Pengharaman memakai Jersi Manchester United – Saya Akur…
Ditulis pada July 21, 2010 – 1:39 pm | Oleh nuaeman Share
Ada satu kisah benar berlaku di Kansas beberapa tahun lalu. Seorang ibu bersama anaknya masuk ke dalam supermarket. Pada ketika itu dia memakai jersi pasukan hoki NHL Buffalo NY Sabres. Di bahagian belakang Jersi tersebut tertera nama bintang pasukan Buffalo NY Sabre iaitu Miroslav Satan. Si ibu tadi telah ditegur oleh beberapa orang berkenaan Jersi yang dipakai oleh sebab terdapat perkataan Satan di belakangnya.
Mereka bertanya kepada siibu sekiranya beliau mati malam itu, apakah beliau mahu masuk syurga. Siibu dengan yakin menjawab sudah pasti. Mereka bertanya lagi mengapa pula kalau begitu siibu memakai baju yang tertera nama Satan ( Syaitan) di belakang. Si ibu terperanjat lalu menjawab itu adalah nama salah seorang bintang hoki dan sepatutnya nama itu disebut Sha-tan dan bukannya Satan.
Orang yang bertanya masih belum berpuas hati lalu bertanya lagi mengapa dieja sebegitu. Siibu mula sedikit emosi, beliau menjawab yang beliau tidak tahu menahu kerana ianya mungkin atas sebab perbezaan bahasa dari negara asalnya, Republik Chech.
“Awak telah melakukan dosa kerana awak mengiklankan nama Syaitan, jika tidak bertaubat awak akan ke neraka!” kata mereka yang membuatkan siibu lebih terperanjat. Siibu menjawab lagi yang dia hanya minat pada jersi pasukan hoki NHL dan apa masalahnya sekadar memakai jersi tersebut. Orang itu cuma menjawab ” Tuhan mahu selamatkan awak, dan ianya masih belum terlambat..”
Susulan dari peristiwa itu si ibu telah berkongsi kisah ini di media dan kebanyakkan maklum balas yang diterima lebih kepada menyelar tindakan orang yang menegur ibu terbabit.
Kebenaran kadangkala memang pahit untuk ditelan.
Itulah yang berlaku apabila mufti memberitahu pemakaian jersi untuk pasukan bolasepak yang menggunakan lambang salib, syaitan serta mempromosikan arak adalah HARAM. Kenyataan mufti ini mendapat perhatian ramai peminat bola sepak. Ada yang bersetuju dan tidak kurang juga yang mempersoalkan malah ada pula yang mengecam kenyataan tersebut sehingga kata-kata berupa cacian dan makian dilemparkan kepada kedua-dua mufti terbabit. Lebih memburukkan keadaan ada pula yang mengambil kesempatan menyindir serta mengutuk agama Islam.
Untuk mereka-mereka yang pasukan kesukaannya terbabit dengan penggunaan lambang-lambang sebegitu maka terpaksalah akur untuk menerima kenyataan. Aku sendiri adalah seorang penyokong salah satu kelab bola sepak gergasi Eropah, Manchester United. Oleh yang demikian, tidak terlepas dari terkena juga tempias berkaitan isu ini. Walaubagaimanapun, bila difikirkan sebaik-baiknya itulah kebenarannya. Imej yang tertera pada jersi Manchester United itu sememangnya imej ‘iblis merah’ yang digunapakai sejak tahun 60-an lagi ketika Sir Matt Busby membimbing pasukan ini .
Kita boleh katakan yang kita tidak mempromosikan iblis dan kita hanya menyukai pasukan itu sahaja tetapi seperti ada sesuatu yang tidak kena disitu kan? Sama juga seperti contohnya kita mengatakan kita membenci dan menentang zionis kemudiannya kita mengenakan pakaian sesebuah kelab yang mengandungi lambang zionis. Bagi yang telah terbiasa memakainya memang seperti berat untuk menerima kenyataan tersebut tetapi sebagai muslim tanyalah pada lubuk hati yang paling dalam. Mana yang lebih kita sayang? dan Mana yang lebih penting? Mahukah kerana memperturutkan kemahuan, akidah kita sanggup gadaikan..?
