Rogol Bayi 20 Bulan:Ini Benar-Benar Binatang!!


Ditulis pada December 24, 2008 – 11:30 pm | Oleh nuaeman
Share

Baru sahaja semalam aku ada membuat entry yang ada kena mengena dengan kualiti lelaki zaman ini dan semalam juga ada satu berita yang membusukkan lagi nama insan yang bergelar lelaki. Satu berita yang dilaporkan oleh Harian Metro berkenaan bayi 20 bulan yang dirogol oleh dua beranak yang sudah semestinya lelaki.

Apa yang sesuai digelar untuk dua binatang ini. Bayi 20 bulan yang langsung tak mengerti apa-apa dilanyak bagai seorang pelacur. Gila! Apa hukuman yang selayaknya untuk mereka ini. Dimana agaknya mereka meletakkan aqal mereka ketika melakukan kerja jijik dan terkutuk ni. Sangat bersimpati kepada ibu bayi ini yang sememangnya amat tidak menyangka perkara seperti ini akan berlaku. Kiranya , untuk mencari penjaga kepada bayi juga perlu lebih berhati-hati sekarang. Ikuti berita penuh :-

BUTTERWORTH: Bernafsu haiwan adalah perkataan paling sesuai untuk dua beranak, termasuk remaja lelaki berusia 16 tahun yang ditahan polis selepas disyaki menodai seorang bayi perempuan baru berusia 20 bulan.

Kejadian itu hanya disedari ibu bayi berkenaan apabila pulang ke rumahnya di sini kira-kira jam 11 malam Jumaat lalu apabila melihat bayinya menangis begitu lama.

Sebelum itu, sumber berkata, wanita berusia 32 tahun yang bekerja sebagai juruwang itu meminta ibunya mengambil bayinya yang ditinggalkan di rumah pengasuh kira-kira 50 meter dari rumahnya.

Katanya, wanita itu kemudian mendapati bayinya menangis dengan kuat apabila dibawa pulang ke rumah, tetapi dimaklumkan ibunya dia mungkin demam.
“Wanita itu yang tidak berpuas hati kemudian memeriksa dan mendapati ada kesan darah dan luka pada bahagian sulit bayi perempuannya.

“Dia kemudian terus membawa bayinya yang menangis dengan kuat tidak berhenti-henti ke Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini.

“Hasil pemeriksaan doktor mengesahkan terdapat kesan koyak pada kemaluan mangsa. Bagaimanapun, keadaannya kini dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan di HSJ,” katanya.

Berikutan itu, ibu mangsa membuat laporan polis.

Ibu kanak-kanak itu yang enggan dikenali, berkata dia tidak menyangka kejadian berkenaan boleh berlaku ke atas bayi perempuannya.

Menurutnya, dia menghantar anaknya ke rumah pengasuh berkenaan sejak 14 November lalu dan menjelaskan bayaran RM150 untuk bulan pertama.

“Kejadian itu memang di luar jangkaan kerana tiada siapa memberitahu perangai sebenar lelaki berkenaan. Dia tergamak melakukan perkara itu ke atas bayi saya,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Superintendan Mohd Sukri Awang ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.

Menurutnya, polis sudah menahan seorang lelaki berusia lewat 30-an dan anak lelakinya pada Sabtu lalu untuk membantu siasatan kes berkenaan yang dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Kami masih melakukan siasatan berhubung kejadian berkenaan,” katanya enggan mengulas lanjut.

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Bayi 2008 atau 2009?
  2. Akhirnya Jacko benar-benar memeluk Islam
  3. Wah! Income dari blog-blog aku dah mencecah usd 519 bulan ini!
  4. Projek Dalam Tandas : Bila Nafsu dah tak terkawal
  5. Pesan Jibril Menjelang Ramadhan: Benar atau Palsu?

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 15 Responses to “Rogol Bayi 20 Bulan:Ini Benar-Benar Binatang!!”

  2. By Richie on Dec 25, 2008 | Reply

    haih..ape nak jadilaaa..

