Selamat Pengantin Baru Mawi & Ekin..


Ditulis pada December 20, 2008 – 11:25 am | Oleh nuaeman
Share

Pagi ini waktu menonton Astro Oasis aku perasan ada satu rancangan khas menceritakan sejarah Masjid Sultan Abu Bakar. ‘Bagus jugak rancangan ni..’ getus hati aku. Bila dah tengok sampai akhir baru aku faham rupa-rupanya ini salah satu rancangan khas untuk hari Perkahwinan Mawi dan Ekin. Makna kalau Mawi ngan Ekin tak nikah kat Masijid Sultan ABu Bakar takdelaa rancangan khas pasal sejarah ni eak.. hehe..

Hari ni dah 20 Disember rupanya. Hari yang ditunggu-tunggu oleh peminat si Mawi dan Ekin atau mungkin lebih ditunggu-tunggu oleh sang empunya badan. Teringat pengalaman sendiri 3 tahun lepas. huh!

Nak kata minat sangat dengan si budak Mawi ni tidaklah.  Tapi oleh kerana dia orang Johor, asal pun dari Kulai, kawasan kerja aku.  Di tempat kerja aku pulak ada teman-teman sekelas pada jejaka idaman Malaya ni.. jadi cerita si mamat ni selalu jugalah jadi bualan. Tahu juga aku kisah-kisah Mawi dari zaman sekolah sebelum bergelar Artis. Antara kata mereka ‘Mawi tu memang camtu bang.., dengan kita yang perempuan-perempuan ni bukan dia kawan sangat. Ikut kepala dia tulaa tapi kalau dia ngaji memang best!’ Mungkin atas sebab tu mereka-mereka semua ni tak dijemput. Hehe.. alah aku pun dulu nikah tak jemput jugak kawan-kawan perempuan, apa nak heran. Cuma ada sesetengah orang yang tak faham, kes-kes camni pun nak jadikan publisiti murahan.

Untuk Mawi dan Ekin ‘selamat pengantin baru’ , didoakan perkahwinan ini berkekalan. Mintak dijauhkan daripada berlaku kemusnahan atas ikatan yang akan dimeterai hari ni yang sebagaimana dah menjadi trend beberapa artis Malaysia. Nampak budak kecik yang membaca doa ketika majlis nikah tu. kagum sungguh! Harap anak aku esok-esok pun boleh jadi camtu.. sejuk hati mak dan ayah..

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Entri Berkaitan:

  1. Kemenangan tipis Man Utd dan Laptop baru
  2. Perihal Limau Mandarin dan Tahun Baru Cina

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 376 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 6 Responses to “Selamat Pengantin Baru Mawi & Ekin..”

  2. By Taukey on Dec 20, 2008 | Reply

    hrp bahagia la dia org tu.

    “Makna kalau Mawi ngan Ekin tak nikah kat Masijid Sultan ABu Bakar takdelaa rancangan khas pasal sejarah ni eak.. hehe..”

    ayat tu menusuk kalbu. muahahaha

    Taukey’s last blog post..Bersedia Untuk Cabaran Tahun 2009

    [Reply]

  3. By pcuserz on Dec 20, 2008 | Reply

    selamat pengantin baru!
    semoga dapat jadi contoh pasangan artis yg berkahwin.

    [Reply]

  4. By chuckiesd on Dec 20, 2008 | Reply

    Selamat Pengantin Baru Mawi & ekin.

    [Reply]

  5. By rohaizad on Dec 20, 2008 | Reply

    Memang dia ni IKON Johor laaa.. respek!

    rohaizad’s last blog post..2 nisbah traffik yang sama tapi 2 jenis pendapatan yang berbeza.

    [Reply]

  6. By mazuki selangor2u on Dec 21, 2008 | Reply

    aritu pon aku pegi sembahyang jumaat kat masjid sultan abu bakar ler…tapi semalam dia kahwin xde la aku pegi…tu pon alang2 singgah balik dari PC fair

    [Reply]

  7. By samdaddycool on Dec 23, 2008 | Reply

    tahniah buat Ekin dan Mawi..

    Ganaz juga populariti diorang ni!

    samdaddycool’s last blog post..Mawi & Ekin – the Impact to Tudung seller

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled