Saiful Bukhari : Remaja Paling Popular?

Tetiba saja nama Saiful Bukhari meletup satu Malaysia . Hari-hari keluar kat media.. sampai yang dah meluat dengan dia pun ada.. huhu.. siapa mamat ni? Apa yang dia dah buat yek? Nak kata bakal penerima RM 1 juta dari sukan Olimpik dia bukan atlit.. Juara AF? Owh.. takde dalam senarai kot.. Pengebom berani mati? Tengok muka sikit.. ada gaya kee.. heh! Owh baru aku teringat.. dia ni satu-satunya penerima biasiswa yang urusannya dijalankan di pejabat TPM. Patutlaa popular… eh! Popular ke?

Hehe.. semua dah kenal ngan mamat nikan.. tak perlulah aku sebut kot apa yang dia dah buat. Kalau nak terus menghukum dia pun.. kita masih lagi tak tau benda ni samada betul ke tidak walau ramai yang menjawab TIDAK!. Konspirasi..? emm mungkin.. tapi siapa yang merencana? Setelah beberapa hari isu ni jadi topik utama perbualan.. tak kira samada di tempat kerja, sidang dewan kopi , forum-forum dan sebagainya maka kesimpulan yang aku dapat buat untuk isu ni ada tiga. So jawapannya besok adalah salah satu dari tiga ni sahaja iaitu :-

1. Kes ni benar-benar berlaku

Erk! Loya tekak aku.. apapun ini adalah pendapat yang paling kurang popular. Ramai yang mengatakan tak mungkin.. emm.. aku pun macam susah nak percaya.. tapi kita tengok camne.. and… siapa boleh jawab kat mana Dato Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008? mungkin ini dapat membantu..

2. Kes ini dicipta oleh DSAI sendiri..

Ada yang berpendapat sebegini kerana menurut mereka dengan cara ini sokongan pada DSAI akan lebih kuat dan kelemahan serta kegawatan yang berlaku pada parti pemerintah pasti semakin bergelora dan pincang. Macam boleh terima.. tapi apa kesudahan pada mamat Saiful ni nanti.. ish.. ish.. dan kalau betullaa camni.. kesian kat penyokong-penyokong.. kena tipu hidup-hidup kau.. heheh..

3. Satu konspirasi peringkat tertinggi

Haa.. ini pendapat yang paling popular serta dimainkan oleh DSAI sendiri.. satu konspirasi peringkat tertinggi sepertimana yang terjadi keatas beliau pada 10 tahun dulu dalam usaha menjatuhkan atau lebih tepat lagi membunuh karier politik beliau di saat-saat jalan ke Putrajaya dah semakin terbuka luas ( mengikut sepertimana yang di war- warkan laa.. walau aku tak nampak sorang pun lagi dari 30 MP tu yang katanya nak melompat.. hehe.. asyik postpone jee.. boring gak.. ). Berita ini juga boleh mengalih tumpuan rakyat terhadap sesuatu isu hangat yang dikaitkan pada kerajaan memerintah seperti kenaikan harga barang dan juga pembunuhan Altantuya. Kalau benarlah kes ini satu teori konspirasi memanglah ianya dilakukan secara terancang dengan melibatkan badan-badan penting dalam negara.

Nak lebih faham pasal teori konspirasi ni korang boleh cari filem “Wag the Dog” lakonan Dustinn hoffman dan Robert de Niro. Filem ini mengisahkan bagaimana seorang pemimpin ingin mengalih tumpuan rakyat terhadap skandal seksual beliau. Dengan bantuan seorang spinning doctor dan juga seorang pengarah Hollywood beliau telah berjaya melakukan satu turning over dari kes skandal seks beliau kepada satu operasi menyelamatkan tentera mereka di Albania. Nak tahu lebih lanjut boleh carilaa filem ni.. dah lama gak kot filem ni.. tahun 1997 tak silap aku.

Oklah, berbalik pada isu panas pasal mamat Saiful ni. Kita tunggu dan lihat jee laa.. apa keputusannya..yek. Tapi apapun isu ni memang dah popularkan dia yang sememangnya inginkan populariti tu.. so dah tercapailaa objektif dia cuma.. penyebab popular tu sangatlah tak best.. hehe dan sekiranya benar dia teraniaya aku cuma boleh bersimpati.. habis nak beri apa lagi.. itu jelaa pun yang mampupun.. Jangan pulak lepas ni ada cerita baru isu dia dengan Michael Jackson pulak.. auwww.. Naya you… erk!

Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Related posts:

  1. Kematian anak : Antara dugaan hidup paling besar Membaca kisah-kisah ibu bapa yang kehilangan anak kecil  mengundang sebak di...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

6 Comments

  • At 2008.07.03 10:10, titan said:

    Memang dah popular. Senang je nak popular kat malaysia nih. MAcam2 cara ada..

    • At 2008.07.04 18:48, Who is Ammar Zahar? | EarnCent.com said:

      [...] boleh pergi. Aku yakin beliau ada plan tersendiri. Yang pasti dia bukan gila popular seperti Si Saiful tue.. Dari segi theme, beliau menggunakan GlossyBlue hasil karya Ndesign-studio dot com. [...]

      • At 2008.07.04 20:01, aNddy said:

        aku xknl huhuhu.tp skg bru aku tau lol

        • At 2008.07.05 11:45, yazidyahaya said:

          aku pun tak kenal..sekarang baru kenal..terkenal ke budak ni???

          • At 2008.07.05 12:23, nuaeman said:

            entah yek.. hehe.. popular kee..? :)

            • At 2008.07.13 08:14, samdaddycool said:

              ….kalo aku mati kena pijak pon, tak tergamak aku nak popular dgn cara ni…

              …p/s – piii rraaaaahhhhh mabokkk!!! aka poyo

              (Required)
              (Required, will not be published)