    Richie’s last blog post..Awie Bengang Dituduh Gengster Naga Merah

    [Reply]

  3. By |1f34|-|1r3 on Dec 25, 2008 | Reply

    ni memang kurag ajar beb…nak cakap aper lg kalau benda2 camni…kalau nak wat hukum hudud bebetol..aku cadangkan diorang ni jadi penerima hukuman awal..merasmikan hukum hudud

    |1f34|-|1r3’s last blog post..HOT : Thunder Cats The Movie trailer released !

    [Reply]

  4. By Kujie on Dec 25, 2008 | Reply

    lelaki spt ini mmg lebih rendah taraf binatang..
    ambil kesempatan pada makluk yg lemah yg sepatutnya dilindungi

    Kujie’s last blog post..Sambal Tahun Belulang

    [Reply]

  5. By j_hafiz on Dec 25, 2008 | Reply

    gila btol..gila3! xdak pkataan lain blh k ucapkan

    j_hafiz’s last blog post..MyBlogLog Review

    [Reply]

  6. By rohaizad on Dec 25, 2008 | Reply

    Potong jer!!!

    [Reply]

  7. By izzat on Dec 25, 2008 | Reply

    gila..mental dah tak betol la ni.. tekanan perasaan dsb..

    izzat’s last blog post..It Was Snowing at IzzatRuslan.com and Santa Lost His Way!

    [Reply]

  8. By pcuserz on Dec 26, 2008 | Reply

    sula…!
    ps.: aku dengo org mcm ni kalau masuk penjara teruk “diorang” “kerja”kan.

    pcuserz’s last blog post..klcc christmas tree

    [Reply]

  9. By sufian on Dec 26, 2008 | Reply

    kesian mak budak tu..mesti terdesak cari pengasuh.. pengajaran utk orang lain, check dulu betul2 pengasuh yg nak jaga anak kita..

    sufian’s last blog post..Virus Internet Explorer Terkini! (lagi security holes dari Microsoft..)

    [Reply]

  10. By samdaddycool on Dec 27, 2008 | Reply

    msyaallah.. binatang pun tak ‘kerjakan’ bayi mereka…

    orang macamni tak perlu bagi terapi.. ‘kasi’ je terus!

    samdaddycool’s last blog post..I’m crazy about tudung Ekin… :P

    [Reply]

  11. By senapang on Dec 28, 2008 | Reply

    eeeeee tak sangka aku ada orang-binatang camnih…

    kite tgk baby tu rase sayup2 je, cian2 je, camana la bleh dorg tegamak wat camtu kan…

    teringat aku time kat stesen bas, ada makcik2 bercerita pasal nih.. “suruh je die korek lubang kat tanah, jolok je kat situ..lg sedap” hahahhaa

    senapang’s last blog post..aku mawi ekin dan kenduri kawen…

    [Reply]

  12. By nikillas on Dec 31, 2008 | Reply

    ni bukan taraf binatang.. lebih truk dari binatang.. binatang xde la pulak buat camni.. Giler mental ke hape 2 org tu.. otak letak kat kepala lutut ke hape..

    [Reply]

  13. By Top100Entrepreneur on Jan 2, 2009 | Reply

    Ya, Allah. kejamnya.

    Top100Entrepreneur’s last blog post..Latest Update

    [Reply]

  14. By nadia on Feb 15, 2009 | Reply

    owh..lebih mental dari orang tanjung rambutan rupanya

    nadia’s last blog post..Antara status dan darjat

    [Reply]

  15. By amrirazali on Oct 15, 2011 | Reply

    hukuman apa yang patut untuk pesalah? andai kata dia ni gila mcm mana? skrg ni ramai sgt yg jadi gila. org byk duit pun gila. gila dunia,gila harta, gila pangkat dan darjat. mcm2 gila ada skrg..huhu..

    [Reply]

  1. 1 Trackback(s)

  2. Jan 17, 2009: Blog Nuaeman » Blog Archive » Projek Dalam Tandas : Bila Nafsu dah tak terkawal

Post a Comment

CommentLuv badge