Ada pilihan lain tak?
Bukannya mati pun kalau tidak pakai jersi Man Utd kan? Untuk peminat-peminat Manchester United, jangan menyalahkan mufti kerana mereka beri peringatan kepada orang-orang Islam supaya terpelihara akidah kita. Yang bersalah dalam hal ni ialah Sir Matt Busby kerana dia yang memberikan gelaran ‘The Red Devil’ pada pasukan ini sehingga tercipta lambang sebegitu. Inilah sebenarnya lambang dan warna asal kelab yang menjadi kegilaan ramai peminat bola sepak itu.
Logo Asal
Warna asal pasukan adalah hijau kuning dan bukannya merah seperti sekarang. Oleh sebab itu ketika para penyokong membuat bantahan kepada pemilik kelab yang berbangsa yahudi ,Malcom Glazer kerana telah membebankan kelab tersebut dengan hutang yang banyak mereka memakai skaf yang bewarna hijau kuning. Sudah seperti warna rasmi pasukan bola sepak Kedah pulak ye? Jadi, alternatifnya pakai sahajalah jersi pasukan Kedah. Heh!
Untuk jersi-jersi pasukan lain yang tergolong dalam kategori yang sama seperti Brazil, Barcelona, Liverpool dan apa sekalipun. Alternatifnya juga sama iaitu samada buang logo ataupun pakai sahaja jersi pasukan lain. Alahai.. seperti telah dikatakan tadi, bukannya mati pun jika tidak pakai Jersi tu kan..
Entri Berkaitan:
- Terhapusnya Kepercayaan Khurafat dengan Kejayaan Harimau Muda
- Aku, kau , saya dan awak..
- Ronaldo Leaves United..? Ah! Lantokleee..
- Akur dengan Rancangan Tuhan..
Tags: haram pakai jersey lambang salib syaitan promosi arak, pengharaman memakai jersi brazil manchester united liverpool










21 Responses to “Pengharaman memakai Jersi Manchester United – Saya Akur…”
By Shukor on Jul 22, 2010 | Reply
Huh, nasib baik jersi arsenal gambo meriam.
Emm…rasanya jersi Liverpool season ni sponsor dia Standard Chartered kan? Bukan Carl…rg lagi…
[Reply]
Rizal Reply:
July 22nd, 2010 at 1:05 pm
ade jugak ke makhluk yg membantah/memaki/mengecam mufti?…
Rizal recently posted..Kolej Komuniti All-Star vs ILP Ledang
[Reply]
Shukor Reply:
July 22nd, 2010 at 3:48 pm
Mereka cuma nak melepaskan diri mereka sahaja…
Shukor recently posted..SBD- Teknik Review – Buat Duit Dengan Affiliate
[Reply]
nuaeman Reply:
July 23rd, 2010 at 3:15 pm
Ko cari jee blog-blog english, tetapi malaysia punyalaa.. berbakul-bakul depa sumpah seranahnya mufti tu..
[Reply]
youraki Reply:
August 6th, 2011 at 2:48 pm
kenape memaki mufti plk.da terang2 haram.kenape mesti korg nk menghalalkn yg haram.sebbkn sokong kelab.sngup lupe halal haram..
nuaeman Reply:
July 23rd, 2010 at 3:12 pm
Haah.. Standard Chatered.. sudah tukarlaa..
[Reply]
By Cyza on Jul 22, 2010 | Reply
Aku pasrah dan terima….
