kod E tu memang ada ba alif ba ya… (“papa kata kod E boley

    makan la dik…”) Kesudahannya, orang islam semakin alpa dan daif bahawa Makanan

    yang baik membentuk peribadi yang baik. Tak percaya? makan le…. siapa nak

    marah…. dunia kan anda yang punye……

    ps: diri sendiri jika belum tau selamat macammana nak selamatkan orang lain…….

    [Reply]

  17. By siti aza on Aug 9, 2010 | Reply

    assalamualaikum…sy ingi bertanya tentang status coklat tobleron.adakah coklat ini halal???
    saya telah makan sejak dari kecil…baru hari ini perasan coklat tersebit tiada tanda halal… tolong beri kesahihan tentang stutus coklat ini….

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Coklat tu dari luar negara kan?

    [Reply]

  18. By ain on Aug 25, 2010 | Reply

    http://www.nuristimewa.com/makanan-e-codes-halal-di-malaysia.html/comment-page-1

    try baca sni…jgn cepat mghukum

    [Reply]

  19. By amaninadam on Sep 5, 2010 | Reply

    fobia aku nak makan jajan lagi….

    [Reply]

  20. By Ameerah on Sep 8, 2010 | Reply

    ish..tak cayelah rota pon ade lmk “pig”..
    dhla snack nie favourite sy..

    [Reply]

  21. By aiman on Sep 8, 2010 | Reply

    alamak silap makan . apalah jakim ni bagi tanda hll dkt jajan yg tk halal

    [Reply]

  22. By mohd danial on Oct 2, 2010 | Reply

    macam mane dengan umat sekarang?tidak pentingkan halal haram?

    [Reply]

  23. By you are zero on Oct 4, 2010 | Reply

    Itu bukan lemak babi la itu perwarna makanan E110 yelow sunset

    [Reply]

  24. By Aznai on Oct 6, 2010 | Reply

    Assalamualaikum…
    Seboleh2nya kita janganlah jadi seperti ‘bangau oh bangau’.Saling salah menyalahkan dan tuding menuding sesama kita tidak akan dapat menyelesaikan masalah.Kita semua sama2 cuba mencari penyelesaian yang terbaik dalam hal ini. Harap pihak yang berwajib menangani perkara ini dengan penuh prihatin agar umat Islam tidak berada dalam keraguan, was2 mahupun keliru.
    Wallahua’lam

    [Reply]

  25. By arm on Oct 24, 2010 | Reply

    Assalamualaikum…nk tnya…klau (E102) glongan dia x?? fobia bla ader E

    [Reply]

  26. By akira on Oct 26, 2010 | Reply

    salam,
    klu die tulis soya lecithin,E476 halal ke ? pastu lagi satu chocolate cadbury halal tak ?

    [Reply]

  27. By Nor on Nov 11, 2010 | Reply

    Boleh tengok web halal status, http://www.panhalal.com.

    Ada link untuk halal certification body. Lebih yakin.

    Facebook untuk latest world halal news http://www.facebook.com/pages/Selangor-Malaysia/Panhalal/162609007082720?v=wall

    Untuk business juga boleh create new listings.

    [Reply]

  28. By iza keramat on Nov 23, 2010 | Reply

    assalamualaikum . .
    baru2 nie adik ade t’beli kropok rota . .
    tp, x dek plak kod E110 sprti ape yg d perkatakn iaitu tidak halal . . sebaliknya mmpunyai kod (yellow sunset FCF 15985) . . mkna nya, bley mkn la kn?? harap dpt respon . . ^_^

    [Reply]

  29. By khalisah on Dec 24, 2010 | Reply

    salam..
    nk tnye…loacker product tu halal x?
    xde tande halal..
    tpi yg kod ee tu xde??

    [Reply]

  30. By nur rushda on Jan 4, 2011 | Reply

    saya termakan makanan barangan lemak babi .apakah dosa

    [Reply]

  31. By nona on Jan 8, 2011 | Reply

    Salam. Sangat sush nak cari produk 100 tanpa campuran atau percikan berunsur babi. Tak makan daging babi kita mesti terkena zat-zat dari lemak, tulang atau kulit babi. Paling tak cat dinding rumah kita disapu dengan berus bulu babi.Alat solek/ bedak/ minyak wangi/ shampoo/ sabun yang kita pakai tu garenti ke tak ada unsur dari babi. Saya berani jamin 99% memang ada unsur campuran babi. Babi dah jadi komoditi dunia. Memang tak dapat elak dah. Kat keliling Masjidil Haram kat Mekah pun melambak pak arab jual kasut/ selipar kulit dari China. Kulit babi bahan buatannya sebab tu murah. Air hujan yang turun dari langit pun ada campuran babi. Wap air China masak babi kat pasar naik ke awan. Lepas tu awan bertukar jadi hujan. Air hujan tertimpa pada kita. Atau kita minum air hujan. Tak ada unsur babi ke tu. Tak guna kita bincang pasal kot yang banyak-banyak tu. Kita sekarang sudah seolah-olah sudah pagari oleh babi.

