Permatang Pauh oh Permatang Pauh!
Hari yang dinanti-nanti oleh sekelian pemerhati politik baik didalam dan juga diluar negara dah tiba. Maka seluruh penghuni di Parlimen Permatang Pauh yang layak mengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.. Sememangnya ini antara pilihanraya kecil yang dinanti penuh debaran.. Soal siapa yang akan menang seakan boleh diteka..tetapi apa sahaja boleh berlaku.. dan aku cuma harap segalanya dijalankan dengan bersih.

Semalam aku sempat berbual dengan seorang teman, rakan pada salah seorang SB di Permatang Pauh. Menurutnya berdasarkan survey, Anwar mendahului lebih kurang 19,000 undi sebab itu BN berkempen mati-matian tetapi jangan mudah percaya.. ini hanya sekadar berita cakap mulut dan aku bukan penyebar berita half truth walaupun berita-berita begini terkadang ada betulnya. Mungkin juga satu kebetulan.. aku tak nafikan itu semua.. Masih ingat pada pilihanraya umum March lalu.. aku dibawakan berita yang lebih kurang sama.. berkenaan keadaan di kawasan-kawasan di sekitar JB sehari sebelum pilihanraya.. kalangan orang-orang atasan UMNO dah bagitau DAP akan menang di Skudai begitu juga kawasan-kawsan lain yang akan terus dikuasai BN. Secara kebetulan apa yang mereka katakan itu betul.. tetapi Tsunami Politik yang berlaku tu tak pulak mereka jangkakan..
Lepas ni suasana di Permatang Pauh akan kembali seperti biasa setelah 10 hari Pesta ” Jom Fitnah ” diadakan.. Mulut dan Telinga penghuninya mungkin dah boleh dicuci setelah beberapa hari dipaksa bercakap dan mendengar cerita-cerita sensasi dan lucah dari para pemimpin, tak kiralah belah manapun.. tak terkecuali orang-orang luar Permatang Pauh yang cuba curi-curi dengar.. pada aku kebanyakkan dari cerita-cerita yang disampaikan adalah lebih kepada cerita half truth.. yang tiba-tiba datang dan senyap selepas pilihanraya.. sama jugak macam sesetengah wakil rakyat yang hanya pernah nampak muka masa berkempen sahaja.. tak perlu cakap lebih.. sendiri boleh fikir..
Lepas nih juga.. Permatang Pauh akan sunyi dari suara-suara pelacur yang akan balik ke ceruk masing-masing.. Ini bukan pelacur biasa.. ini pelacur ada “class..” selama 10 hari mereka melacurkan ayat-ayat tuhan demi kepentingan peribadi.. walau ada yang tak kenal tikar sembahyang.. tapi dah macam pak syeikh bila melontarkan kata-kata.. yang terkadang menggelikan telinga aku mendengar.. penduduk Permatang Pauh sendiri ada yang melopong bila melihatkan keadaan ni.. terfikir sendiri.. camne tiba-tiba pakcik dan datuk-datuk ni bertukar status menjadi Tok Guru, Ustaz dan Pak Kiyai.. bukan apa nak tahu juga kalau depa ni ada buka Sekolah Pondok kat mana-mana.. boleh mereka tempatkan anak-anak mereka nanti.. cuma silibus pelajaran tu agak kurang pasti apakah anak-anak mereka nanti akan diajar ilmu agama atau ilmu melacur…
Tak kurang juga ada budak-budak tua berkempen.. kenapa aku panggil budak-budak tua? sebab peelnya macam budak-budak walaupun semua dah boleh bergelar bapak dan datuk (ini datuk ada cucu..).. mulalah bebudak ni bersumpah sana dan sini.. kemudian mencabar orang lain ikut serta bersumpah.. ditambah lak dengan datangnya raja sumpah untuk menghirup sisa-sisa kahak dan lendir dari sumpah keramatnya yang dulu.. trend bersumpah yang diwujudkan kat Permatang Pauh ni.. mengingatkan zaman kanak-kanak aku yang kerap bermain sumpah bila ada apa sahaja berlaku bagi membuktikan diri tak bersalah.. sebenarnya tu semua terpengaruh dengan cerita -cerita Allahyarham Tan Sri P Ramlee.. mungkin juga mereka yang datang ke Permatang Pauh untuk bersumpah ni juga adalah salah seorang peminat filem-filem P. Ramlee.. Owh.. tak heranlaa macam tu..
Aku cuma harap suasana kat Permatang Pauh akan kembali aman lepas ni.. kita tunggu apa sahaja keputusan pukul 8 malam nih.. tak kira siapa pun yang menang.. tugas pembersihan tetap perlu dilaksanakan oleh rakyat Permatang Pauh.. dah terlalu banyak kekotoran dan semak dibawa ke bumi mereka dalam tempoh 10 hari nih.. bukan sahaja kertas-kertas poster yang bertaburan di merata ceruk.. tetapi segala najis, kahak dan lendir fitnah yang ditabur merata perlu dicuci.
Selamat Mengundi!
Blog untuk anda berkongsi ilmu, idea, tips, dan juga pengalaman. Have fun!!





















puas tabur janji… maka balik la mereka ke pangkal jalan. kalo smpi pangkal jalan la. kalo terus ke tempat lain xtahu la. hehe!
kau rasa mereka boleh balik kepangkal jalan ke!? dah lah dok merapu dan mempermainkan agama!
doakan kejayaan permatang pauh, tak kiralah siapa yang mereka pilih. harapan dapat pemimpin yang berwibawa.
Ku DOAKAN Semoga Allah Memberi Kemeenangan pada Pihak PAKATAN RAKYAT hari ini.
Ku Doakan semoga Kiraan Undi di jalankan dgn TULUS dan jujur..
SEMOGA Berjaya wahai DSAI… kami bersama mu… kami menyokong mu…
AMIN!!!!!!!!!!!!!! REFORMASI!!!! TAKBIR!!!!! AllahuAkhbar!!!
yang aku suka sekali ialah….
Penang dapat cuti…
yey.. yey.. cuti… yosh..!!!
xde kelas… tapi assignment berlambak~~~~ T_T
Proses mengundi dah habis.. kita nantikan sahaja keputusannya..
Waa bestlaa cuti yee nikilas..
Kita tengok sapa yang kena…
Keputusan rasmi SPR yang diterima adalah Anwar Ibrahim menang sebanyak 31,195 undi manakala calon BN mendapat 15,524 undi manakala calon bebas hanya 92 undi. Majoriti undi yang dimenangi Anwar adalah 15,971 undi . Tahniah buat yang menang.. tanggungjawab perlu digalas sebaiknya