[Reply]
nuaeman Reply:
July 23rd, 2010 at 3:54 pm
Nak buat camna kan…
[Reply]
By Shukor on Jul 22, 2010 | Reply
Jersi Man U dulu macam jersi Norwich City pun ada…
Shukor recently posted..SBD- Teknik Review – Buat Duit Dengan Affiliate
[Reply]
nuaeman Reply:
July 23rd, 2010 at 3:56 pm
tinggal letak proton jee tangah-tengah eh.. tapi itu sponsor dia dululaa proton sekarang dah tukar kan
[Reply]
By Rizzal Mourinho on Jul 23, 2010 | Reply
kehkehkhekhek!!
kena buat kain lap kaki ler jersi MAn u ko tu apai..
majalah yg ko kirimkan aku beli kan kat uk dulu boleh sedekah kat china buat bakar utk org mati ehhehheheee
[Reply]
nuaeman Reply:
July 26th, 2010 at 9:32 am
Ceh.. Aku dah bungkus dah jersi-jersi tu.. sekarang pakai jersi johor FC je..
[Reply]
By Azuan on Jul 24, 2010 | Reply
Nasib baik aku tak ada jersi.. hehe
Azuan recently posted..Spain Juara – Keputusan Penuh Piala Dunia 2010
[Reply]
nuaeman Reply:
July 26th, 2010 at 9:33 am
Memang nasib baik… tapi bola sepak minat tak azuan?
[Reply]
By Dila on Jul 25, 2010 | Reply
huaaaa… abes tu cemana??? baru je nak pergi bid jersey 40th anniversary kaler biru tu kat ebay.. dan lagi 6 helai collection tu.. mana nak campak?? huhuhu.. nak buang, tak mungkin.. nak jual.. lagilah sayang
Mintak advice, bro Nuaeman.. masa zaman Newton Heath dulu, saya tak kenal pun mereka. hanya kenal lepas mereka tukar nama ke Manchester United. waktu era Cantona, Sharpie, Sparkie, and the gang..
Dila recently posted..Cabaran 80 artikel- WordPress Development dan Perkhidmatan Baru -
[Reply]
nuaeman Reply:
July 26th, 2010 at 9:30 am
Itulaa Dila, nak taknak kita terpaksa akurlaa kan.. melainkan jika ada pendapat yang betul2 boleh diterima bahawa ianya tidak menjadi masalah tetapi apabila difikirkan secara rasional memanglah salah imej tu.. sebab sudah terang-terang iblis tu musuh kita. Sepertimana Dila saya juga banyak koleksi Man Utd selain jersi seperti Majalah, CD, DVD, poskad2 masa jadi ahli kelab peminat. Untuk jersi setakat ni saya just lipat2 dan simpan sahajalah…
Sekarang penyokong Liverpool dah lega sebab kat baju depa sudah takde promo minuman keras lagi..
[Reply]
By Samdaddycool on Aug 1, 2010 | Reply
Aku memang tak suka pakai jersi (kainnya tak digemari) ssejak dari dulu lagi.. Untuk peminat ‘kipas susah mati’ yang muslim, akur je la dengan fatwa tu. Bab agama jangan diperlekeh, dikhuatiri kufur..
[Reply]
By hafizmd on Aug 4, 2010 | Reply
Saye pun kena akur jugak..lagipun, bukannye untung mahupun rugi ape2 pasal jersi tuh..
so, lepas ni..saye pakai baju UPM saje..sbb ade mirip pokok getah kena toreh jer lambang MU yg lame tuh..hehe..
[Reply]
By farid on Aug 9, 2010 | Reply
hahahha..Manu memang haram pun… Hidop Chelsea..
[Reply]
By Maman on Aug 13, 2010 | Reply
Mane xnye, sampai pi solat jumaat ke, xkisah ler pi masjid, najlis tilawah ke, majlis tahlil & solat terawih pun pakai jersi mcm tu. ACMIlan, Inter MIlan, England etc. sume ade kan, takkan xe common sense langsung kan. Ish.. mmg perit bile tgk org2 yg mcm tu bukan shj berpendidikan tinggi tapi masih mudah terpengaruh.
[Reply]
By Harieth on Oct 18, 2011 | Reply
wow, wearing a jersey shirt is being banned?
Harieth recently posted..get a chexsystems report
[Reply]