    [Reply]

    mama foyuuu Reply:

    dikk.. gini la yea.. air ujan..tu kira Allah yg tntukan.. bkn buatan manusia.. jgn bicara barang yg Allah jdkan.. kta bicara tntang barang yg Manusia buat.. kalau rsa payah sgt.. makan la apa yg adik pk tanpa Was-was..

    [Reply]

  32. By nona on Jan 8, 2011 | Reply

    Salam. Sangat sush nak cari produk 100 tanpa campuran atau percikan berunsur babi. Tak makan daging babi kita mesti terkena zat-zat dari lemak, tulang atau kulit babi. Paling tak cat dinding rumah kita disapu dengan berus bulu babi.Alat solek/ bedak/ minyak wangi/ shampoo/ sabun yang kita pakai tu garenti ke tak ada unsur dari babi. Saya berani jamin 99% memang ada unsur campuran babi. Babi dah jadi komoditi dunia. Memang tak dapat elak dah. Kat keliling Masjidil Haram kat Mekah pun melambak pak arab jual kasut/ selipar kulit dari China. Kulit babi bahan buatannya sebab tu murah. Air hujan yang turun dari langit pun ada campuran babi. Wap air China masak babi kat pasar naik ke awan. Lepas tu awan bertukar jadi hujan. Air hujan tertimpa pada kita. Atau kita minum air hujan. Tak ada unsur babi ke tu. Tak guna kita bincang pasal kot yang banyak-banyak tu.

    [Reply]

  33. By anis on Jan 11, 2011 | Reply

    jgn la kita nk hukum sesuatu perkara tnpa usul periksa. dh sah haram baru leh heboh.. Jakim ada tanggungawab menentukan halal @ tidak. Kalo x pasti jgn la buat kenyataan makanan tu ada kandungan Babi..

    [Reply]

  34. By shah on Jan 25, 2011 | Reply

    aduih…dah bpe bnyk la mkn mknn tu sume…cbe bygkn dri kcik smpai besar la ni…huhu

    [Reply]

  35. By ARD on Feb 10, 2011 | Reply

    sapa yg kena dipersalahkan skang ni?JAKIM? Perut kita dah penoh ngan babi.kalau boleh dikeluarkan isi perut ni dan cuci smula,aku sanggop.tapi nak wat camna dah terkena.patut la masa kecik2 dulu ayah aku marah betul kalo aku mkn jajan.sanggop dia kejar aku sekeliling kg ngan rotan di tgn sbb mkn jajan..skang baru aku paham kenapa.
    apa kerja JAKIM buat?Mkn gaji buta.berdosa la korang semua termasuklah aku yg ‘termakan’ babi

    [Reply]

  36. By abdul rahim on Feb 11, 2011 | Reply

    Saya terlihat didalam discovery channel di astro mengenai pembuatan kasut sukan berjanama New Balance (NB) dari Amerika-menggunakan pigskin – kulit babi

    [Reply]

  37. By sarah on Feb 25, 2011 | Reply

    dh termakan makanan y ada unsur2 babi that man telah terpegang la..kena samak x tangan kita ???

    [Reply]

  38. By bie on Mar 18, 2011 | Reply

    minta izin share..

    [Reply]

  39. By ayu on Mar 24, 2011 | Reply

    emm..macam mana pula dari segi kapsul gel ni ye.. sy bru beli fish oil supplement.. gelatin softgel adalah dr Halal certified Bovine source..sy search kt internet mengatakan source adalah dr cow/bull/buffalo..selagi bkn buddhist bole mkn..ermmm

    [Reply]

  40. By my on May 21, 2011 | Reply

    Teruk betul la mcm ni.. JAKIM WATPE!!!. Ape2pun kita berwaspada je ok

    [Reply]

  41. By nurul on Jun 2, 2011 | Reply

    alhamduliilah…tq info yg sgt penting ni

    [Reply]

  42. By ibu on Jun 7, 2011 | Reply

    assalamualaikum wbt;
    *pastinya kebanyakan muslim di mana-manapun menghadapi masalah memastikan halal haram ni…
    *boleh kata setiap aspek hidup kita perlu waspada bila menggunakan apa juga dari barang perhiasan diri,perabut mahupun yang dimakan…
    *jika diikutkan…takut nak beli apapun…tapi terkena juga kadangkala,tanpa sedar atau tak tau tak pe tapi bila tau…mulala nak syak itu ini…susah nak beli jadinya…
    *apatah lagi memikirkan apa yang JAKIM boleh bantu atau sebanyak mana muslim dapat diberi ilmu tentang haram halal ni..atau *adakah penguatkuasaan terhadap syarikat pengeluar atau pengedar yang memalsukan fakta halal haram ni…?
    *muslim di sini khususnya,perlu proaktif dalam menghasilkan produk halal dan pengguna wajib menyokong dan menggunakan produk tersebut supaya kita lebih kuat…bukan sekadar pengguna dan pembeli sahaja…
    *dan di sini saya dapat beberapa maklumat yang berguna yang boleh dimanfaatkan oleh muslim di sini…insyaAllah iaitu di website http://www.muslimconsumergroup.com.
    mudah2an…amiin

    [Reply]

  43. By Adma on Jul 11, 2011 | Reply

    Ade lagi satu kod tertinggal la E920

    [Reply]

  44. By presiden on Aug 4, 2011 | Reply

    x pyh kelam kabut pasal code E tu.
    bukak je wikipedia..bace dulu dan jgn cepat buat rumusan sendiri.
    ni ha link die klu malas nk search
    http://en.wikipedia.org/wiki/E_Number

    [Reply]

  45. By chanz on Sep 6, 2011 | Reply

    sy ade beli jajan corntoz, kt blakangnye ade ramuan yg mngandungi bahan pewarna (E110) yg dibenarkn… Musykil betol sy sbb kt dpn nye siap ade logo halal ….

    [Reply]

  46. By rahmat on Sep 14, 2011 | Reply

    ferrero rocher adakah jenis coklat halal

    [Reply]

  47. By noorhayati on Sep 16, 2011 | Reply

    saya amat meyokong dengan komen yang di berikan oleh kadri . kita tak sepatutnya menyalahkan pihak jakim . kita harus merujuk terlebih dahulu kepada jakim mengenai kod ini .

    kod – kod ramuan ini telah di gunakan pakai bagi memudahkan pihak pengilang mengisi nama bahan – bahan itu di kertas pembalut. untuk pengetahuan kod ini terdiri dari sumber babi dan tumbuhan . jadi bagi pengilang di malaysia hanya mengikut standard kod saja bagi pengilang makanan kurusunya ia menggunakan kod ini bagi mengisi ramuan di atas kertas pembalut seperti yang telah ditetapkan oleh KPDNKK dan jakim. jika pengilang itu telah menggunakan bahan babi itu , bodohlah si pengilang itu kerana mendedahkan nya . si pengilang itu juga boleh untuk tidak mengisi kod itu kerana siapa yang tahu si pengilang itu pakai . jadi apa yang si pengilang itu nyatakan di atas kertas balut itu dengan menggunkan kod yang di katakan ada babi adalah menggunakan bahan tumbuhan .

    [Reply]

  48. By farah on Oct 29, 2011 | Reply

    x dsangka keropok kgemrnku x bleh dmkn…
    len kali kna lbh brhati2
    pas2 kna slalu ngok kod dia

    [Reply]

  49. By uncle amran on Oct 31, 2011 | Reply

    aku dngar citer..logo HALAL tu boleh dibeli…
    lg pun prnh dulu sibuk2 kuaci yg diimport dr china, org kata tak halal..tetiba dihalalkan sebab ada logo tu. Mcm produk kecantikan simply cty..ada di antaranya yg dikatakan tak halal, tp skrg ni dh ditarik balik ketidakhalalan..adakah krn dibayar? Kita pun tau produk tu dr luar negara bkn Islam. Takkan dorang pandai nak samak. Aku mmg tak caye 100% ngan JAKIM. Mrk pun manusia biasa..adakalanya wang mengatasi sglnya.

    [Reply]

  50. By adel on Nov 6, 2011 | Reply

    aku cikgu kat sekola.aku dah bertahun ngaja.bdk2 kt skol aku mmg ske gle mkn jajan ni..aku plak ngaja kelaz ujg..aku dapati bdk2 klz ujg ni slow betul..selidik pnya slidik makan jjn ni da jdi rutin arian bdk2 ni..xmau jadikan e2 sbb pelbagai cara aku guna utk mempelbgaikan cara pngajan supaya jadi menarik tp oleh sbb pemakann jjn ni dah sebati dlm drh dn otk bdk2 ni dorg lgsg x amk pot ngn apa aku aja.dri stu aku rasalah mknan ringan skrg ni bkn sahaja x myihatkn tapi merosakkan minda bdk2 kita.so pd parents kat lua sana ati2 la.jgn bg ank2 kita mkn jajan ye..

    [Reply]

  51. By che aini on Nov 28, 2011 | Reply

    ingin tahu multivitamin yang bertanda Lot E55180 halal atau tidak?

    [Reply]

  52. By che ilah on Dec 10, 2011 | Reply

    nk ty sesapepun, coklat2 yg beli kat Langkawi…cthnya kisses, daim, hersyes, semuanya xde logo halal dan dikilangkan pun bukan di Malaysia. Org Islam selamba je beli belambak-lambak dah tu bg pulak kat sedara-mara,kwn2…HALAL KE HA???

    [Reply]

  53. By Nash on Jan 28, 2012 | Reply

    i think kita and jakim yg salah…salah kita kerana membeli makanan yg tidak sihat dan salah jakim ialah tidak teliti betul2 ramuan jajan tu…

    nak kata lagi:hanya komen saja…

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge